Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, August 11, 2009

Tahajjud ; penghidup dan pembunuh malam Bah. 2

siri pertama..click sini

credit kepada saudara fira [naib ketua pemuda cawangan]


Sabda Nabi S.A.W,” Manusia akan dikumpulkan di hari kiamat pada suatu padang ( Mahsyar ), lalu suatu suara menyeru : Mana dia orang orang yang telah meninggalkan tempat tidurnya (kerana beribadat ditengah malam)? Mereka lalu tampil kehadapan dalam bilangan yang kecil saja, lalu mereka dibenarkan masuk syurga tanpa hisab”.
Sabda Nabi S.A.W ,“ Hendaklah kamu membiasakan diri bangun ditengah malam kerana yang demikian itu adalah amalan yang dibiasakan oleh orang orang soleh sebelum kamu. Ia juga sebagai suatu cara untuk mendekatkan diri kepada tuhan, menebus kesalahan, menjauhkan diri dari dosa dan menyingkirkan penyakit dari tubuh.”,



Sabda Nabi S.A.W ,” Seutama utama solat sunat sesudah wajib ialah solat malam.”, HR Muslim, Abu Daud dan Tirmizi
Sabda Nabi S.A.W “ Sesungguhnya pada setiap malam ada suatu saat yang mana tiada seseorang hamba Muslim berada disaat itu, lalu memohon sesuatu yang baik dari urusan dunia dan akhirat, melainkan akan ditunaikan Allah permohonannya,”
Berkata Ibnu Al munkabir : “ Bahawa tiada kelazatan didunia ini meskipun usiaku telah lanjut kecuali tiga perkara: pertamanya iaitu ‘qiyamulaill’ iaitu solat malam, yang kedua ketika bertemu sahabat seperjuangan, ketiganya ialah boleh melakukan solat jemaah dengan sempurna”.
Berkata pula ahli Qiyamulail “, Bagiku malam itu ialah bahawa diriku tersepit diantara dua bahagian malam. Hatiku gembira dan seronok dengan gelapnya malam. Aku merasa rawan apabila fajar mula menyingsing, dengan situasi demikian kegembiraan hatiku tidak pernah sempurna kerana waktu qiyamulaill akan berakhir”, (Ketenangan hati sedang berkhalwat terganggu oleh sinar fajar)
Sememangnya bangun untuk beribadat ditengah malam itu amatlah dititikberatkan oleh Allah S.W.T dan Nabi S.A.W. Namun ianya juga merupakan satu perkara yang berat, lebih lebih lagi kepada pemuda diakhir zaman ini.

Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T didalam surah Al muzzammil iaitu ayat yang berkaitan dengan tahajjud atau qiyamulail.
Firman Allah Ta’ala ;
“Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat .” Al Muzzammil : 5
Maksud ayat ini telah ditafsirkan dalam dua bentuk oleh ulama tafsir yang muktabar. Pertamanya ada ulama menafsirkan bahawa ianya merujuk kepada beratnya kewajipan melaksanakan amalan qiyamulaill itu sendiri yang diperintahkan kepada hambanya, dimana mereka terpaksa meninggalkan tempat tidur yang empuk dan berjuang meleraikan tiga ikatan syaitan ditubuh mereka. Keduanya ada ulama menafsirkan bahawa ayat tersebut menyatakan tentang tugas tugas berat yang akan dihadapi oleh para pejuang dan pendakwah dan ianya memerlukan persiapan rohani yang mantap iaitu dengan berqiyamulaill.
Tentulah sudah pasti qiyamulail sesuatu yang berat bagi kita para pemuda untuk menunaikannya secara istiqomah, kerana telah kepenatan melaksanakan perintah Allah disiang hari seperti berjihad, solat, mencari rezeki, berpuasa, menjaga anak anak, menguruskan keluarga dan lain lain, yang mana tidurlah lebih baik bagi kita untuk rehat dimalam hari. Tapi kenapa pula Allah memberatkan kita dengan tugas Qiyamulalill pula? Adakah ianya memang berat atau hanya pada nafsu kita sahaja terasa beratnya?
Allah S.W.T telah menyatakan kepada kita.
Firman Allah Ta’ala
“ Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. ( Hingga akhir ayat )....” Al Baqarah : 286
Pasti dan pasti walaupun ianya berat namun ia tidak mebebankan kita, yang terasa beban hanyalah nafsu kita semata mata. Oleh itu tentu ada cara caranya untuk kita bangun malam beribadat dan seterusnya istiqomah dengannya. Apakah tips dan panduan untuk kita dapat menunaikan ibadat malam ini, Ianya akan diungkapkan pada bahagian yang lain nanti. Semoga ia menjadi panduan kepada kita para pemuda untuk berqiyamulaill..

“tarbiyyah bukan segalanya tapi segalanya datang dengan tarbiyyah”

Salam Perjuangan.


Pilihanraya Permatang Pasir Bulan Ramadhan..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.






Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger