KUALA TERENGGANU – Seramai 500 orang penduduk Kampung Pak Bang dan Kampung Che Long dekat sini akan menjadi pelarian ditanah air sendiri, berikutan keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu mahu meneruskan pembinaan terminal pengangkutan dan kompleks pejabat kerajaan yang baru.
Tanah seluas lebih 200 ekar tanah milik orang Melayu akan menjadi korban pembangunan tersebut.
Mereka yang ditemui Buletinonline kelmarin merasa begitu gelisah kerana beberapa rumah di persekitaran itu, telah pun diukur dan dibayar pampasan.
”Dia (kerajaan) ambil (secara) berkelompok, (satu-satu) pejabat yang berkaitan, handle (ambil bahagian),
”jadi lima keluarga sahaja yang kena, jadi kita nak buat, nak ambil (tindakan) tak boleh,”kata wakil penduduk terbabit, Zolkepli Yusof (gambar kiri), meluahkan kegelisahannya.
Menurutnya sekurang-kurangnya dua buah rumah telah menjadi mangsa pembangunan tersebut dan sah diambil semula oleh kerajaan.
Beliau berkata, mengikut pelan yang ditunjukkan kepadanya, kampung beliau, Kampung Pak Bang dan kampung bersebelahan, Kampung Che Long akan diambil keseluruhannya.
Isunya, kata beliau, adalah pengambilan tanah dengan harga yang murah dan janji Menteri Besar Dato’ Ahmad Said serta Pengarah UPEN yang berjanji akan memberi tanah ganti kepada mereka.
”Pengambilan tanah dengan harga yang murah, pokok dan lain-lain (harta) dia tak bayar, dia nilai tanah sahaja,
”hok (milik) saya (yang telah diambil) dia bayar RM6.45 sen sekaki persegi,”celah seorang lagi penduduk, Abdul Ghani Muda (gambar kanan), warga emas berusia 67 tahun.
Kata Zolkefli, dengan nilaian pampasan tanah yang diberi itu, penduduk tidak akan mampu membeli sebarang tanah tempat tinggal lain disekitar Kuala Terengganu.
”Kalau kita kira, kalau dia (kerajaan) ambil tanah kita, kita nak beli tanah lot lain, tak boleh nak beli, dengan harga ini (tersebut),”jelasnya.
Selain itu, katanya, kerajaan telah melakukan satu ketidakadilan dengan menyekat para penduduk disitu mengubah syarat tanah sejak 20 tahun lalu, walaupun pembangunan yang dirancang belum dilaksanakan.
”Sebenarnya perkara ini sejak zaman (Tan Sri) Wan Mokhtar lagi dia (kerajaan) sekat, dia tak bagi buat rumah, maknanya 20 tahun lepas lagi dia sekat, tak beri tukar syarat,
”yang (tanah) saya ni dua kali dah masuk pejabat (cuba) untuk tukar syarat (tapi) tak boleh, jadi kita tak puas hati,”ujarnya.
Oleh yang demikian, beliau dan seluruh penduduk kampung menggesa supaya Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dan Pengarah UPEN supaya mengotakan janji mereka.
Beliau berkata, Ahmad dan Pengarah UPEN telah berjanji untuk memberikan ‘tanah ganti’ dalam satu perbincangan telah diadakan diantara penduduk dengan kedua-dua mereka kira-kira setahun yang lalu.
”Menteri Besar sendiri datang ke rumah saya berbincang berkenaan masalah ini, (Dato’) Ahmad sendiri yang mari, dengan Pengarah UPEN Puan Lhatijah, malam tu,
”Ahmad Said pun tanya Puan Khatijah, kat mana gok kata, tanah sesuai untuk ganti tanah,
”jadi dia (Ahmad Said) berjanjilah nak baeri tanah di sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas bagi tanah ganti kepada penduduk,”
”Sekarang ini, setelah setahun, tak ada apa-apa,”jelasnya.
credit buletinonline
Coretan Perjuangan
-
OPERASI TANGKAPAN SEEKOR HARIMAU JANTAN DI LADANG FELDA KERTEH 2, KEMAMAN, TERENGGANU - [OPERASI TANGKAPAN SEEKOR HARIMAU JANTAN DI LADANG FELDA KERTEH 2, KEMAMAN, TERENGGANU] Sebentar tadi, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah ber...5 days ago
-
AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI? - KOTA TINGGI, 18 Jan -- Bekas Timbalan Presiden PKR yang khianat, Azmin Ali cuba tunjuk pandai dan sombong. Semalam Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN...1 month ago
-
Sedang Diselenggara - Dukacita dimaklumkan bahawa page kami sedang dalam proses penyelenggaraan.10 months ago
-
Catatan Dhuha Oktober 2019 - Catatan Dhuha Oktober 2019 Catatan Dhuha. Ikhlas dalam amalan meninggikan produktiviti kerja. Bekerja dengan tekun dan merasa satu kepuasan kerana dapat me...1 year ago
-
Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu 2015 - Mukatamar Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-46 ini diadakan di Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, Kg Guntung Luar, Setiu5 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...7 years ago
-
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013 - Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat berserta semua anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Selamat Men...8 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...8 years ago
-
-
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat! - Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar, ra...10 years ago
-
-
-

Khabar Dari Pimpinan
-
Awal Perjalanan Karir Politik Anwar Ibrahim - Awal Perjalanan Karir Politik Anwar Ibrahim – Apabila di dunia ini penghargaan untuk politikus dengan karir paling berwarna, maka dapat dipastikan jika A...6 months ago
-
Catatan Dhuha Oktober 2019 - Catatan Dhuha Oktober 2019 Catatan Dhuha. Ikhlas dalam amalan meninggikan produktiviti kerja. Bekerja dengan tekun dan merasa satu kepuasan kerana dapat me...1 year ago
-
RUMAHKU SYURGAKU - Bicara Santai Selain Politik. 01 25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017 *RUMAHKU SYURGAKU* Oleh : Pendekar Sakti 1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut ata...3 years ago
-

Friday, December 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)