KUALA TERENGGANU – Tindakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak menolak pelawaan Mursyidul Am PAS tidak menggambar pentadbiran kerajaan Malaysia dengan dasar 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan,
Pemimpin UMNO termasuk bekas-bekas Perdana Menteri hanya mementingkan parti (UMNO) melebihi kepentingan umum, umat Islam dan Melayu di negara ini.
PAS Terengganu menyokong hasrat murni Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat mempelawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berdebat, dalam mencari penyelesaian masalah antara PAS-Umno.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata PAS Terengganu menyambut baik dan sepatutnya UMNO menerima pelawaan itu kerana ianya adalah satu isu yang sekian lama dikemukakan.
“Debat (PAS-Umno) ini bukan perkara baru tapi isu lama dan boleh dikatakan hampir setiap kali bila isu ini berbangkit (ia) akan berakhir dengan kegagalan, kerana UMNO tidak bersedia untuk bersemuka” jelasnya.
Menurutnya, PAS sentiasa bersedia berdebat, berbincang dan bermuzakarah dengan semua pihak bagi mencari titik penyelasaian.
“Perjuangan PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, adalah menyeluruh, atas kepentingan (Islam), PAS mengambil sikap selama-lamanya bersedia berdebat, berbincang, bermuzakarah dengan semua pihak termasuk dengan UMNO,”tegasnya
Beliau yang juga, Yang Dipertua PAS Marang mempersoalkan tidak ada sebab dalam ajaran Islam tidak boleh berbincang , bermuzakarah dan berdebat..
Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim menggesa agar Perdana Menteri berlapang dada dan menerima pelawaan debat tersebut.
Ia adalah penting, katanya kerana rakyat dapat melihat kebenaran samada PAS atau UMNO yang sebenarnya mahu Islam di tegakkan di Negara ini.
“Saya tidak nampak tujuan yang lebih besar dari hasrat Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu selain dari untuk menyatakan kebenaran Islam.
“Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib perlu berlapang dada untuk berdebat dengan Tok Guru Mursyidul Am PAS sebagai membukti bahawa dia (Najib) seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh mempertahankan maruah UMNO sebagai perjuangan orang Melayu dan Islam,”ujarnya.
hahahhahaha.. mari kita tgk apa kata orang kuat UMNO....
Jangan layan jika debat terbuka - Shafie
KUALA LUMPUR 1 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO tidak perlu melayan pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan perbincangan atau muzakarah sekiranya ia dilakukan secara terbuka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pemuda UMNO tidak perlu menerima pelawaan itu jika muzakarah tersebut menjurus kepada perdebatan yang disaksikan oleh ramai penonton.
"Pakatan pembangkang telah ada peluang berdebat mengenai apa jua isu semasa di Dewan Rakyat. Kita pun berdebat setiap hari di Dewan Rakyat, jadi nak debat apa lagi.
"Kalau Pemuda Pas mahu duduk semeja untuk menyatakan sesuatu maka ia tidak menjadi masalah. Namun kalau ia melibatkan perdebatan dan ada penonton untuk mendengarnya, saya fikir tak perlu dan hentikanlah kerana masa itu penting," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan beberapa ahli Jawatankuasa Pembangunan Asap Koyan (AKDC) yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan pembangunan masyarakat Sungai Asap di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam kepada Pemuda UMNO yang diterima oleh Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen di sini.
Menurut Nasrudin, secara dasarnya Pemuda Pas mencadangkan supaya muzakarah diadakan dengan kedua-dua pihak mengemukakan empat wakil dengan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai ditentukan oleh Pemuda UMNO.
Beliau yang memberikan tempoh seminggu kepada Pemuda UMNO untuk menjawab jemputan itu juga mencadangkan supaya muzakarah tersebut diadakan secara terbuka yang boleh dihadiri oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan.
Menurut Mohd. Shafie, perkara penting yang perlu menjadi tumpuan pemimpin politik sekarang adalah melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat dan negara.
"Bagaimanapun, sekiranya pertemuan antara Pemuda Pas dan Pemuda UMNO itu boleh memperincikan keadaan negara dalam konteks ekonomi dan perpaduan, itu tidak menjadi masalah kepada kita," katanya
Coretan Perjuangan
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.9 months ago
-
-
Planet7Oz On line casino - Planet7Oz On line casino Checking out other planets is one thing the majority of people is only able to dream of. But for you, it’s truth – now you’ve came...1 year ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...5 years ago
-
LATIHAN SUKAN PASTI CAWANGAN BERMULA LAGI - Mac 2015 - Persiapan Sukan PASTI Kawasan Dungun PASTI Cawangan-cawangan pada bulan ini bersiap melatih pemain bola sepak & bola jaring di PASTI masing-m...9 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...11 years ago
-
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013 - Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat berserta semua anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Selamat Men...11 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat! - Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar, ra...14 years ago
-
-
-
Khabar Dari Pimpinan
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...5 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...8 years ago
-
Thursday, July 2, 2009
MB Pecat ‘Bala Tentera’ Idris Jusoh
KUALA TERENGGANU – Kemelut politik Terengganu pada 14 April lalu merupakan kemuncak perjuangan hidup mati para ‘jeneral’ bekas Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Idris Jusoh.
Walaupun Idris tidak lagi menjadi pemerintah, lebih separuh jeneral Idris menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebagi wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya umum lalu.
Oleh itu, tindakan ‘kamikaze’ bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Ahmad Ramzi sewajarnya dianggap ‘syahid’ oleh kumpulan yang menentang MB Dato’ Ahmad Said
(Gambar - Lihat muka-muka Exco sekarang yang tak malu, menerima jawatan walaupun bersama Rosol membantah pelantikan Mad Said.)
Sekiranya Ramzi didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghantar SMS ugut bunuh, pengorbanan beliau mungkin dianggap berbaloiIa senada dengan kenyataan ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, yang sekali lagi menjadi sebagai ketua ‘kumpulan pemberontak’.
Rosol telah mengumumkan pada siang media disebuah hotel, pagi 15 April, 10 ADUN UMNO/BN tidak akan hadir (memboikot) sidang DUN yang sedang berlangsung.
Rosol yang juga ketua membantah pelantikan Ahmad sebagai MB setahun lalu berkata, ia adalah kemuncak kepada krisis tidak percaya kepada pentadbiran Ahmad Said. (Lihat Video Kami Nak Deris Natang di Buletin Online Channel)
Mereka begitu serius sehingga sanggup ‘menelanjangkan’ Ahmad dengan mendedahkan kepada media, perkara-perkara yang didakwa mereka sebagai ‘Laporan kelemahan MB Terengganu’.
Walaupun senarai itu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya, namun Ahmad Said tidak dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana Putrajaya menganggap kemelut itu bukan masalah kerajaan.
Justeru mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC hanya menurunkan pangkat Ahmad dalam parti dan melantik sepupu Najib, Dato’ Hishamudin Hussein menjadi Pengerusi UMNO Terengganu yang baru.
Itu cerita yang timbul ke permukaan. Apa cerita dibawah ?
Sebenarnya, perang para jeneral Idris menentang Ahmad Said ‘habis-habisan’ pada 14 April lalu adalah untuk menyelamatkan bala tenteranya yang telah dipecat beramai-ramai dua minggu sebelumnya.
Pada 1 April 2009, Ahmad telah membubarkan Unit Bestari (U-Best) satu unit askar-askar upahan yang telah dibentuk dalam zaman pemerintahan Idris dulu.
U-Best adalah barisan hadapan (frontline) selain Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi memperkukuhkan kerajaan ‘Islam Hadhari Terengganu Bestari’ yang sudah lenyap kini.
Ia merupakan unit kembar kepada UKOM yang bertindak sebagai ‘mulut’ kepada kerajaan Idris sebagaimana digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (RPNT) 2004 -2008.
U-Best juga askar-askar Idris yang turut menjalankan kaji selidik di DUN-DUN membantu penyelidikan yang dibuat oleh Terengganu Development Institut (TDI).
Ahmad telah mengambil tindakan memperkukuhkan regimnya dengan menggantikan askar-sakar yang dianggap setia kepada Idris.
Menurut seorang bekas anggota U-Best yang dihubungi Buletinonline, mana-mana anggota U-Best yang boleh beralih, menyatakan kesetiaan kepada Ahmad, akan dikekalkan dalam agensi baru itu.
”Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu atau nama singkatannya APMT secara rasmi mula berkuatkuasa pada 1 April 2009,”katanya.
Pada umumnya, kata beliau, APMT di tubuhkan untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas U-BEST.
Katanya, organisasi APMT dalam satu DUN berjumlah 16 orang; seorang Ketua Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu, 2 orang Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu dan 13 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat Terengganu.
Namun katanya, Agensi yang baru ini lebih teruk ‘penyelewengan’ dan ‘penyalahgunaan kuasa’ dari apa yang telah dilakukan pada zaman Idris.
”Fokus utama APMT kali ini lebih serius kepada "daftar pemilih" dan "keahlian UMNO", memandangkan UMNO perlu bekerja keras membuat persediaan awal bagi menghadapi Pilihanraya ke 13,”ujarnya.
Ahmad Said menggunakan APMT, yang ditubuhkan dan digajikan dibawah kerajaan negeri, namun melakukan kerja-kerja parti UMNO !
Labels:
terengganu,
umno
Subscribe to:
Posts (Atom)