Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Syaitan Pun Gunakan Kalimah Allah!

DUNGUN – Umno dan Barisan Nasional (BN) berlagak menjadi hero dan menjadi jaguh, mengadakan demonstrasi dan mengangkat sepanduk, kononya merekalah golongan yang mempertahankan kalimah Allah dan kesucian Islam.
Sebaliknya, merekalah sebenarnya golongan yang menghalang perlaksanaan hukum hakam Allah dalam negara ini.

”Bila kita hendak laksanakan hukum hudud, hukum qisas, bermacam-macam alasan yang dibeikan oleh mereka, bila kita nak laksanakan syariat Islam, mereka halang (dan) mereka sekat,”kata Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.


Bahkan, menurut Khalil, ada dikalangan pemimpin Umno yang mengeluarka kenyataan-kenyataan yang menghina hukum hakam Allah SWT.

”(kata mereka) Kalau laksana hukum hudud, negara tidak akan maju, kalau laksana hukum hudud ngara tidak akan membangun,

”(kata mreka lagi) kalau laksana hokum hudud pelabur-pelabur tah mari (datang), kalau laksana hokum hudud nescaya orang akan pandang kita sebagai satu masyarakat yang hina,”ujar Khalil ketika menyampaikan ceramahnya dalam majlis penjelasan isu-isu semasa di Jalan Lembahm disini, kelmarin.

Menurutnya, apa yang lebih penting dalam isu penggunaan kalimah Allah adalah sebagai seorang muslim, kita mesti mempersoalkan diri kita, adakah kita telah melaksanakan hak-hak (tanggungjawab) kita.

Katanya, adakah sebagai hamba Allah, yang menjadi tuhan yang disembah, adakah kita telah melaksanakan segala perintahNya.

Oleh yang demikian, katanya, PAS konsisten dalam mempertahankan kalimah Allah dengan memperjuangkan apa yang diperintahkanNya.

”Kita (PAS) mempertahankan kalimah Allah, dalam masa yang sama, kita (PAS) melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dengan mengabdikan diri kepadaNya dan berjuang untuk menegakkan syariat Allah diatas mukabumi ini,”tegas Khalil.

Beliau berkata, orang-orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, dengan menggunakannya dengan cara yang benar, penggunaan yang mentauhidkan Allah SWT.

Kitab suci al-Quran telah menyebut bagaimana orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, bahkan, katanya, Allah menyebut dalam al-Quran, ‘syaitan’ juga menggunakan kalimah Allah.

”Dalam (al-Quran) surah al-Hasyr Allah berfirman (yang bermaksud)’umpama seperti syaitan, ketika dia berkata kepada manusia, jadilah kamu kafir, lalu apabila manusia jadi kafir, (syaitan berkata) aku berlepas diri, sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam,”jelas Khalil.




-buletin online-

Saturday, December 12, 2009

Nak Marah Siapa, Nga Atau Umno?


Media melaporkan, MP Taiping Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan yang tidak seimbang untuk masjid dan kuil atau gereja. Peruntukannya ialah RM746.26j untuk masjid dan cuma RM9j saja untuk kuil atau gereja.Dikira berdasarkan bilangan apa pun, samada bilangan orang bukan Islam di negara ini atau bilangan kuil, gereja, tokong dan sebagainya, pada fikiran Nga, peruntukan itu adalah tidak seimbang.


Saya tidak bersetuju dengan Nga kerana dia mempersoalkannya, tetapi saya tidak marah kepadanya secara sembrono seperti orang Umno.

Sekali lagi, samada Nga atau sesiapa sahaja, mereka tidak berhak mempersoalkan itu semua.

Tetapi, timbul persoalan, mengapa Nga mempersoalkannya? Apa agenda Nga? Adakah Nga tidak tahu bahawa apa yang dipersoalkannya itu boleh membangkitkan kemarahan orang Islam termasuk orang Islam yang tidak ke masjid?

Saya fikir Nga tahu implikasinya, tetapi mengapa dipersoalkan juga? Nga musuh Islam? Nga anti Islam? Atau, apa?

Umno / BN memerintah negara ini sudah 50 tahun lebih. Masjid dikuasai oleh Umno kecuali masjid Rusila dan Masjid Pulau Melaka. Daripada siak sampai imam besar, semuanya hendaklah diisi oleh orang Umno.

Jangan sesiapa yang cuba-cuba berani mengajar atau menyampaikan kuliah di masjid tanpa kebenaran, tangkap. Masjid dibuka untuk solat berjemaah, itu pun dengan bilangan jemaah yang tidak seberapa. Kadang-kadang yang ada cuma bilal dan cicak. Bilal jadi imam dan cicak tak mungkin jadi makmum.

Pada hari Jumaat pula, perhatikan, mana yang ramai antara yang dengar khutbah dengan yang lena atau separuh lena? Bunyi khutbah seperti kumbang dalam lubang. Ada makmum yang sudah boleh menghafal khutbah imam. Ada imam yang tak boleh baca khutbah kalau buku khutbahnya dicuri anak muda nakal.

Mengapa imam itu kekal sebagai imam juga? Ya, kerana dia Umno. Adakah Umno sedar perkara ini? Masjid tidak dibersihkan dengan sempurna, mengapa tidak ambil siak lain? Ya, kerana dia Umno.

Saya berani katakan, tidak banyak sangat manfaat yang diperolehi oleh orang Islam daripada masjid.

Selain tempat untuk solat, apa yang orang Islam boleh dapat di masjid? Masjid ada perpustakaan? Ada kemudahan internet? Ada kemudahan sukan? Ada gelanggang silat? Ada gelanggang debat? Ada wacana ilmiah yang berat-berat? Ada pusat khidmat masyarakat? Ada pasar? Ada ambulan? Ada kerta jenazah? Ada kemudahan kenduri? Ada bilik penginapan musafir? Ada tandas yang bersih? Ada…

Aaahh, jangankan itu semua, pejabat masjid pun tidak ada. Itu belum cerita kasut dan motosikal yang hilang di masjid.

Kalau orang Islam sendiri tidak mendapat banyak manfaat daripada masjid selain sekadar simbol sahaja, apa pula manfaat yang diperolehi oleh orang bukan Islam? Saya ulangi, apa manfaat yang diperolehi oleh orang bukan Islam daripada masjid termasuk daripada Masjid Negara dan Masjid Putrajaya?

Masjid adalah sinonim dengan Islam. Islam adalah rahmat, demikian juga masjid. Islam rahmat untuk semua termasuk untuk orang bukan Islam, demikian juga masjid.

Kini, apa yang orang bukan Islam tahu daripada masjid ialah, masjid mengganggu tidur mereka pada waktu pagi dengan bacaan al-Quran daripada kaset sebelum masuk waktu Subuh lagi. Ini kerja siapa?

Lebih jauh lagi, mereka bukan mendapat manfaat, terkadang dihalau orang bukan Islam yang cuba mendekati masjid.

Kesimpulannya, masjid menjadi institusi yang dirasakan oleh orang bukan Islam sebagai memusuhi mereka. Pernahkah pimpinan masjid kita membantu orang bukan Islam yang menderita dan terlantar atau ditimpa musibah?

Aaahhh, jangankan orang bukan Islam, orang Islam pun tidak dibantunya. Jangankan pimpinan masjid kita membantu orang Islam yang tidak ke masjid, yang berulang-alik ke masjid pun tidak dibantunya. Apatah lagi orang bukan Islam.

Apa yang pimpinan masjid tahu ialah marahkan orang yang tidak datang ke masjid.

Sebab itu saya katakan, saya tidak setuju Nga membangkitkan perkara itu tetapi saya tidak marah kepadanya secara sembrono. Bukan kerana dia DAP, tetapi kerana kalau kita marahkan dia pun, tetapi masjid kita tetap begini juga, apa gunanya?

Nga mempersoalkan itu kerada dia merasakan dia dan orang-orang bukan Islam yang lain tidak mendapat apa-apa daripada kewujudan sekian banyak masjid di negara ini.

Orang Islam pula dapat apa daripada kuil? Ya, kalau daripada masjid kita mereka tidak mendapat apa-apa, mengapa kita mengharap sesuatu daripada kuil atau tokong mereka?

Dalam isu ini saya marahkan Umno kerana parti itu yang merosakkan institusi masjid kita. Mereka hanya tahu bina, itu pun untuk membela kontraktor mereka tetapi tidak tahu memanfaatkannya. Mereka bina masjid kemudian mereka ‘kunci’ masjid.

Masjid rosak bukan kerana digunakan tetapi kerana jarang digunakan. Apabila rosak, masjid pun dibaiki. Kerja-kerja membaikinya dapat kepada kontraktor Umno lagi. Masjid jadi tempat Umno buat duit bukan tempat ibadat dan membantu masyarakat.

Apa anda lupa bahawa Umno pernah merobohkan masjid? Anda lupa bahawa Mufti dilarang masuk masjid?

Mengapa masjid kita rosak? Kerana dikuasai oleh Umno. Siapa lebih layak kena marah, Nga atau Umno? Benar, lebih baik marahkan Umno daripada marahkan Nga.

credit pd bongkarsauh...

Thursday, November 26, 2009

SPR,UMNO cuba meletakan maruah Perlembagaan Negeri Dibawah Kaki Mereka.?


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.


-------------------------------------------------------


Anak betina UMNO/BN ini sudah tentu tersengih-sengih menampakan barisan gigi karatnya setelah Mahkamah Rayuan hari ini memihak kepadanya untuk "menangguhkan" Pilihanraya DUN Kota Sputeh setelah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan ianya "kosong" setelah Adun lamanya "ponteng" persidangan DUN 2 penggal berturut-turut..

Apa yang belegar dikepala hotak ini..apakejadahnya "penangguhan" tersebut perlu dilakukan..?

Jika diteliti hujah dari Peguam Kanan Persekutuan Kamaludin Mat Said..

"wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat."

"Jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam."

"Jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan."
-------------------------------------------------------
Pelik tapi inilah realitinya..
Pihak UMNO dan SPR cuba untuk menjatuhkan maruah Perlembagaan Negeri dengan tindakan pelik tetapi diterima oleh Mahkamah..
Jika UMNO dan SPR ini mengetahui akan berlakunya pembaziran dana awam dan akan wujud dua wakil rakyat seandainya rayuan mereka dibenarkan setelah Pilihanraya diadakan mengapa perlu dikemukakan rayuan tersebuat ..?

Akur sajalah keputusan Mahkamah Tinggi..
Perkara pokok yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah SPR cuba mengingkari arahan Speaker DUN..

Hujah SPR bahawa tidak perlu diadakan pilihanraya baru akan membazirkan dana awam langsung tidak dipandang oleh Hakim Mahkamah Tinggi...Kenapa?

Apabila seorang Adun cuba menghina DUN dengan mempersendakan perjalanan sidang DUN dengan suka-suka dia cuti tanpa kebenaran speaker DUN...padahal dia sudah mengangkat sumpah untuk menghormati DUN..sesudah sumpah diangkat dia pula cuba nak jadi "kepala besar"..lebih besar dari Speaker DUN..

Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sudah menetapkan bahawa..Adun seperti ini ..yang berkelakuan seperti ini..tidak layak untuk mewakili rakyat untuk hadir ke dewan mulia DUN Kedah..

Beginikah wakil rakyat yang dapat memikul amanah yang diberi oleh rakyat..?
Lebih baik dibazirkan dana awam dari membayar gaji dan elaun kepada Adun yang tidak dapat memikul amanah rakyat serta tidak memuliakan DUN Kedah padahal Negerinya sendiri..

Mahu sahaja mulut ini ingin membisikan sesuatu kepada baginda Sultan Abdul Halim..buang sahaja orang sebegini dari menjadi rakyat Kedah..lucutkan nama tempat lahirnya didalam ic yang mencatatkan Negeri Kedah sebagai tempat kelahiranya..
Ini kerana..menghina DUN Kedah serta Perlembagaan Negeri..samalah juga menghina Sultan yang menjadi tonggak teraju DUN dan Perlembagaan Negeri Kedah..

Apa yang pasti..SPR dan UMNO masih mempunyai banyak masa dan ruang untuk mencari hujah baru utk memastikan Perlembangaan DUN Kedah diperkotak-katikan oleh mereka..sesudah mereka ini mencemari DUN Perak..


Wednesday, September 9, 2009

Polis takut kepada samseng Umno - 1Malaysia

PAS memandang berat kerana telah berlakunya penangkapan terpilih terhadap pesalah penjenayah di negara ini. Buktinya dalam isu demo pada 28/9/2009 yang melibatkan kepala lembu diheret dalam demontrasi tersebut kita tidak dengar apa-apa tindakan.


Ini adalah kes demo yang pertama berlaku penghinaan terhadap agama lain kerana membantah pembinaan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam. Dalang diketahui seperti pepatah mengatakan bahawa dah terang lagi bersuluh. Pas konsistan dengan pendirian bahawa perhimpunan aman dibenarkan, tetapi bukan demo yang bersifat provokatif perkauman dan menghina agama, kerana kita menghormati hak rakyat untuk berhimpun. Menjadi tanda tanya kepada Pas kenapa mereka yang terlibat dalam demo tersebut tidak diambil tindakan.


Makluman yang kita dapati bagaimana polis takut untuk bertindak kepada kumpulan yang dianggap samsing, sehinggakan gambar mereka yang terlibat boleh di dapati dalam laman youtube secara meluas. Persoalannya kenapa mereka ini tidak di apa-apakan. Apakah negara sekarang sudah dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap Gee Hin dan Hai San seperti zaman sebelum merdeka.



Kita mengharapkan polis bertindak secara professional, kerana gaji mereka rakyat yang bayar melalui cukai langsung dan tidak langsung. Perlu diingat, umno tidak membayar gaji mereka. Kalau polis hendak menjadi pengawal keselamatan umno sila letak jawatan dan ambil gaji dengan umno bukan dengan rakyat. Polis jangan garang seperti singa lapar ketika berhadapan dengan penyokong Pakatan Rakyat tetapi menjadi pondan ketika berhadapan dengan penyokong umno.



Kenapa ucapan yang bersifat provokasi seperti hendak bunuh, hendak rogol, dibiarkan begitu sahaja ketika dialog dengan Tan Sri Khalid di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam. Pas yakin kalau yang diucap itu ialah penyokong Pas atau Pakatan Rakyat, tidak sempat bergerak 50 langkah terus digari dan direman dalam lokap. Apakah ini 1Malaysia yang uar-uarkan sekarang.


Friday, August 21, 2009

Islam Hadhari- 1malaysia Bestari?

Islam Memiliki Sistem Nilai yang paling Sempurna..

Alangkah molek sekiranya Malaysia "sudi" menjalankan salah satu perintah hukuman seperti mana yang dimahukan oleh "kartina yang kantoi minum arak ini" seterusnya HUKUM HUDUD TERLAKSANA!!!!

"“BUKAN hendak mengaibkan diri sendiri, tetapi saya harap hukuman sebat ini dapat dilakukan secara terbuka supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai," kata Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, kepada Sinar Harian.

Wanita yang berasal dari Sungai Siput dan berkahwin dengan seorang rakyat Singapura itu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2007. "



selanjutnya..klik sini.

seterusnya hukuman yang sewajarnya bg pasangan ini.... aduhaii orang kampung teman ni....

"PAKA - Kecurangan seorang isteri muda yang menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang akhirnya terbongkar apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika sedang memadu asmara bersama lelaki itu di sebuah rumah taman perumahan, di sini, kira-kira jam 5.40 pagi semalam.

Wanita terbabit dari Fel-da Kerteh Lima dikatakan berkunjung ke rumah lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat petroleum itu kira-kira jam 3 pagi ketika isterinya tiada di rumah kerana pulang ke kampung. "

selanjutnya klik sini

Mereka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tak-zir Terengganu atas kesala-han sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan, jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


kan molek sekiranya hukum hudud dilaksanakan.....

Sunday, June 28, 2009

Kalo Dulu terengganu.. sekarang giliran kelantan pulok

Isu Pembayaran Royalti Minyak - Pemimpin UMNO Tipu Rakyat Kelantan


KUALA TERENGGANU – Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,


”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama, semalam. (Gambar - Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS)

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

”Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,

”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,”tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon UMNO/BN pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

”Rakyati di dahulukan, Manek Urai di utamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihanraya),
”tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, UMNO tak bayar royalty minyak,

”Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (UMNO/BN) pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 haribulan nanti,”katanya.

ok.. mari kita peratikan apa kata UMNO..

KUALA KRAI: Pemimpin parti pembangkang tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas di Kelantan kerana ia tidak berbangkit, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, Kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti bahan itu sebagaimana negerinegeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Menurutnya, isu berkenaan bukanlah baru, malah pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pihak pembangkang.

"Jadi isu Kerajaan Pusat tidak membayar royalti minyak dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan, tidak berbangkit, kerana kerajaan negeri tidak layak menerima royalti," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, dekat sini, semalam

terengganu??????? biar betul.... hahahaha seharusnya menerima royalti?royalti?bukannya wang ehsan?habis.. dulu time PAS pegang terengganu.. apa yang UMNO cakap?tipu ka?hahahahahahhahaha

utk citer dari umno selanjutnya korang layan kt [click here

selanjutnya sila silalah layan kt sini

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger