Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Sunday, August 30, 2009

Kalau yang ni Islam... wanita ini wajib disebat - Najib


Wanita mabuk berang kereta ditunda

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.



Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

Gelagat wanita ini antara yang dapat disaksikan dalam operasi mingguan yang dijalankan polis trafik Jalan Bandar yang diketuai oleh Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Ahmad dan dibantu oleh 25 orang pegawai dan anggotanya.

Operasi tiga jam itu yang bermula kira-kira pukul 12.30 malam dijalankan di sekitar pusat bandaraya antaranya di Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Ipoh.

Rusli berkata sebanyak 170 saman dikeluarkan kerana meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas dimana empat buah kenderaan telah ditunda.

Saman itu turut dikenakan kepada pemandu teksi yang terus berdegil menunggu di tempat yang tidak dibenarkan selain mengganggu lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di beberapa buah pusat hiburan terkenal di bandaraya ini, katanya.

“Kami akan bekerjasama kelak dengan persatuan pemandu teksi supaya anggota mereka mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya.

— BERNAMA

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger