Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meletakkan kesalahan ke atas Umno dan Barisan Nasional berhubung krisis politik terburuk dalam sejarah negeri Perak moden.
Dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mei kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata tercetusnya kemelut politik Perak adalah kerana Umno dan Barisan telah membelakangi prinsip-prinsip perundangan dan demokrasi demi meragut kuasa daripada sebuah kerajaan pilihan rakyat yang sah.
Surat beliau itu dihantar sebagai menjawab kenyataan Datuk Seri Najib di bawah tajuk “Perak Sultan Should Not Be Blamed” oleh Bernama dan “Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib” oleh Utusan Malaysia.
Berikut disiarkan surat Datuk Husam kepada Perdana Menteri:
YAB Dato’ Seri Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya
YAB Dato’ Seri,
UMNO Lantik Menteri Besar Perak Sebelum MB Nizar Digugurkan Secara Yang Sah
Saya telah membaca kenyataan panjang lebar YAB Dato’ Seri di bawah tajuk: Perak Sultan Should Not Be Blamed: Najib,
laporan yang dikeluarkan BERNAMA juga dipetik oleh Utusan Malaysia pada hari ini di bawah tajuk: Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib.
Penjelasan YAB Dato’ Seri ternyata menunjukkan YAB Dato’ Seri mengalami kekeliruan yang amat asas dalam isu krisis di Negeri Perak sekarang.
Bukan Sultan Perak yang dipersalahkan oleh orang ramai. UMNO dan secara khususnya, YAB Dato’ Seri lah yang dipersalahkan kerana telah mengesyorkan perlantikan Zambry Abdul Kadir untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada waktu Menteri Besar yang dilantik secara sah belum lagi digugurkan sebagai Menteri Besar!
Dari situ, timbul istilah dua Menteri Besar! Itulah yang dikatakan rampasan kuasa membelakangkan undang-undang khususnya undang-undang tubuh Negeri Perak yang menyatakan dengan jelas Menteri Besar yang telah dilantik hanya boleh gugur dengan empat cara iaitu;
a. Meletakkan jawatan.
b. Meninggal dunia.
c. Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
d. Melalui undi tidak percaya oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.
Di dalam kes di Perak, keempat-empat perkara di atas tidak berlaku. Nizar masih lagi Menteri Besar Perak pada waktu Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
Inilah asas yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi ketika mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sepanjang masa material, baru-baru ini.
Atas prinsip yang sama, penaung YAB Dato’ Seri, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa UMNO gopoh dalam pelantikan Zambry.
Pemimpin UMNO yang lain, YBM Tengku Razaleigh Hamzah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perlantikan itu tidak sah kerana membelakangkan prosedur undang-undang berkaitan.
Betul Barisan Nasional melalui tiga wakil bebas yang bersama BN mempunyai lebih majoriti. Tetapi BN tidak boleh menggunakan kelebihan majoriti mudah ini sama seperti keadaan Menteri Besar belum terlantik selepas pilihanraya baru diadakan. Pada waktu itu, Menteri Besar belum ada. Sekarang, Menteri Besar sudah ada.
Undang-undang mengkehendaki Menteri Besar yang sah dihilangkan jawatannya melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri secara rasmi dan bukan sekadar membilang berapa bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membuat pengakuan bersama BN di luar Dewan.
Ini pernah berlaku di Kelantan dalam peristiwa turn about about turn pada tahun 1968 di mana UMNO telah menculik dan mengugut empat orang ADUN PAS dan mereka telah membuat pengakuan menyokong UMNO/Perikatan untuk menggulingkan kerajaan PAS pada waktu itu, di luar dewan.
Oleh kerana Speaker yang dilantik oleh PAS juga telah berpaling tadah pada UMNO/Perikatan, beliau memanggil satu sidang Dewan Negeri Kelantan untuk tujuan itu. Malangnya, bila usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dibawa, ADUN yang tadinya mengaku akan menyokong usul itu telah berpaling tadah sekali lagi dan usul tidak percaya itu dapat dipatahkan.
Itulah proses yang digunakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada waktu itu. Pegawai-pegawai YAB Dato’ Seri boleh menyemak rekod ini untuk tujuan perbandingan. Proses yang sama mesti digunakan oleh UMNO/BN di Perak tetapi itu tidak dilakukan.
Dewan Undangan Negeri Perak di bawah YB Sivakumar selaku Speaker, tidak menggantung Sultan Perak atau mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa kecaman kepada Tuanku Sultan Perak kerana mereka tahu Tuanku tidak bersalah.
Yang bersalah ialah ADUN-ADUN berkenaan yang telah mengangkat nama mereka kepada Tuanku untuk angkat sumpah ahli-ahli Exco Negeri pada hal mereka semua tahu ia bertentangan dengan kehendak undang-undang tubuh Negeri Perak.
Mereka digantung kerana melanggar undang-undang tubuh Negeri Perak, bukan kerana Pakatan Rakyat mahu mengurangkan majoriti BN dalam Dewan Undangan Negeri.
Zambry pula bersalah kerana bersetuju untuk mengangkat sumpah sedangkan jawatan Menteri Besar belum dikosongkan.
Jika sekiranya UMNO/BN menggunakan proses yang dikehendaki oleh undang-undang dan satu usul tidak percaya telah diluluskan ke atas Nizar, mengikut undang-undang, Nizar boleh mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan membubarkan DUN Perak atas prinsip mengembalikan hak menentukan kerajaan mana yang rakyat kehendaki untuk memerintah Perak melalui pilihanraya semula.
Ini kerana, rakyat telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Perak. Tiga ADUN yang melompat bertindak demikian bertentangan dengan pilihan rakyat dan ia adalah ambil alih kuasa menerusi pintu belakang. Sebab itu, penyelesaian terbaik ialah memulangkan semula kuasa itu kepada rakyat.
Pemimpin komponen BN sendiri semakin ramai yang menyuarakan hal ini secara terbuka.
Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.
Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan.
Segala-galanya bermula dari ketamakan untuk mendapat kuasa memerintah melalui jalan belakang. Jika ia berpunca dari ketamakan politik, penawarnya ialah politik juga iaitu UMNO dan BN bersama PR mengadap Sultan Perak untuk mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Tidak ada rompakan ala lanun Somalia tetapi kepatuhan kepada undang-undang dan hasrat rakyat. Ini selari dengan kehendak Islam yang memberikan hak kepada yang berhak dan Islam sama sekali tidak mengizinkan pencabulan dan pemerkosaan hak rakyat.
Sekian Terima Kasih
Husam Musa
Naib Presiden PAS
21 Jumadal Ula 1430H
Bersamaan 16 Mei 2009
http://www.tvantara.com
Coretan Perjuangan
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.9 months ago
-
-
Planet7Oz On line casino - Planet7Oz On line casino Checking out other planets is one thing the majority of people is only able to dream of. But for you, it’s truth – now you’ve came...1 year ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...5 years ago
-
LATIHAN SUKAN PASTI CAWANGAN BERMULA LAGI - Mac 2015 - Persiapan Sukan PASTI Kawasan Dungun PASTI Cawangan-cawangan pada bulan ini bersiap melatih pemain bola sepak & bola jaring di PASTI masing-m...9 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...11 years ago
-
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013 - Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat berserta semua anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Selamat Men...11 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat! - Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar, ra...14 years ago
-
-
-
Khabar Dari Pimpinan
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...5 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...8 years ago
-
Saturday, May 23, 2009
Debat UMNO (mykmu) dan PAS (albanjari)
bahagian 1.
Nampaknya malam ni wak kena cuba juga jawab, nanti saudara 'mat' gelakkan wak pulak kan ! Istilah halusnya,mat akan kata macam ini lah, ' haa...tengok! kan dah cakap, wak mesti terkedu tak boleh nak sediakan jawapan, bila kena dengan hujah mantap kita, basah seluar dia..hahahaha..!'. Betul laa mat, basah seluar wak hari ini, pasal kena hujan siang tadi...lencun cakap lu ! Tapi bukan sebab basah suar terkencing, tak..lagipun kalau hujah mat tu diambil kat sini LINK, tak payahlah wak nak basahkan seluar pulak..betul tak ? Ok..saudara mat boleh mula bacakan jawapan di bawah, wak pun bukan ahli sangat nak jawab...sekadar ilmu yg sedikit kalau nak dibandingkan ilmu copy paste mat tu ! Takpa..takpa..wak cuba,
Mat kata ;
Al- Banjari ni elok baca dulu temubual Harussani dgn Milenia Muslim. Bukan soal tidur berbogel di sini. Tapi soal maksiat yang dilakukan oleh bekas teman lelaki Eli yang beragama Islam. Dipercayai Hilmi yang merakam gambar separuh bogel Eli semasa tidur dalam rumahnya.
Wak kata :
Soal yang pokok sekarang, dimana badan yang diamanahkan untuk menyiasat kes ini, ini adalah kes jenayah bukan, mengambil foto orang yg sedang tidur tanpa kebenaran so mana dia polis yang diamanhkan untuk menyiasat kes ini, sukar sangatkah sehingga nak tangkap si Helmi itu pun makan masa berbulan-bulan, lihat kes Sharlini yang tak jumpa-jumpa sampai sekarang.
Ok..berkaitan soal maksiat yang dilakukan oleh Helmi, bukankah Malaysia ini negara yang mengamalkan undang-undang British dan boleh saja kita katakan bahawa si Helmi itu berpegang teguh pada undang-undang sedia ada. Bila dah berpegang teguh kepada undang-undang sedia ada, yang digunapakai pula oleh kerajaan yang didokongi pula oleh UMNO, soal moral tidak timbul. Undang-undang British membezakan antara jenayah dan sivil. Lahirnya Helmi yang berperangai suka buat maksiat itu dari dasar siapa ? Mat ada jawabnya.
Mat Kata:
DAP tidak pernah hina Islam? Karut la al Banjari. Siapa yang sebut langkah mayat saya dulu sebelum nak buat negara Islam ? DAP memang menentang pelaksanaan hudud di Malaysia sejak dulu sampai sekarang. Konsep negara Islam sangat lantang ditentang oleh DAP termasuklah oleh 'Khalifah' Lim Guan Eng!
Wak Kata:
Tidak hairan langsung jika DAP tidak merasa bersalah menghina Islam, tapi yang menjadi amat hairan lagi takjub ala-ala mata buntal ialah apabila UMNO yang mengaku islam tapi menolak Undang-Undang Islam. Lihat pada tahun 1991 apabila PAS sebagai kerajaan di Kelantan, meluluskan Enakmen Undang-Undang Hudud, namun telah dinafikan oleh Dr Mahathir sebagai PM ketika itu !
Dasar DAP memanglah sekular kerana apa, kerana sekian lama termakan propaganda UMNO bahawa jika sokong Islam, orang bukan islam kena pakai tudong, kaki dan tangan akan dipotong, pembangunan tidak boleh dilakukan, juga jalan raya tidak dapat dibina kerana habis batu digunakan untuk merejam orang…kenyataan ini bermula dari siapa kalau bukan dari UMNO ! Mat ingat lagi kah siapa yang mengeluarkan ayat-ayat yang sebegitu ? Wak tahu mat ada jawapannya !
Kalau ditanya kepada wak, memanglah DAP yang sekular itu, dia tidak akan setuju dengan negara Islam, tapi itu dulu, sehingga Karpal Singh sebut langkah mayat dia dulu, tetapi telah ditegur oleh Teng Chang Kim bahkan Naib Pengerusi DAP, YB Kulasegaran berkata, DAP tidak takut dengan Hudud dan hudud tidak ada kena mengena dengan non-muslim. Itu apa dia ?
Untuk pengetahuan saudara mat, banyak dialog-dialog telah diadakan di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan turut dibincangkan soal negara islam dan respon dari pimpinan DAP adalah positif. Kami ada Majlis Pakatan Rakyat, di dalam Majlis inilah kami menerangkan tentang islam, dan mereka akui tak dapat maklumat yang betul tentang islam, sekarang ada lagi tak kedengaran DAP beriya-riya menolak Islam ! Itu pasallah DAP yang dulunya harbi sekarang ke arah zimmi, kalau kawan dengan UMNO, entahlah...maybe boleh jadi harbi kuasa dua..!!
Mat Kata:
Siapa yang kuat pertahankan Lina Joy ? Kes M. Moorthy ? Macam-macam lagi ! Mengapa begitu naif sekali pengetahuan al Banjari!?
Wak Kata:
Ketika kes M. Moorthy dan Lina Joy , tahukah saudara mat bahawa ketika itu iklim politik tak macam seperti selepas PRU12. Ketika itu bangsa india, cina dan juga melayu masih kuat dengan sentimen perkauman masing-masing. Sentimen perkauman jahiliyyah ini dibina oleh UMNO yang bertanggungjawab meneruskan dasar pecah perintah penjajah Inggeris. Tapi kita nak tanya jugak, kenapa pihak kerajaan Malaysia boleh benarkan Pemerhati Khas dari England dan US hadir di sidang mahkamah sehingga Hakim jadi agak tertekan dengan kehadiran pemerhati luar itu !
Cuba lihat pula kes 3 beranak yang diarahkan oleh kabinet agar diserahkan kepada agama asal mereka (hindu), tetapi PAS membantah keputusan kabinet itu yang dikira sengaja dibuat untuk memancing undi kaum india, bila PAS bantah, kenapa kaum india berugama hindu tidak menyerang islam ! Kerana apa, kerana sebelum itu telah diadakan perbincangan antara agama dan kita terangkan kepada mereka situasi sebenar dan mereka faham, malangnya UMNO yang tak faham-faham…!!
Itulah bezanya apabila non-muslim dapat maklumat yang betul tentang Islam berbanding dahulu. Contoh yang saudara mat beri adalah bukti betapa dahulunya NGO-NGO non-muslim ini begitu keras menolak islam kerana masih ada sentimen perkauman yang dimainkan. Tetapi setelah berlaku tsunami politik, mereka selalu berdialog dengan kita dan dapat maklumat tentang islam yang sebenar dan akhirnya mereka faham dan tidak ribut-ribut macam dulu lagi, mengapa laa..begitu naif sekali pengetahuan saudara mat untuk memahami tentang perbezaan iklim politik sebelum dan selepas PRU-12 ! Atau mat saja-saja buat tak faham, copy paste katakan..! Bukan dari analisis sendiri..tak gitu saudara mat. Takpalah..wak akan terus jawab.
Rumusannya, disini wak jelaskan bahawa kes Lina Joy dan Moorthy berlaku sebelum PRU-12 dan mood politik ketika itu adalah amat berlainan, cuba bezakan dengan isu 3 beranak yang baru lepas ? Tak kecoh pun !
Mat Kata :
Bukan Islam yang bercakap seperti Karpal Singh itu termasuk dalam kategori Kafir Harbi laknatullah. Sepatutnya umat Islam terasa dan sensitif dengan kebiadapan kafir itu. Pelik sungguh al Banjari ni, tak mengaji agama ke? Yang sesama Muslim dimusuhi, kafir harbi dibiarkan !
Wak Kata:
Maka apakah songsangnya si Lim Liong Sik itu zimmi ketika dia mengatakan bahawa jika islam dilaksanakan di negara ini, (sebut Malaysia) sama seperti mengundurkan jarum jam ke belakang..? Maka juga, apakah Pimpinan MCA dan MIC yang menghantar memorandum bantahan kepada PAS apabila PAS bertegas tentang penubuhan negara Islam dan hudud tanpa dihalang oleh UMNO yang mengaku islam, maka mereka boleh dikategorikan zimmi..?
Malah sehari selepas MCA & DAP menghantar memorandum membantah perlaksanaan hudud dan negara islam, YB Kulasegaran dalam kenyatan akhbarnya telah berkata, DAP tiada masalah tentang Hudud, maka YB Kula adalah Harbi..?? Wak pun sungguh pelik dengan mat ni, tak mengaji agama ke..? UMNO yang nyata memusuhi PAS, kamu tak terfikir pulak yang kamu memusuhi sesama muslim, MCA & MIC yang hantar memorandum bantah hudud dan negara Islam dibiarkan…!!! Mat..mat !! Faham ker hujahan ni ? Kalau tak faham, wak minta kamu baca 44 kali, tak faham juga..ikut suka kau lah !
Mat Kata:
UMNO tidak susah hati, tapi orang Melayu yang bimbang apabila saudara seagama sudah mula terikut jejak langkah orang kafir. Kita lihat Pas sanggup gadaikan prinsip perjuangan mereka sebelum ni hanya untuk mengambil hati orang kafir. Berbeza dengan DAP yang terus utuh mempertahankan prinsip dan dasar parti mereka. Pas sudah senyap dalam menyuarakan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sebaliknya DAP terus lantang menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam.. Nizar pernah berdolak-dalih dalam DUN Perak dengan menanyakan bukti yang Pas mahu melaksanakan negara Islam!?
Wak Kata:
Orang melayu yang menjadi kafir, (bukan ikut jejak lagi dah) UMNO tak pernah susah hati pun. Bila Mufti di kalangan kamu sendiri mendedahkan lebih 250 ribu manusia melayu murtad, menteri kamu, Nazri Aziz kata tidak menjejaskan keselamatan negara ! Nazri Aziz tu menteri dari PAS ke ?
Yang melenyapkan hasrat PAS mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara islam ialah suratkhabar UMNO bukan Harakah ! Kalau betul Pas menggadaikan prinsip, sila sebutkan pada muktamar tahunan kali ke berapa dan bilakah PAS meminda perlembagaannya berkaitan FASAL 5 (1) DASAR DAN TUJUAN PAS ?
Benarkah DAP terus lantang menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara islam ? Atau UMNO yang seronok jika isu ini dimainkan dengan harapan PAS dan DAP dapat dipisahkan seperti dahulu apabila BN melalui MCA dan GERAKAN beriya-riya menyebarkan propaganda buruk tentang Islam dan PAS, malah UMNO tiada pernah menghalang pun ! Maka siapa sebenarnya yang mempopularkan propaganda ini kalau bukan UMNO…!!! Setakat nak tipu orang kampung boleh la !
Mat Kata:
Ini lagi info menarik bg anda..kata Dap tidak senda kan islam ? Dalam rakaman ucapan Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada bulan April 2009, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam. Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Berikut adalah kenyataan beliau:
"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton. Ini adalah satu kenyataan kurang ajar yang menghina amalan yang dibenarkan oleh agama Islam ke atas penganutnya. Macm mana masih nk berdolak-dalik lg ke ? atau mungkin takpe kerana Lim Guen Eng ini bukan islam...bertaubatlah selagi masih boleh.
Wak Kata:
Dah dia memang bukan islam, kenapa dia nak bercakap pasal islam sungguh-sungguh pulak. Itu pandangan dia dalam kerangka dia masih bukan islam. Tak ingatkah saudara mat betapa satu majlis yang dianjurkan oleh gerakan Sisters in Islam (SIS) bertajuk, hanya satu (isteri) ! Bahkan majlis ini juga telah disertai oleh Rosmah Mansor satu ketika dahulu malah turut juga disertai oleh artis bernama Ferhad Ibrahim, bukankah islam semua mereka itu ? Mengapa mereka perlu menolak poligami, dgn cukup 1 (ONLY 1 ) ? Bukankah poligami itu sunnah ? Menolak poligami bererti menolak sunnah, menolak sunnah bererti menolak ?? Mat ada jawapannya.
Bonus untuk mat, yang mana satu lebih menghina islam ! Pemimpin kamu yang nyata telah berkata nabi menyimpan janggut kerana tiada pisau Gillette dan naik unta kerana tiada Pajero. Agak mat lah siapa yang sebut kenyataan tu ! Mat mesti ada jawapnya. Mat, bukankah itu menghina islam ! Tak apalah kalau yang berkata begitu bukan islam kan, tapi kalau dia seorang islam…??
Mat Kata:
Juak-juak Pas sering melaung bahawa parti mereka mengikut Al-Quran sedangkan cara mereka laungkan itu dibuat dengan cara yang bongkak dan takbur. Ini kerana tujuan mereka laungkan perkara tersebut adalah untuk menidakkan keIslaman kumpulan Islam yang lain yang tidak sealiran kefahaman politik dengan mereka. Sikap takbur dan bongkak yang diamalkan oleh Ulama-ulama Pas sendiri adalah bertentangan dengan kehendak Islam malah amat disukai oleh syaitan.
Wak Kata:
PAS memang telah dan dari dulu lagi, melaungkan patinya mengikut Al-Quran. Ini bukan laungan main-main. Ini laungan mengikut Perlembagaan atau Undang-Undang tubuh pindaan 2001 PAS FASAL 7 (1) HUKUM, KEKUASAN & MAJLIS SYURA ‘ULAMAK. Kita nak tanya saudara mat, undang-undang tertinggi Perlembagaan UMNO apa dia ?
Yang merasa PAS bongkak dan takbur adalah UMNO, kami berjuang untuk menegakkan dasar kami maka mestilah kami kena bersemangat. Berjuang apanya kalau tak bersemangat. Bila bersemngat, takkan nak berdepan dengan UMNO macam orang yang darahnya tinggal satu sudu !!Koman spanar la kami !! Maka dengan sebab itu lah kamu kata kami bongkak lah, takbur lah..sebenarnya hanya kamu saja yang terasa kami begitu. Kamu sering katakan bahawa jika bukan UMNO yang memerintah negara, negara akan kucar kacir, bangkrap, makan pasir, gaji tak dibayar, apakah itu bukan angkuh sombong dan bongkak namanya ? Siapa bongkak siapa ? Untuk mat, bukankah Allah sahajalah tempat bagi sekelian manusia dikurniakan rezeki...?
Bila kami membawa islam sebagai dasar perjuangan, maka yang bercanggah dengaan islam kami tolak dan kami tegur, apakah hanya kerana itu kamu katakan bahawa kami menidakkan islam orang lain yang tidak sefaham politik kami ? Politik kami, berfahaman islam, politik kamu berfahaman apa..??
Bukankah dahulu masa zaman Pak lah kamu bangga dengan Islam Hadhari, maka kamu katakan islam Hadhari lah yang betul dan sesuai dengan zaman maka apakah maksud kamu di sana ada islam yang tidak Hadhari..?? Bukankah itu menidakkan islam yang asal ? Tugas kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulnya untuk menegakkan islam atau mencipta islam yang baru ? dan menolak islam yang tak sesuai dengan nafsu ?
Bukankah pimpinan UMNO sering mengatakan kepada PAS bahawa islam yang PAS bawa adalah islam, bukan islam sebenar ! Bukankah kamu ker sebenarnya, yang suka menidakkan Islam kumpulan Islam lain, yang tidak sealiran dengan kamu ? UMNO sendiri hanya mendukung Islam sekadar agama ritual sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO FASAL 3(3)., asas dan tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama." Lihat pula peruntukan Perlembagaan Persekutuan 4(1) yang nyata jelas bercanggah dengan Islam.
Perkara 4(1) Perlembagan Persekutuan berbunyi ; "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu "
Maka, mana dia Islam yang kamu bawa ? Kalau Islam yang kamu bawa dalam UMNO itu pun sekadar upacara ritual yang boleh diadakan dalam mana-mana majlis kerajaan umpamanya baca doa sebelum mula majlis, mana dia islam yang lain ? Jika Islam yang kamu bawa hanya sekerat-sekerat sepertimana kata Khairy dalam debat bersama Husam Musa bila ditanya adakah UMNO akan laksanakan hudud maka jawabnya ; “kita laksanakan undang-undang sedia ada” undang-undang Islamkah yang sedia ada sekarang ini ?
Mat Kata:
Untuk menampakan mereka lebih Islam daripada yang tidak sealiran dengan mereka maka mereka sanggup memperalatkan ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran untuk mendapat keuntungan politik di kalangan para Ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka terus terpedaya dan menerima bulat-bulat apabila ayat-ayat Allah dibaca didepan mereka tanpa mereka usul periksa kesahihannya. Mereka menterjemahkan ayat-ayat Allah sekerat-sekerat yang mana menguntungkan politik mereka manakala ayat yang sebenar yang tidak menguntungkan mereka telah mereka sembunyikan.
Wak Kata;
Wak nak tanya sikit, apa yang saudara mat mahukan ? Betul tak apa yang wak tahu..sebenarnya mat berhendak dan mahu supaya PAS jangan menggunakan Al-Qur’an sebagai fakta2 hujah untuk melawan hujah UMNO yang nyata tidak mampu menggunakan hujah Al-Qur’an bukan ?
Janganlah kerana UMNO tidak mampu berhujah dengan Al-Quran maka kamu cuba menidakkan hujah yang PAS bawa berdasarkan kepada Al-Quran. Jika benar PAS memperalat ayat-ayat suci al-Quran, mana dia ? Tafsiran UMNO dari mana-mana ayat al-Quran untuk menolak hujah-hujah PAS ? Maka UMNOlah yang sebenarnya tidak mampu membawa ayat-ayat Allah di hadapan masyarakat, maka wajarkah nak bagi PAS pula jangan guna al-Quran sama macam UMNO ?
Lain kali kalau nak bersilat, belajarlah silat dulu, jangan kerana kita tak reti bersilat kita tuduh orang lain buka gelanggang tanahnya tidak rata ! Memanglah dalam ceramah-ceramah kita baca ayat-ayat tertentu pada bahagian2 yang tertentu yang berkaitan. UMNO bukan kata sekerat, ada yang tak baca langsung. Lepas tu nak bagi orang lain macam dia, tak mau baca Quran sebagai hujah ! Apa punya turr...tu !
Mat Kata:
Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 79
“Maka celakalah padahnya kepada sesiapa saja mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka (ciptaan mereka sendiri) kemudian mereka berkata ini adalah dari sisi Allah untuk mendapat sedikit habuan, celakalah apa yang mereka tulis dan celaka pula segala usaha mereka”.
Wak Kata:
Ayat ke 79 surah Al-Baqarah ini merujuk kepada kaum bani Israel yang mengubah kandungan taurat. Kemudian menulis hokum sendiri dan mengatakan itu adalah dari Allah dan yang mereka tulis itu adalah Taurah.(sila rujuk Tafsir al-Munir dan juga rujuk sebab turun ayat ini dalam kitab “lubaabu al-nuqul fi asbaabi al-nuzuul” m/s 16). Maknanya, mereka-mereka yang telah diberi kitab (undang-undang) hidup tetapi menolaknya dengan menggantikan undang-undang ciptaan manusia, maka golongan inilah yang Allah katakan celaka.
Bila Allah menyuruh kita laksanakan undang-undang islam, kenapa pulak kita terus gunakan undang-udang dari penjajah inggeris ? Berapa ramai ulamak UMNO mempertahankan dasar UMNO yang terus mendasari undang-undang Negara yang nyata jelas bercanggah dengan islam, apa maknanya ini ?
Saudara mat mengatakan bahawa kami memperalatkan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan politik PAS tanpa merujuk dan memeriksa kesahihan kandungannya. Ayat 79 surah al-Baqarah ini kamu tidak bacakah tafsirnya dan sebab musabab turunnya ayat ini ? Atau sekadar mahu mempercukupkan hujah dangkal kamu itu sahaja ? Wak minta mat pula jawab !
Mat Kata:
Manakala maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah:159 pula,
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya”.
Wak kata:
Ayat 159 turun bersama ayat 160, mufassirin mentafsirkan ayat-ayat ini ditujukan kepada pendeta-pendeta yahudi dan orang-orang yang sengaja menyembunyikan segala sesuatu yang diturunkan oleh Allah yang merupakan hukum-hukum agama dan arahan-arahan Allah.
Siapa mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ini ? Bacalah dalam mana-mana kitab Tafsir hatta Tafsir al-azhar karangan Prof. Hamka juga jelas menyatakan bahawa, mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ialah apabila diarahkan oleh Allah untuk mengajar dan menyampaikan islam kepada manusia, ada manusia yang menyembunyikannya dengan tidak mendedahkan kepada orang lain tentang islam.
Bahkan islam itu di buruk-burukkan. Sebab itu bila Allah sebut setelah menerangkan mereka al-kitab (merujuk kepada bani-israel dengan Taurat) mereka akhirnya menolak untuk menggunakan Taurat yang asal, tetapi menggunakan Taurat yang telah dipadam dan ditulis semula dengan tangan-tangan pemimpin mereka.
Apa hubungannya dengan kita, Allah nak bagitau tentang perangai keji kaum bani Israel iaitu menolak kitab Allah dengan memadamkan ayat-ayat yang tidak mereka setuju dengan menulis kembali mengikut hawa nafsu mereka. Kalau kita yang islam ini mengaku islam tetapi menolak islam dengan menggunakan kitab karangan penjajah inggeris..apa bezanya dengan perangai bani Israel..? Wallahuaklam.
Bahagian 2, jawapan untuk saudara mat yang sudi melontarkan komen dan pertanyaan di blog wak. Wak harap bila dah bertanya, sudi pula untuk membacanya sehingga habis. Jangan pula lepas bertanya dan letak komen, kamu lari pulak !
Mat kata:
Justeru, marilah kita mengimbas kembali perkara-perkara yang menyeleweng yang dilakukan oleh Pas seperti di bawah. 1.. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.
Wak kata;
Surah as-Saba ayat 15 mafhumnya;
‘demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri saba’
satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu : dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan kiri(qaryah mereka), (lalu dikatakan kepada mereka) : makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu adalah)negeri yang baik(aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang maha pengampun(mengampunkan dosa rakyat negara itu),
Wak pasti saudara mat memetik ayat yang hujungnya berbunyi ”baldatun thoyyibatun w robbun ghafuur” jika tidak diambil dari awal ayat, maka bersanggahkah makna ayat dari cerita yang sebenar ? Apakah maksud negeri yang baik diampuni Tuhan jika dilihat dari sejarah kerajaan saba’ ini ? Cerita negeri Saba ini ada dalam surah an-Namlu .
Betapa negara yang melaksanakan islam sebagai dasar pemerintahannya itulah negara yang aman dan baik serta diampunkan Allah, kenapa diampunkan Allah ? Kerana apabila islam dilaksanakan, maka mereka yang hendak melakukan kesalahan, mereka tak jadi nak buat kerana takutkan hukum Allah, jika yang buat kesalahan, nescaya akan dihukum dan hukuman itu adalah bentuk menghapuskan dosa atas kesalahannya, hukum apa ? Hukum islamlah !
Jadi apa sebenarnya yang menyeleweng, dan dimana yang di kata menyeleweng itu ? Bukankah Negara yang baik adalah Negara yang diampunkan dosanya oleh Allah ! MasyaAllah kamu mat. Kamu faham ker apa yang kamu copy pastekan ini ? Jika jahil, belajar..jangan malu minta tunjuk ajar ustaz-ustaz yg ramai di masjid, begitu juga rajinkan diri untuk hadir ke majlis usrah dan ilmu, kerana di sana kita bebas bertanya apa2 yg kita tidak faham.
Wak nak tanya mat pula, Bagaimana pula kempen barangan halal yang dianjurkan oleh Jakim dengan motto “halalan thoyyiban”?, kenapa hanya terfokus kepada barang makan dan minum sahaja, tidak kepada keseluruhan yang digambarkan dari ayat tersebut. Mengapa tidak diambil tafsir ayat itu untuk membebaskan pemerintah dari mengunapakai undang2 negara yg jelas tidak islam di dalam pemerintahan ? Kenapa tak ambil keseluruhan ayat ? Bukankah kita mahukan keredaan Allah ?
Mat Kata: 2. 1963 – Seleweng maksud ayat 28 surah ali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hukum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.
Wak Kata:
Isu ini kamu boleh rujuk dalam artikel Tahalluf Siyasi [LINK]. Secara ringkas, UMNO berkawan dengan golongan kafir dan dalam masa yang sama menentang parti yang mendokong islam (baca PAS) dan tidak pernah pun mengajak kawan-kawan kafirnya untuk mengenali islam dengan lebih baik, akibatnya dan kesan jangka panjang kita dapat lihat makin bertambah – tambah harbi mereka.
Ini kerana UMNO sendiri berdiri di atas dasar sekular (rujuk perlembagaan UMNO FASAL 3(3)). Dan merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 4(1). Di mana islamnya diletakkan. Dan kenapa Malaysia berdiri di atas dasar sekular, kerana apa ? kerana dasar parti mereka yang membentuk kerajaan selama 50 tahun itu berterusan mempertahankan ideologi sekular. Wak mahu bertanya kepada mat, kenapa tidak selama 50 tahun memerintah, tidak ada usaha dari UMNO untuk meminda perkara 4(1) perlembagaan persekutuan ? Boleh mat jelaskan..mengapa ?
Wak cabar mat pula, untuk bertanya kepada ulamak2 yang duduk di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, mengapa mereka tidak berani mengeluarkan apa-apa fatwa berhubung kononnya PAS menyeleweng dan menyelewengkan ayat al-Quran ? Wak mohon kat mat, tolong jelaskan di ruang komentar tentang hal ini. Tuduhan itu sangat berat, mat..bukan sekilo 2 beratnya !
Tahun 1999 apabila PAS bergabung bersama DAP, dan ketika itu, wak betulkan salah faham ini untuk diketahui oleh pembaca terutamanya saudara kita…mat, bahawa gabungan itu hanyalah dari segi persefahaman sahaja seperti sekarang, gabungan itu termasuk di dalam keadah Tahaluf Siyasi , dan tindakan yang diambil oleh PAS itu berdasarkan kepada apa yang berlaku pada Rasulullah apabila seorang kafir di zalimi, ada dikalangan kafir yang datang ingin membantu menentang kezaliman itu, hatta berita itu sampai kepada Rasulullah.
Maka Rasulullah bersabda, jika aku berada di situ, maka aku juga akan bersama mereka (kafir) untuk menolak kezaliman itu. Mungkin UMNO tak pernah jumpa perkara ini kot, atau hanya di diamkan sahaja ! sebab itu kamu kata kami seleweng sedangkan kamu sendiri tidak mengkaji dan ambil tahu kaedah politik islam, sebab bagi kamu islam itu suku dan politik itu suku ! Betul tak mat.
Mat Kata; 3. 1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah dengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapi mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 –1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?
Wak Kata;
Wak percaya, yang dimaksudkan ayat 44,45 & 47 itu ialah keratan akhir ayat-ayat itu yang bermaksud :
44: “..barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir “
45: “..barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka mereka itu adalah orang yang zalim. “
47: “..barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka mereka itu adalah orang yang fasiq. “
Kamu bertanya ” mengapakah PAS yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..? ”
Mat, oleh kerana kami bergabung dengan kamu (baca tahun yang disebut) dan tidak menghukum kafir, kamu persoalkan ! Bagus sungguh soalan ini mat, wak suka soalan ini sebenarnya, walaupun mat tak tahu apa pun kan..apa yg mat soalkan, copy paste !!
Sebelum wak jawap, soalannya pula benarkah kamu kafir sehingga mempersoalkan kami tidak kafir bila bersama dengan kamu ? Dalam kes kerajaan campuran sehingga tertubuhnya BN, ketika itu ketegangan kaum (yang dicetuskan oleh UMNO & GERAKAN) menyebabkan PAS terpaksa memilih satu kaedah Feqah di bawah tajuk,..tidak ada dharurat dan memudharatkan..
Untuk menstabilkan politik negara ketika itu, PAS besetuju untuk bersama UMNO dan membentuk BN. Malangnya bila UMNO mulai kuat semula, PAS akhirnya ditendang keluar..apa maksudnya itu ! Wak dah jawab dalam soalan dan jawapan diatas, mat dapat cari ker ? kalau tak dapat nak cari, wak minta mat belajar tentang ilmu mantik lagi..! Berkaitan makna tersirat dan tersurat.
Mat Kata; 4. 1980 – Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah dengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan rosaklah muka bumi…”
Wak Kata;
Surah Al-Baqarah ayat 251 mafhumnya:
“ oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut mengalahkan Jalut) Dan sesungguhnya (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmah (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakinya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini, akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia kepada sekalian alam ”
Sebelum jawab sama macam di atas, wak nak tanya mat (sebenarnya itulah jawapannya) :
Al-Quran yang menipu ke atau saudara mat yang tertipu dengan ”copy paste”
dari sumber UMNO ? Di dalam Tafsiral-Munir dan tafsir-tafsir yang lain, Tafsir ayat 251 ini adalah bermaksud, “ bumi ini, jika manusia yang zalim yang menolak islam tidak ditentang, maka manusia yang hidup di atas muka bumi ini akan terus dizalimi dan islam akan terus ditolak “. Kalau di atas tadi saudara mat kata PAS menyeleweng kerana ambil bahagian tertentu dari ayat al-Quran untuk kepentingan politik PAS, bagaimana pula jika ambil bahagian tertentu dari kalam orang lain semata-mata untuk menimbulkan fitnah terhadap individu itu ? bukankah wujud double standard di sini wahai saudara mat ?
Mat kata: 5. 1981 - Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.
Wak Kata:
Sekali lagi kita nak tanya saudara mat, apa pula hukum kalau menentang PAS ? Syahidkah mereka ? (pejuang yang menentang dan yang memperjuangkan dasar sekular UMNO ) lalu mereka menentang PAS yang jelas lagi terang menolak Perlembagaan Penjajah, dan menolak peraturan kafir ? Wak harap mat dapat berbincang dengan ulamak2 mat untuk menjawab soalan wak ini, kerana disana ada jawabnya. Jangan lupa copy pastekan jawapan itu ke sini untuk dibaca pula oleh khalayak blog wak.
Yang ke-2, Benarkah Haji Hadi ada mengatakan Mahkamah Syariah thoghut atau kamu sengaja mengada-adakan..?? atau kamu sekadar sengaja menimbulkan polemik agar kamu dapat melihat orang yang melihat bahawa PAS ini suka memaki hamun sebagaimana teori yang digunapakai oleh propaganda barat terhadap islam ? Wak mohon mat jawab juga persoalan ini !
Mat Kata: 6. 1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.
Wak kata;
Maka apa maksud asobiyyah di sisi kamu ? apabila Rasulullah bersabda; ”
bukan dari kalangan aku siapa yang berjuang kerana asobiyyah, bukan dari kalangan aku siapa yang mati kerana asobiyyah, bukan dari kalangan aku siapa yang menyeru kepada asobiyyah. Para sohabat bertanya; apa itu asobiyyah wahai rasulullah : “..kamu membantu kaummu atas kezaliman.”
Maka apa pula hukumnya berjuang atas nama bangsa, dan dalam masa yang sama menolak islam ? Apa hukum bersatu atas nama bangsa dan dalam masa yang sama melakukan kezaliman ke atas orang lain sehingga sekolah agama rakyat pun dinafikan hak ? Apa hokum berjuang atas nama bangsa sehingga bahasa ibunda, tulisan jawi dan agama diketepikan ?
Mat kata; 7. 1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.
Wak kata:
Isu ini cuba diselewengkan oleh UMNO untuk menunjukkan kononnya PAS sendiri seolah-olah tidak tahu samada mereka (korban Memali) syahid atau tidak. Dewan Ulamak PAS Kedah berpendirian bahawa 14 mereka adalah syahid dan memang benar bahawa hukum itu bukan dibuat oleh Dewan ulamak PAS Kedah tetapi harus diketahui bahawa hukum itu adalah diambil dari hukum-hukum fiqh. Itulah maksudnya.
Hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan ulamak PAS tetapi Dewan Ulamak berpendirian bahawa mereka adalah syahid tanpa perlu buat hukum, kerana sudah jelas dari al-Quran dan hadith. Dan sekarang, siapa pula yang berbohong ?
Mat kata: 8. 1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian…
nyata PAS bohong.
Wak Kata;
Betulkah mat ? Takpa..tapi mat kena lihat secara lebih luas, Jika benar telah diseleweng, kenapa Mahathir kata hudud tak boleh dilaksanakan ? kartun cakaplah mat, benda seleweng pun Mahathir dah takut, kalau betul..mau pitam 44 kali kot ? Persoalannya benarkah diselewengkan ? tapi yang betulnya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kan ! Dan jika dilaksanakan juga darurat akan diumumkan di Kelantan (ini mat tahu ker sapa yg cakap? mat tolong cari orang yg cakap mcm tu ) atas alasan buat benda (peraturan@perlembagaan) yang bersanggah dengan perlembagaan sedia ada.
Bukankah itu ada unsur ugut ! Sekarang siapa tipu siapa ? Draf hudud telah dibawa ke Parlimen tetapi belum sempat di usul, speaker dewan awal-awal dah tolak usul, nak tipu orang yang tak baca hansard Parlimen boleh lah mat.
Mat Kata: 9. 1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterimakasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata “ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan. Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi. Maksud Hadis Rasullullah S.A.W: Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-prempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘
Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)
Wak Kata:
Kenapa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan, pasal kerajaan menuntut terima kasih dari rakyat. Macamana tu ? Itu..yang rakyat kena suruh untuk Undi BN ! Apa kejadahnyer ? Suka rakyat lah..nak undi siapa ? Dalam adab kita seharian memang kita laksana ucapan berterima kasih kepada siapa yang buat baik pada kita. Tapi apa pulak hukum mintak orang ucap terima kasih pada kita atas jasa yang kita buat ? tak bacakah maksud ayat surah al-Insan ayat 9-10 yang mafhumnya:
9:” ..sesungguhnya kami member makan kepada kamu kerana allah semata-mata; kami tidak berkehandakkan sebarang balasan dari kamu dan ucapan terima kasih..”
10:”..sesungguhnya kami sebenarnya takutkan tuhan kami, takut dikenakan azab hari yang padanya muka orang-orang bersalah;masam berkerut-kerut ”
Maka apa hukumnya pulak mintak terima kasih kepada rakyat dengan mengundi BN sedangkan harta negara ini bukan harta BN ? tetapi harta semua rakyat ! UMNO merasa kalau orang tak undi dia maknanya orang itu tak berterima kasihlah dengan kerajaan(UMNO), apa kamu ingat harta kerajaan ini datang dari kocek mak bapak UMNO kah..??? bukankah itu tandanya tak sedar diri !
Hadith di atas, sila rujuk kitab fathul bari an-nawawi berkaitan hadith di atas. Bukankah hadith di atas adalah berkiatan isteri yang taat kepada suaminya. Apakah kafir kepada suami ? maksudnya tidak taat arahan suami selagi mana suami mentaati Allah Ta’
ala., tetapi adakah di dalam matan hadith itu menyuruh si suami mintak terima kasih dari isterinya ? Nampak sangat saudara mat ini hanya copy paste hujah-hujah dangkal UMNO !
Mat Kata:
Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.
Wak Kata:
Mahathir kerana kejahilannya menyebut tentang hadith di atas tanpa mengira apakah hukum yang diambil dari matan hadith tersebut. Maknanya pemikiran Mahathir, dan saudara mat sama saja. Tak lebih dan tidak kurang kerana meninggalkan perkiraan hukum dari matan hadith tersebut. Wak rasa mat dah pening ni, mat tahu ker makna ‘matan hadith’ ? Hmm..takpa..mat, tak berdosa kalau tak tahu, kena tahu..dan bila tahu..kamu buat tak tahu..itu memang kau tanggung dan jawab nanti depan Allah.
Wak ulang sekali lagi kenyataan Mahathir kununnya nabi simpan janggut kerana tiada pisau Gillette masa itu (zaman Nabi), tu bukan persenda dan hina Rasulullah kaa ? Lupa lagi ler tu..memang betul kan mat, melayu memang mudah lupa !
Mat kata; 10. 2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.
Wak Kata:
Apa maksud mat tentang hudud 1/10,000 atau per berapa pun ? Tak faham atau buat-buat tak faham, lalu bagi orang lain pun sama jadi tak faham !
Maksudnya hudud ini 1/1,000,000 pun jelas menunjukkan bahawa islam ini merangkumi seluruh kehidupan manusia dan islam bukan semata-mata hudud. Hudud cuma salah satu benda yang mesti ditegakkan sama lah dengan beribu-ribu perkara yang islam suruh tu ! Juga mesti ditegakkan mengikut kemampuan dan kuasa yang ada.
Tapi memanglah UMNO mat tak faham, pasal UMNO mat, tak tau pun islam ini adalah seluruh kehidupan manusia ! Betul tak mat ? Kalau Haji Hadi menolak hudud, yang dia luluskan Enakmen Hudud Terengganu 2001 tu buat apa ? Setakat manalah paradigm saudara mat ni..owh..paradigma copy paste barangkali ! Tak salah copy paste, tapi sebelum copy paste, kena la buat homework dulu..itu yg aulia nya..bukan main kopiket sajaa…mat !
Mat Kata: 11. Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji Hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia mengugurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini PAS sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.
Wak Kata:
Siapa yang menggugurkan slogan Negara Islam, bukan UMNO ker ? Yang jelasnya UMNO yang tidak mahu negara islam tu, atau juga ditakrifkan dari sudut bahasanya, bila tidak mahu, menolak laa..tu, bila dah tolak, gugurlah..!! Adehh..!! UMNO cakap konon-konon ? bagi pihak PAS. Betul ker ? Pada wak, perkara dan isu itu bukan surat khabar UMNO ker yang putar belit…
!!! Isu ni tak payah cakap pasal dah sentuh di atas. Harap saudara mat boleh sedarkan diri dengan baca respon di atas.
Mat Kata: 12. Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewan Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara yang berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud sistem pemerintahan sekular. Namun demikian konsep sekular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.
Wak kata:
Ini adalah pembohongan yang paling jelas dibuat oleh UMNO berhubung isu definisi sekular. Mengikut fakta, buku itu tidak ditarik balik, cuma diperbetulkan dan di cetak semula. Saudara mat boleh rujuk buku ” Memahami Dasar-dasar Islam “ terbitan Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan. UMNOlah yang kununnya mengatakan ianya tidak menguntungkan PAS sedangkan kandungan buku itu adalah di atas kesilapan teknikal menyebabkan kandungannya cacat.
Apa yang dikesalkan disini ialah, UMNO berterusan berpegang kepada buku yang silap cetak, dia terus berpegang dengan buku silap cetak itu yang mengatakan, PAS menyatakan bahawa konsep sekular itu ialah bila Ketua Negara, berlainan agama. Tapi bagaimana pula dengan kes ini, dimana Presiden India iaitu APJ Abdul Kalam yang beragama islam ? Adakah wajar kita katakan bahawa Kerajaan India itu negara islam, kerana agama ketuanya islam ? Benarkah bahawa konsep sekular ini telah diselewengkan ? Mohon mat pula jawab.
Mat Kata: 13. Wang ehsan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu dihukum Haram (Harakah 22.01.2001). Apabila kerajaan Pas mengambil pemberian dari Kementerian Pendidikan kepada 3 institusi pendidikan Terengganu sebanyak RM40 juta dimasukan ke dalam akaun Khazanah kerajaan Negeri maka Pas menyatakan Hukumnya menjadi Harus sahaja. Haram bagi Pas hanya untuk orang lain tetapi Harus untuk dia. Hukum Allah diperlekehkan.
Wak Kata:
Yang kita katakan haram ialah tindakan kerajaan Persekutuan merampas dan merompak royalty minyak dan ditukar kepada wang ihsan dan di agih kepada UMNO Terengganu, itu kan ker kerja haram..wang itu sepatutnya dilsalurkan kepada kerajaan Terengganu yang sah dan bukan pada UMNO, sebab itulah bila duit itu sampai kepada salurannya iaitu kerajaan Terengganu, barulah dikira sah dan harus menggunakan duit itu untuk kepentingan rakyat.
Bukan macam UMNO, hentam duit royalti jadi wang ihsan kemudian agih pada pimpinan UMNO untuk kepentingan perut dan bawah perut, UMNO bukannya rakyat…
!!! Yang memperlekehkan hukum adalah UMNO pasal ambil duit ikut cara salah, merompak harta rakyat apa pula hukumnya?
Mat Kata: 14. Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Masjid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.
Wak kata:
Betul ke penyelewengan akidah ? Ker ada imam dah batal akidah sampai makmum terpaksa lantik imam lain ? Tahun 1982 Dato’ Nakhaie Ahmad masih di dalam PAS, cuba tanya dia apa hukum solat berimamkan UMNO dan makan sembelihan UMNO ? Tanyalah dia, kerana dialah yang berapi-rapi berceramah hentam UMNO ketika itu, dan letak isu itu di setiap jajaan ceramahnya, sedangkan orang lain relax ajer ! Tup..tup dia masuk UMNO ! Nakhaie..Nakhaie !! Mat..mat..! Biarkan..biarkan..!! Apa punya turr laa..!
Mat Kata: 15. Bank Islam dikatakan hanyalah kulit, tidak bererti bagi Islam tetapi telah memuji setelah menggunakan wang peruntukan dari bank tersebut.
Wak Kata:
Ini tuduhan rambang UMNO yang tiada berfakta. Pasal apa, pasal ayat dia tergantung. Bila pulak Bank Islam bagi peruntukan pada PAS ? Tiada jawapan untuk soalan rambang !! Nak cari jawapan, tanya mat tu..minta dia letak hujahnya diruang komen.
Mat Kata; 16. Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh Nik Aziz setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545; Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.
H.R Bukhary-Muslim –
10 Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang di maki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.
Wak kata:
Setahu wak, tak ada pulak Shahnon Ahmad sebut nama siapa-siapa di dalam novel SHIT tu ! mat ada jumpa ker nama individu2 tertentu di sebut. Atau mat pun tak baca novel tu ? Sekadar copy paste artikel yg rasa sedap, kemudian dijadikan hujah sendiri tanpa tahu butir perkara benarnya..aduhh mat !
Oleh kerana status novel itu, adalah novel satira politik, maka kandungannya lebih kepada satira ! Saudara mat tahu ker ape maksud satira ? Satira adalah satu bentuk karya yang perli orang lain. Bila perli, mestilah ada orang yang terasa. Soalnya adakah dalam novel itu menyebut nama penuh atau apa-apa tanda pengenalan tentang betapa kemaluan itu benar-benar milik ibu Mahathir ?
Isu carut di dalam al-Quran, ini bahasa sahaja, Nik aziz merujuk kepada kalimah-kalimah yang dianggap keji pada masyarakat, bukankah Allah sentiasa mengingatkan tentang menjaga kemaluan, kemaluan tu elok ke disebut kalau nak nak di kira dari sudut akal ? Ini maknanya UMNO manipulasi kata-kata Nik Aziz, lain yang dimaksudkan, lain yang dikhabarkan kepada rakyat. Propaganda..biasalah..dalam politik, lebih2 lagi UMNO, tak kan mat tak tahu ! Betul tak mat ? Yang penting malukan dulu..betul tak ?
Hadith di atas tiada masalah, yang jadi masalah macam mana orang UMNO boleh tau satu-satu kemaluan itu milik siapa ? Macam mana pulak orang UMNO ni tau kemaluan tu milik ibu Mahathir..hebat-hebat..sekilas sebut pasal kemaluan..orang UMNO dah tau kemaluan itu jantan betinanya..walaupun shahnon tak sebut nama sapa pun !
Mat Kata: Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Toleransi akan kebebasan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA. DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersekongkol dengan DAP adalah bertentangan dengan aL-Quran dan ajaran Islam.
Wak nak Tanya:
Najib kata ONE MALAYSIA tu menatang apa pulak…
???
Akhirnya mat kata: Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan yang dilakukan oleh Ulama – Ulama Pas yang mana jika kita selidiki ianya telah merosakan sekurangnya sebahagian akidah orang yang terpengaruh dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai Penjenayah Agama yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan-penyelewengan agama yang telah dan akan dilakukan oleh Pas selagi ianya bertapak di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Wak pulak kata;
Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan dan putar belit fakta yang dilakukan oleh ulamak-ulamak UMNO yang mana jika kita selidiki ianya bukan sahaja merosakkan sebahagian akidah orang yang terpengaruh. ( Untuk makluman, akidah mana ada rosak sebahagian, rosak satu di kira rosak semua..mana depa dapat ayat ni ? ) dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai penjenayah Islam yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan dan putar belit fakta yang telah dan sedang dilakukan oleh think tank UMNO selagi UMNO bertapak di muka bumi Allah ta’ala ini. Wak terpaksa ambil sebijik hujah mat bagi ni, kerana hujah ini sebenarnya untuk UMNO.
(p/syysstt..) Sebenarnya Mat ni bukanlah hebat sangat, dia bukan tau apa yang dia tulis, dia copy paste aje, ingat dia dah habis hebat laaa..dapat bagi hujah macam tu, yang ori keluar dari hati dan otak dia, tapi…EDISI TERJAH wak dapat telanjangkan mat, dari mana sumber itu diambil, search ajer dalam google atau yahoo atas tajukpenyelewengan PAS..apa yang si Mat ni copy paste..itu la dia yang ada dalam mana-mana laman UMNO. Betul tak mat ?
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Contohnya:
http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=718&Itemid=32
Ihsan PolitikBanjar

Saingan empat penjuru di Penanti
kemaskini 12.32pm Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, empat orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini layak bertanding, demikian diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.
Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya.
Sebab penolakan tersebut belum dapat dipastikan, setakat ini.
Keempat-empatnya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.
Proses penamaan calon sejak 9 pagi mencipta kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib sekali lagi di kerusi DUN Pulau Pinang itu.
Dua lagi calon bebas, bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah (foto atas, bertudung merah jambu) dan bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari dijangka akan memberi saingan kepada Mansor (foto bawah, berbaju biru).
Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong.
Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu - satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh.
Kerusi tersebut kosong selepas wakil rakyat PKR Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan ADUN 16 April lalu di tengah-tengah kehangatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.
Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Foto misteri 'talkin untuk Umno'
Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.
Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.
Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.
Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.
Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
"Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan naib presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah," coretnya di blognya kelmarin.
Bagaimanapun Umno dan pihak pembangkang masing-masing menafikan terlibat menganjurkan majlis itu. Mereka malah tidak tahu-menahu langsung tentangnya.
Bendahari Umno Semporna, Datuk Madlan Alami yakin majlis talkin itu bukan protes daripada penyokong Umno sendiri.
"Saya yakin bukan orang Umno yang buat. (Orang Umno) kalaupun benar mereka tidak puas hati, mereka tidak akan buat macam itu," katanya kepada Malaysiakini.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali pula mengakui terdapat rasa tidak puas hati penduduk Semporna berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.
Dihubungi hari ini, Mohamad mendakwa tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada 1999.
Walaupun begitu, mereka tetap terus berusaha untuk mendapatkan hak mereka, tambahnya.
Katanya lagi, penduduk di beberapa bahagian parlimen di negeri itu juga tidak tidak berpuas hati pada kerajaan berhubung pemilikan tanah, termasuk di tempat tinggalnya di Tawau.
Beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lengkap tentang bantahan terkini penduduk di tempat-tempat tertentu di negeri itu.
Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik.
Labels:
umno
Barisan Nasional Akan Bubarkan DUN Perak?
Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan rayuan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry.
Biar betul?ana rasa ini tidak mungkin akan berlaku.Pihak gerombolan akan terus memerintah sehingga PRU 13 nanti walau dengan apa cara sekalipun.
dari perisik rakyat..
Allo geng... masa tak de kuasa UMNO/Barisan Nasiyonal sanggup rampas kuasa, inikan pulak dah dapat kuasa, korang ingat senang-senang ke nak lepaskan kuasa ni dengan gitu-gitu je..?
Allo... ini Malaysia geng..! Malaysia ialah sebuah negara DemoCrazy..!
Kalau korang rasa nak bubar sangat DUN Perak, korang tunggu PRU-13 nanti...
Sementara datang PRU-13 tu, nikmatilah kehidupan anda dibawah KERAjaan Haram Jadah ni.
Kah kah kah kah kah ... !!!
Bubar DUN..?
Khak Ptuih...!!!

Jangan dilupakan bekas Isteri Pertama PM ke-6 kita
Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan.Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.
Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.
Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.
Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.
Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor?Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.
Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak menerusi pembacaan merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.
pa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.
Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.
Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.
Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.

Anak Lelaki Tun Berniaga apa?
Rasulullah S.A.W telah mengutuk/ melaknat kerana khamar (arak) atas sepuluh orang iaitu:-
1. Yang memerah
2. Orang yang diperahkan
3. Yang meminum
4. Yang membawa
5. Yang dibawakan (dihidang)
6. Yang Menuang
7. Yang menjual
8. Yang Menawarkan harganya
9. Yang membeli
10. Yang menyimpan
(Diriwayatkan Oleh Ibnu Majah Dan Tirmidzi)
rujuk berita di bawah:
Kirin completes divestment from SMC
------------------------------------
By Doris Dumlao
Philippine Daily Inquirer
First Posted 13:56:00 05/22/2009
MANILA, Philippines--Kirin Brewery of Japan has completed its divestment of a 19.9- percent stake in San Miguel Corp. by selling it to a group led by businessman Roberto Ongpin for about P40 billion.
Some 314 million SMC B shares -- open to foreign investors -- were crossed at the Philippine Stock Exchange at a price of P63 per share on Friday, stock market sources said.
Kirin earlier made a deal to sell its stake in SMC to Q-Tech Alliance Holdings Inc.
Among the local incorporators of Q-Tech are Ongpin and Petron Corp. president Eric Recto.
Also among the investors are Mirzan Mahathir, chairman of Crescent Capital Bhd. and eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad.

Subscribe to:
Posts (Atom)