Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

'Ops-Al Falah' sepanjang 2010


KUALA TERENGGANU, 25 Dis: PAS Terengganu akan menjadikan tahun 2010 sebagai tapak untuk menarik sokongan besar-besaran kepada parti Islam itu melalui apa yang dinamakan sebagai projek 'Ops-Al Falah'.

Melalui projek yang akan bermula Januari hingga Disember tahun depan itu, PAS akan turun ke segenap ceruk rantau negeri itu untuk memberikan penerangan tentang perjuangan PAS.


Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman (gambar) berkata, ia berupa projek bersepadu yang akan bergerak dari peringkat cawangan lagi yang akan dikendalikan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD).

"Kita akan jadikan sepanjang tahun depan seumpama pilihan raya kecil berjalan sepanjang masa. Hanya kawasan tumpuan akan berbeza bagi setiap masa," katanya kepada Harakahdaily.

Program ini disusun dan dirancang berdasarkan pengalaman PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi banyak sekali pilihan raya kecil sepanjang tahun ini.

"Pengalaman kita terlibat dalam pilihan raya kecil itu akan digunakan untuk menggerakan jentera kita sepanjang tahun," katanya.

Operasi ini akan menggabungkan seluruh jentera pilihan raya PAS dan semua jabatan di peringkat negeri sehinggalah ke peringkat Unit Peti Undi dan cawangan di setiap kampung dan taman.

"Dalam operasi ini, satu atau dua UPU akan dipilih bagi setiap hujung minggu, Khamis hingga Sabtu...jentera negeri dan kawasan serta Dun akan berkampung di situ bagi menggerakkan operasi ini. Kita akan selesai gerakkerja ini di penghujung tahun depan," kata Ariffin.

Tumpuan utama operasi ini adalah menambahkan bilangan pemilih baru, memberikan perkhidmatan dan lain-lain.

"Sasaran kita adalah naik ke semua rumah untuk bertemu dengan penduduk tempatan bagi setiap kawasan operasi kita," kata Ariffin.

Sepanjang Disember ini, katanya, pelbagai kursus telah dianjurkan untuk mempersiapkan jentera bagi menjayakan operasi ini.

"Kita telah latih kira-kira 1,000 muslimat kita untuk naik ke rumah-rumah bagi menyampaikan mesej PAS di samping mengenalpasti penduduk bagi setiap kawasan," katanya.

Untuk awal Januari depan, DUN Paka di Dungun akan menjadi kawasan pertama operasi ini.


Harakah-
klik untuk selanjutnya......

Bersama Najib - 8 kes kehilangan mesteri!



Banyak kes kehilangan dilaporkan berkaitan dengan Najib dan ini amat merunsingkan rakyat.

1. Altantuya yang dikaitkan dengan isu Kapal Selam dan Najib dilaporkan hilang, kemudian ditemui mati setelah dibunuh kejam.
2. Bala yang ada kaitan dengan kes Altantuya-Najib, dilaporkan hilang dan baru ditemui semula baru-baru ini.
3. Raja Petra juga hilang dan ada kaitan dengan kes Altantuya – Najib.
4. Saiful Bukhari dilaporkan hilang kemudian muncul di pejabat Najib dan membuat dakwaan beliau diliwat Anwar




5. Nasaruddin, Adun Umno Perak yang menyertai PKR kurang dari seminggu dilaporkan hilang kemudian ditemui dipejabat Najib yang kemudiannya istihar masuk Umno balik
6. 3 Adun Perak dilaporkan hilang, kemudiannya muncul tiba2 dipejabat Najib dan umumkan keluar parti dan menyokong BN hingga menyebabkan Kerajaan rakyat dirampas.
7. Helmi yang dikatakan ada kaitan dengan kes Video Elizabeth Wong dilaporkan hilang dan tak jumpa sampai hari ini.
8. Enjin Pesawat hilang

Lepas ini apa pula yang hilang…kalau nak cerita pasal kanak-kanak hilang dah banyak disiarkan oleh media…

Tapi yang berkaitan dengan Najib ini ada keistimewaannya dan perlu kita fikirkan sebab kehilangan mereka begitu misteri. Sama ada mereka terpaksa hilang atau memang sengaja dihilangkan, pasti ada sesuatu yang Najib tahu jawapannya…soalnya kenapa?

http://syukran.wordpress.com

klik untuk selanjutnya......

PR, Jangan Pandang Belakang



Kalau menyertai konvensyen PR, 19 Dis di MBSA boleh dimasukkan sebagai pengalaman peribadi, saya tidak malu untuk berkata itulah pengalaman politik peribadi paling manis. Apa yang berlangsung itu melangkaui ufuk pemikiran orang politik biasa, apatah lagi musuh politik PR.

Masakan tidak. PAS dan DAP yang lebih dewasa daripada PKR meranduk sawah politik Malaysia ada sejarah ‘kelabu’ yang tersendiri. Sejarah kelabu itulah yang dicanang sehingga kini oleh Umno / BN untuk menidakkan muafakat antara PAS dan DAP.

Usah disebut lagi, usah diulang lagi sejarah kelabu itu. Biarkan dia berlalu. Biarkan sejarah merakamnya dan anak cucu kita membacanya. Cuma, kita ingatkan mereka supaya jangan mengulangi sejarah kelabu itu sama seperti kita tidak mahu menyebutnya lagi pada hari ini.



Ungkapan Karpal dalam ucapannya menjadi pengunci mati sejarah kelabu itu. “… saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini”. Ucapan Tok Guru juga ada signifikannya, “Saya nampak ada bulan di dada Karpal”.

Mereka yang tidak dapat merasai kemanisan konvensyen kelmarin adalah mereka yang mati sensitiviti politiknya, walau pun dia mengaku dia adalah anggota ‘gerakan Islam’.

PR tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Kita melangkah dengan harapan politik baru. Bukan politik perkauman senget, sempit dan songsang dendangan dan warisan Umno / BN.

Biarkan Umno dengan ratib Melayunya. Orang Melayu kehilangan biasiswa, kehilangan bumi, kehilangan bahasa, kehilangan wibawa, kehilangan harga diri, Umno masih juga terhinggut-hinggut dengan ratibnya.

Melayu rosak dan hilang bukan kerana DAP. Melayu rosak dan hilang kerana Umno, kerana politik perkauman senget, sempit dan songsang Umno. Umno menipu orang Melayu dengan ‘dacing kandar’ nya itu.

Betul, Umno memang membela Melayu tetapi Melayu atasan, Melayu elit, Melayu di sekeliling pinggang pemimpin Umno. Melayu marhaen termasuk pengundi Umno di desa tiada tempat dalam kamus pembelaan Umno. Ketika Melayu merempat ini pun, Umno masih juga meratib ‘Melayu’. Poooraahhh…

PR mesti memberi fokus kepada agenda pelaksanaan dasarnya. Jangan menoleh lagi. Teruskan perjalanan, tukar gear satu demi satu. Berhenti sekejap bila bertemu lampu isyarat kemudian terus semula perjalanan. Jangan fikir untuk berpatah balik. Lupakan sekejap gear undur itu.

Cuma jangan ditanggal gear undur. Bila berhadapan tembok, undur sedikit, jangan undur terus. Kemudian sambung semula perjalanan ke hadapan.

Jangan bimbang rakyat bersama kita selama mana kita bersama mereka. Dan, mereka tetap akan bersama kita sekiranya kita bukan sekadar membawa harapan tetapi membawa sinar kepada kehidupan mereka.

Anwar Melayu, Abdul Hadi Melayu, Karpal Singh Benggali, Kit Siang Cina, Guan Eng Cina, persetankan itu semua. Bangsa dan darah keturunan bukan urusan kita. Darah kita sama merah dan kita semua adalah manusia.

Melayu tak akan hilang kemelayuannya sama seperti Cina dan Benggali. Tetapi kita boleh kehilangan kemanusiaan apabila kita menindas mereka yang sepatutnya dibela. Hari ini dan kelmarin, dan tidak mustahil besok juga, rakyat pernah merasai mereka diperlakukan seperti ‘kaldai penanggung barang’ oleh Umno.

Apa buktinya? Salah satu ialah GST. Semua akan merasai perit GST tanpa mengenal Melayu, Cina atau Benggali. GST ini bikinan siapa kalau bukan parti berkuasa hari ini, Umno?

Anwar Islam, Abdul Hadi Islam, Nik Abdul Aziz Islam. Karpal Singh, Kit Siang, Chua Jui Meng bukan Islam. Takdir Tuhan mereka dilahirkan daripada rahim ibu masing-masing yang menganut agama masing-masing.

Justeru kelainan agama itu urusan kitakah? Tidak, itu urusan Tuhan Pencipta kita. Tuhan lebih mengetahui tindakan-Nya. Dia lebih maklum hikmah di sebalik itu semua.

Kewajipan kita kini ialah menampilkan kerahmatan Islam. Pada hari ini, di Malaysia, jangankan orang bukan Islam, orang Islam sendiri pun tidak dapat menikmati sepenuhnya kerahmatan Islam itu. Orang Islam tidak dapat merasai nikmat kewujudan ratusan masjid, apatah lagi orang bukan Islam.

Siapa yang memerintah negara ini selama ini? Bukankah Umno yang mengaku menjadi tulang belakang BN?

Kalau ada orang bukan Islam yang tidak senang dengan Islam, itu kerana mereka tidak merasai kemanisan rahmat Islam. Mereka mendapat maklumat mengenai Islam daripada sumber yang salah. Sumber itu ialah Umno.

Tak percaya? Cuba baca kenyataan Ketua Penerangan Umno tahun 2009 yang berfikiran macam orang yang hidup pada abad ke 17.

“… perasaan orang Melayu dan Islam terhiris dengan tindakan pemimpin DAP dan PKR yang mempermainkan ayat al-Quran dengan membacanya demi menarik sokongan pengundi…”

Saya tidak percaya pada zaman ini ada lagi orang seperti ini. Hah… Orang bukan Islam tak boleh baca ayat al-Quran? Woi, siapa ajar kamu begitu…?
Kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, saya dan kami bangga dan berterima kasih setinggi-tingginya. Kebijaksanaan kedua-dua Tuan Guru adalah jasa terbesar kepada anak cucu kami dan kita, anak cucu Karpal dan Kit Siang juga.

Kerana mereka mendapat gambaran benar mengenai Islam sebagai rahmat untuk semesta alam. Kalau pun mereka mungkin menemui Tuhan dalam keadaan tidak menerima Islam, sekurang-kurangnya mereka dapat merasai nikmat rahmat Islam di dunia ini. Bukankah itu lebih baik daripada tidak mendapat langsung?

PR, jangan pandang belakang lagi. Kita berasa di atas landasan yang betul. Persetankan suara anjing yang menyalak di kiri kanan perjalanan kita. Galaslah harapan kami ini kerana kami telah berputus harap kepada Umno.


Oleh Zolkharnain Abidin
klik untuk selanjutnya......

Dengki dan Khianat - PASTI menjadi sasaran





Ini antara gambar yang sempat dirakam oleh saudara zawadi di tempat kejadian.Dipercayai perbuatan khianat ini dilakukan bersama 3 org yang tidak bertamadun pada hari khamis yang lepas.

Sama-samalah kita berdoa akan orang yang bertanggungjawab ini diberi balasan oleh ALLAH S.W.T


maaf..kualitinya amat tidak memuaskan.



PASTI kertih 1,Ketengah jaya.












klik untuk selanjutnya......

FELDA kini ALONG? - 40 peneroka buat Demo



Satu Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan - Bijan

40 peneroka buat perhimpunan aman

TRIANG – Lebih 40 peneroka mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Balai Polis Triang menunjukkan protes terhadap tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang gagal memulangkan wang caruman tabung tanam semula kelapa sawit secara sendiri.

Pada perhimpunan itu, peneroka dari tiga tanah rancangan di Zon Bera/Mendi ini iaitu Felda Sebertak, Rentam dan Tementi terlibat.

Selain mengadakan perhimpunan aman itu, setiap wakil tanah rancangan membuat laporan polis mengenai perkara ini supaya ia dapat disiasat kerana disyaki berlaku penyelewengan dan penipuan antara pihakpengurusan Felda dengan peneroka.

Laporan polis itu dibuat terhadap Perdana Menteri, datuk Seri Najid Tun Abd Razak; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan; Pengerusi Felda. Tan Sri Yusof Nor dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.



Wakil peneroka dari Sebertak, Harun Md Yusof, 63 berkata, isu berkaitan permohonan peneroka yang menanam semula tanaman komoditi secara bersendirian ini telah lama diperdebatkan dengan pihak pengurusan Felda.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali diadakan perbincangan samada di peringkat pegawai di tanah rancangan sehingga ke peringkat persekutuan, isu ini belum lagi selesai.

“Malah, mereka menganggap kami hanyalah pencetus masalah kepada peneroka dan warga Felda yang lain.

“Sedangkan kami hanya mahukan hak kami yang dicarumkan ke tabung tersebut sebelum kerja-kerja tanam semula dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, jumlah keseluruhan wang caruman itu dijangkakan sebanyak RM17,000 seorang.

Sementara itu, seorang peneroka dari Rentam, Che Zuha Che Harun, 47 berkata, laporan polis berkiatan isu ini adalah yang kali kedua dibuat.

Katanya, sebelum ini, isu yang sama dilaporkan di balai polis di Kuantan.

“Tetapi, setelah lama perkara itu dilaporkan, namun tiada menunjukkan sebarang perkembangan dari pihak pengurusan Felda sendiri,” kata beliau.

Menurutnya, pelbagai alasan yang diberikan pihak pengurusan Felda untuk mengabaikan isu yang dibangkitkan peneroka itu seolah-olah pembayaran itu tidak dapat dilangsaikan kerana peneroka sendiri yang bermasalah.

Bagi, Saad Jamaluddin, 62 berkata, tindakan Felda tidak menyerahkan semula wang caruman tersebut adalah sangat kejam dan menindas peneroka.

Menurut beliau, wang caruman itu adalah duit peneroka yang dipotong melalui penyata gaji iaitu sebanyak antara RM3.34 hingga RM4.00 bagi seekar tanah bermula dari tahun 1984 – sekarang.

“Duit itu sepatutnya milik kami kerana kami yang menabung. Kalau kita menabung di bank, bukan sahaja kita akan mendapat jumlah yang sama malah berganda kerana berserta dividen.

“Tetapi, apabila Felda tidak mahu menyerahkan duit kami, itu adalah tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Saad berkata, setelah tiada tindakan yang dilakukan Felda, peneroka sebulat suara membuat laporan polis supaya ia dapat disiasat sekali lagi dan menemui jalan penyelesaian.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Anak-anak Malaysia (Anak), Mazlan Aliman.


klik untuk selanjutnya......
 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger