Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Sunday, May 24, 2009

Perkasa sifatkan pembangkang hipokrit

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan desakan pembangkang agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan membuktikan pakatan itu bersikap hipokrit dalam perjuangan politik.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan Mahkamah Rayuan semalam adalah sah dari segi undang-undang dan dibuat secara terperinci oleh panel hakim yang terbabit.

"Apa lagi yang nak bising-bising apabila mahkamah telah membuat keputusan dan kalau mereka yakin sangat rakyat Perak mengundi mereka, tunggu sahaja pilihan raya umum akan datang yang akan berlangsung tidak lama lagi.




"Saya juga tidak fikir pakatan pembangkang akan bubar DUN Perak jika mereka menang dalam keputusan Mahkamah Rayuan semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tunduk dengan kehendak pakatan pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan.

Muhyiddin berkata, ia adalah kerana kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah diputuskan sebagai sah.

Muhyiddin mengulas desakan parti pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau percaya, pakatan pembangkang tidak akan mendesak kerajaan membubarkan DUN jika pilihan raya itu tidak memihak kepada mereka.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, keadaan semasa tidak memerlukan DUN Perak dibubarkan.

"DUN Perak hanya wajar dibubarkan atas tiga faktor iaitu Sultan Perak sendiri mahu kerajaan negeri membubarkan DUN, BN hilang majoriti wakil rakyatnya dalam DUN atau wujudnya krisis kepimpinan UMNO Perak. Jelas dalam keadaan semasa itu semua tidak berlaku," katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------
Komen abahnya faez:

Hello encik Katak, Kenapa baru timbul pembangkang harus terima keputusan mahkamah rayuan.Tapi Time Pihak BN failkan
rayuan kat mahkamah encik katak diam membisu.

Ini dasar perjuangan. Walaupon ianya pahit tetap harus diteruskan jua.
InsyaALLAH....

""Saya juga tidak fikir pakatan pembangkang akan bubar DUN Perak jika mereka menang dalam keputusan Mahkamah Rayuan semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini."

mungkin encik katak tidur agaknya. Selepas DS Ir Nizar diumumkan sebagai MB perak yang sah.Apa yang diucapkan oleh beliau?
"BUbar Dun!!!" biar rakyat yang tentukan apa yang mereka mahukan.


Lawan tetap lawan.. Takbir!!!!!

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger