Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Sunday, February 15, 2009

Kerana UMNO Sayangkan Raja & Bangsa Melayu...?



Salam,



Tertarik dengan catatan dengan seorang bloggers bila memaparkan antara peristiwa besar yang pernah berlaku sepanjang merdeka khususnya berkaitan dengan RAJA-RAJA M E L A Y U.

Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan ahli UMNO apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 diluluskan.

(tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! dan terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja.

Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi.

Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.

Dari kesemua peristiwa itu, tidak pula dapat diingati ahli Umno mana dan berapa banyak pula penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak (kalau Najib tak turut menyokong pindaan Perlembagaan yang antara lain mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu, Karpal nak saman apa hari ini?

Siapa Yang Bersalah Buat Kerja 'DERHAKA' seperti ini? Entahlah....sendiri buat pentafsiran...

UMNO dulu, kini & selamanya PENDERHAKA ~ Malaysiakini

UMNO dari DULU, KINI & SELAMANYA memang adalah PENDERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO. Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO. Antara PENDERHAKAAN UMNO kepada Raja-Raja Melayu ialah ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...


Mingguan Malaysia, 11 November 1991

1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.















Berita Harian 1993
2. Shahidan yang pernah dakwa tahu asal-usul Raja & sedia mendedahkan bukti takhta Sultan Kelantan masa tu.



3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitu a) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'. (yang lain baca sendiri. Klik pada gambar & besarkan tekan ctrl & +)


5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku. ~Labun Kulup Sakah 6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis
bank ini. 7. Di Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi. 8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokong UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh. 9. Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan. 10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu

11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA


(Petikan & gambar ehsan & diubahsuai dari kulupsakah.blogspot.com & perisik-rakyat.com&kerbaubersuara)
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger