Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Wednesday, May 27, 2009

HAMAS antara tetamu penting Muktamar PAS

WAKIL kerajaan Hamas, pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat serta beberapa orang bekas pimpinan Umno merupakan antara tetamu kenamaan yang akan hadir pada Muktamar PAS yang ke-55 nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar yang mengesahkan perkara tersebut menyatakan PAS berbesar hati di atas kesudian pihak tersebut untuk hadir mengikuti perasmian serta mendengar ucapan dasar Presiden.





Sementara itu katanya, pihaknya telah menerima cadangan usul-usul untuk dipertimbangkan bagi permbentangan sewaktu perbahasan nanti.



"Dijangka seribu orang perwakilan akan menyertai Muktamar nanti.Perbahasan dijangka hangat kerana Pilihan Raya Kecil Dun Penanti akan diadakan sewaktu Muktamar berlangsung. Begitu juga dengan Pilihan Raya Kecil Dun Manik Urai yang akan berlaku bila-bila masa. Kita menjangkakan perwakilan akan memberi perhatian terhadap tugas-tugas jentera pilihan raya PAS bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

"Selain itu, pergolakan yang berlaku dalam Barisan Nasional termasuk perpecahan dalaman PPP serta Gerakan merupakan satu kesempatan untuk kita bincangkan dalam Muktamar nanti,"katanya.

Sepanjang Muktamar tersebut katanya, negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak ketinggalan mengadakan pameran berkaitan pencapaian serta pentadbiran masing-masing.

Mengenai penempatan para perwakilan, beliau menjelaskan ia akan diuruskan oleh pemimpin kerajaan negeri Selangor. Manakala bagi negeri-negeri yang memerlukan bantuan seperti penginapan, ia akan diuruskan oleh PAS Selangor./hARAKAHDAILY


Mat Sabu dan pemimpin HAMAS Khalid Masyhal di Damsyik
credit KLPOS

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger