Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, December 19, 2009

FELDA kini ALONG? - 40 peneroka buat Demo


Satu Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan - Bijan

40 peneroka buat perhimpunan aman

TRIANG – Lebih 40 peneroka mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Balai Polis Triang menunjukkan protes terhadap tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang gagal memulangkan wang caruman tabung tanam semula kelapa sawit secara sendiri.

Pada perhimpunan itu, peneroka dari tiga tanah rancangan di Zon Bera/Mendi ini iaitu Felda Sebertak, Rentam dan Tementi terlibat.

Selain mengadakan perhimpunan aman itu, setiap wakil tanah rancangan membuat laporan polis mengenai perkara ini supaya ia dapat disiasat kerana disyaki berlaku penyelewengan dan penipuan antara pihakpengurusan Felda dengan peneroka.

Laporan polis itu dibuat terhadap Perdana Menteri, datuk Seri Najid Tun Abd Razak; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan; Pengerusi Felda. Tan Sri Yusof Nor dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.



Wakil peneroka dari Sebertak, Harun Md Yusof, 63 berkata, isu berkaitan permohonan peneroka yang menanam semula tanaman komoditi secara bersendirian ini telah lama diperdebatkan dengan pihak pengurusan Felda.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali diadakan perbincangan samada di peringkat pegawai di tanah rancangan sehingga ke peringkat persekutuan, isu ini belum lagi selesai.

“Malah, mereka menganggap kami hanyalah pencetus masalah kepada peneroka dan warga Felda yang lain.

“Sedangkan kami hanya mahukan hak kami yang dicarumkan ke tabung tersebut sebelum kerja-kerja tanam semula dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, jumlah keseluruhan wang caruman itu dijangkakan sebanyak RM17,000 seorang.

Sementara itu, seorang peneroka dari Rentam, Che Zuha Che Harun, 47 berkata, laporan polis berkiatan isu ini adalah yang kali kedua dibuat.

Katanya, sebelum ini, isu yang sama dilaporkan di balai polis di Kuantan.

“Tetapi, setelah lama perkara itu dilaporkan, namun tiada menunjukkan sebarang perkembangan dari pihak pengurusan Felda sendiri,” kata beliau.

Menurutnya, pelbagai alasan yang diberikan pihak pengurusan Felda untuk mengabaikan isu yang dibangkitkan peneroka itu seolah-olah pembayaran itu tidak dapat dilangsaikan kerana peneroka sendiri yang bermasalah.

Bagi, Saad Jamaluddin, 62 berkata, tindakan Felda tidak menyerahkan semula wang caruman tersebut adalah sangat kejam dan menindas peneroka.

Menurut beliau, wang caruman itu adalah duit peneroka yang dipotong melalui penyata gaji iaitu sebanyak antara RM3.34 hingga RM4.00 bagi seekar tanah bermula dari tahun 1984 – sekarang.

“Duit itu sepatutnya milik kami kerana kami yang menabung. Kalau kita menabung di bank, bukan sahaja kita akan mendapat jumlah yang sama malah berganda kerana berserta dividen.

“Tetapi, apabila Felda tidak mahu menyerahkan duit kami, itu adalah tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Saad berkata, setelah tiada tindakan yang dilakukan Felda, peneroka sebulat suara membuat laporan polis supaya ia dapat disiasat sekali lagi dan menemui jalan penyelesaian.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Anak-anak Malaysia (Anak), Mazlan Aliman.


Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger