Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Showing posts with label arak. Show all posts
Showing posts with label arak. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Mirzan Menconteng Arang Ke Muka “fundamentalis Muslim”.???


Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, rakyat rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak .



Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”.

Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:
“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT).

Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan Mirzan, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Dr.Muhammad Nur Manuty
Pengerusi,
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR
14 September 2009


seterusnya..boleh baca kt
http://themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/37549-mirzan-says-san-miguel-stake-is-just-business

Sunday, August 30, 2009

Kalau yang ni Islam... wanita ini wajib disebat - Najib


Wanita mabuk berang kereta ditunda

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.



Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

Gelagat wanita ini antara yang dapat disaksikan dalam operasi mingguan yang dijalankan polis trafik Jalan Bandar yang diketuai oleh Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Ahmad dan dibantu oleh 25 orang pegawai dan anggotanya.

Operasi tiga jam itu yang bermula kira-kira pukul 12.30 malam dijalankan di sekitar pusat bandaraya antaranya di Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Ipoh.

Rusli berkata sebanyak 170 saman dikeluarkan kerana meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas dimana empat buah kenderaan telah ditunda.

Saman itu turut dikenakan kepada pemandu teksi yang terus berdegil menunggu di tempat yang tidak dibenarkan selain mengganggu lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di beberapa buah pusat hiburan terkenal di bandaraya ini, katanya.

“Kami akan bekerjasama kelak dengan persatuan pemandu teksi supaya anggota mereka mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya.

— BERNAMA

Wednesday, August 26, 2009

Arak: BN mewariskan kita sistem jahiliyyah-1malaysia


Arak: BN mewariskan kita sistem jahiliyyah


isu arak di Selangor dan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika memperlihatkan kepada kita satu perkara iaitu pewarisan sistem jahiliyyah lebih 50 tahun oleh BN terutamanya dari parti Melayu UMNO.

Arak bukan perkara pelik dalam masyarakat Malaysia. Bermula dari kilangnya yang besar, iklan arak di papantanda dan media massa, penajaan sesuatu acara seperti sukan bola, hidangan di hotel dan pesawat MAS, sehinggalah yang diminum di kelab malam, pusat karaoke, atau yang mudah dibeli di pasaran. Itu belum termasuk ketagihan arak dan kesan maksiat darinya seperti zina, bunuh, rogol dan lain-lain.


Semua ini adalah satu ‘pakej’ dari sistem pemerintahan sekian lama oleh BN. Justru, apabila Dato Dr Hasan Ali mengumumkan tentang sesuatu peraturan baru bagi mengatasi masalah arak di Selangor, ia bukan suatu yang mudah. Tetapi itulah tanggungjawab yang sedang dibuat olehnya, perkara yang tidak boleh dibuat oleh BN walaupun lama memerintah Selangor dengan berganti Menteri Besar.

Demikian juga kes sebat kerana minum arak berkait model sambilan, Kartika. Ini bukan isu Islam hadhari atau Islam hududi seperti yang ditulis oleh seorang pengkomentar di sebuah akhbar. Bagi saya, ia berlaku kerana Islam sebenar menurut perintah Allah dan Rasul itu belum dilaksanakan dengan sebenarnya. Maka imej itu bukan imej Islam sebenar tetapi imej cara pemerintahan BN terhadap hukum Islam.

Saya setuju dengan mantan PM, Tun Mahathir bahawa Islam mementingkan keadilan. Tetapi Tun ketika menjadi PM Malaysia selama 24 tahun, apa yang dibuat terhadap perundangan Islam? Siapakah yang cukup kuat menentang pelaksanaan hukum Islam di Terengganu dan Kelantan suatu masa dahulu? Siapakah yang mempermainkan hukum Islam dengan pelbagai perkataan yang mengejek hukum Allah ini?

Sekali lagi saya katakan bahawa saya melihat isu sebat dan hukuman dalam enakmen berkaitan arak adalah manifestasi dari pemerintahan BN yang sebenarnya masih jauh dari ruh perundangan Islam yang wajib ditegakkan sehingga jelas pada pandangan mata masyarakat tentang hebat, baik dan adilnya hukum di dalam Islam ini.

Orang Lain kena sebat, Orang lain yang berpeluh?- najib

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.



Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.








Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger