Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Wednesday, January 27, 2010

Miskinnya Umno; buat program ‘Juara Rakyat’ terpaksa ‘menumpang’ dan ‘menipu’.

KUALA NERUS – Umno negeri Terengganu tidak boleh mendabik dada kerana jelas kini, ia bukanlah sebuah parti yang hebat dan popular lagi.
Ia adalah kerana, dalam menganjurkan program ‘Juara Rakyat’ yang dianggap hebat, Umno terpaksa ‘menumpang’ kemudahan kerajaan dan ‘menipu’ rakyat.

(Gambar kanan - Tiada sambutan, gerai untuk program bertemu pelanggan lengang dan kosong )




Program Juara Rakyat bertemakan pendidikan diadakan pada Jumaat, 22 Januari 2010 (hari ini) di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di sini membuktikan, Umno terpaksa ‘menempek’ di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan Yayasan Terengganu.

Dalam masa yang sama, Umno menipu rakyat dengan menghantar surat jemputan (gambar bawah kanan - klik untuk besarkan) kepada ibu bapa dan pelajar melalui Yayasan Terengganu, tanpa memberitahu bahawa program tersebut juga adalah program Juara Rakyat.


Di pihaknya pula, Umno telah menjemput ahli-ahli jawatankuasa bahagian, wanita bahagian, pemuda bahagian, dan jawatankuasa puteri Umno bahagian Kuala Nerus untuk menghadiri program yang sama.

Tindakan Umno tersebut dikesali oleh sebahagian besar ibu bapa pelajar yang hadir.

Mereka tidak tahu-menahu langsung tentang program Juara Rakyat dan terpaksa menunggu selama empat jam untuk menghabiskan agenda program Juara Rakyat.

Agenda penyampaian hadiah sengaja diletakkan sebagai agenda terakhir selepas ucapan-ucapan pemimpin Umno termasuk ucapan Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang tidak kena mengena langsung, dengan program anugerah kecemerlangan pelajar.

Lebih malang lagi, ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka menerima sendiri hadiah daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, sebaliknya hanya wakil-wakil setiap sekolah sahaja yang dijemput naik ke pentas.

Setelah menunggu selama tiga jam setengah, akhirnya agenda pembahagian hadiah tamat dalam masa 20 minit sahaja.

Antara ibu bapa yang memberi komen mengatakan bahawa, Umno mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka dalam program tersebut.

”Kalau tak ada ibu bapa dan pelajar yang dating, tak ada orang yang akan hadir dalam program itu,”kata salah seorang dari mereka.

Selain itu, program ‘Juara Rakyat’ Umno dianggap gagal dan tidak mendapat sambutan dari ahli-ahli mereka sendiri.

Pada jam 3 petang, sepatutnya program diteruskan (lihat agenda - gambar kiri) dengan pameran dan hari bertemu pelanggan.

Namun, tinjauan Buletinonline mendapati, bukan sahaja tidak ada pengunjung, malah semua gerai-gerai pameran telah pun menamatkan aktiviti mereka

-buletinonline-
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger