Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, August 8, 2009

Adun Kemasik dibebas dengan ikat jamin...[hahaha]



Sesuatu Yang Luar Biasa, Tanpa Sebarang Pertuduhan dan Dibebaskan Pada Hari Cuti - Hj Hanafiah

KEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu (2 Ogos) kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.


Buletin Online telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Pengarah MTD Cukai, Hj Hanafiah Mat pada jam 11.50 pagi tadi.




Beliau berkata ia sesuatu yang luar biasa, apabila Rosli bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan pada hari Jumaat, iaitu hari cuti umum bagi Terengganu.

Selain itu, katanya, tiada sebarang pertuduhan yang dibuat sehingga kini dan Rosli dilaporkan dibebas dengan ikat jamin.

Agensi Bernama yang tidak menyebut nama Rosli melaporkan, ADUN Terengganu berserta dua lagi rakannya dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.

Peguam bela Adun terbabit, Syed Azimal Syed Abu Bakar, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini adalah hari cuti di Terengganu.

Sebelum itu, Syed Azimal berkata, anak guamnya telah dibawa ke Hospital Daerah Kemaman pagi tadi untuk tujuan pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit dada.

Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dengan menaiki tiga buah kenderaan, dan dua daripada mereka termasuk Adun itu, dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

Mereka meninggalkan mahkamah jam 11.30 pagi.

Perkarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan sanak saudara ketiga-tiga tertuduh sejak awal pagi lagi.

Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

p/s: Rohana Nursery dan saudara razilah apa khabar?

Tuesday, August 4, 2009

1malaysia - Adun Kemasek ditahan SPRM?

Hahaha.. Yb lepak kt Awana kijal?ada apa?minum saja ka?hahaha.. Panas panas.. Sekarang sudah heboh diperkatakan dari warong kopi hingga ke ladang sawit.. YB 'ir' itu makan komisyen 10%.

Amacam?ada betul ke?hahhahaha

Pilihan raya pulak laa kite... Warga felda kali ni mintak sangat bukakan minda... (bapak mertua ana pun x kecuali..hehe..)

P/s: tapikan.. X mustahil beliau tidak didapati bersalah... Duit tu..mungkin duit orang kasi derma utk masjid...kan kan??hahaha



Tuesday, July 28, 2009

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

KUALA TERENGGANU - Seluruh rakyat Malaysia diseru turun-turun beramai-ramai menyertai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung dalam masa empat hari sahaja lagi, bagi menunjukkan solidariti menentang akta zalim yang masih diamalkan oleh kerajaan Malaysia.




Menurut laman rasmi himpunan tersebut, Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

-buletin online-

Sunday, July 26, 2009

Suruhanjaya Diraja biarlah benar-benar bebas - 1malaysia

MARANG, 25 Julai (Hrkh) - PAS mahukan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat isu kematian Teoh Beng Hock benar-benar bebas.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berharap Suruhanjaya tersebut benar-benar bebas dan menjalankan penyiasatan secara menyeluruh serta profesional.

"Pakatan Rakyat telah bermesyuarat pada minggu lepas dan telah membuat satu keputusan supaya satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian (Teoh) ini.



"Alhamdulillah, pada hari ini Suruhanjaya itu telah ditubuhkan dan kita (PAS) mengharapkan Suruhanjaya Diraja ini menjadi Suruhanjaya yang benar-benar bebas dan profesional sifatnya untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,"ujarnya ketika ditemui selepas melancarkan program Bulan Tarbiyah, di Masjid Pengadang Baru, dekat sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata PAS tidak berhasrat meletakkan sebarang andaian terhadap kes kematian misteri Teoh.

Katanya, PAS akan menunggu keputusan hasil penyiasatan oleh Suruhanjaya DiRaja tersebut.

Mengulas lanjut isu menziarahi kematian Teoh, katanya PAS berpegang dengan asas Islam yang membenarkan seseorang Islam menziarahi serta mengucapkan takziah terhadap kematian seseorang bukan Islam.

Menurutnya, kehadiran wakil PAS ke majlis ziarah takziah mendiang Teoh di Melaka adalah selaras dengan keputusan bersyarat Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan 19 Julai, lalu.

"Kita (PAS) meletakkan syarat. Ziarah takziah dibolehkan tetapi tidak boleh melibatkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan agama," jelasnya.

Namun begitu, katanya PAS bersyukur kerana jamaah menteri akur dengan desakan pelbagai pihak agar ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock. - mks._

Tun Salleh wajar dilantik anggotai Suruhanjaya Diraja


KUALA LUMPUR, 26 JUlai (Hrkh) - Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) mencadangkan agar bekas ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja yang menyiasat prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan siasatan.

Menurut Pengerusi Gerak Mohd. Nazree Mohd. Yunus, pihaknya mencadangkan agar individu yang berintegriti dilantik menganggotai suruhanjaya diraja itu.

Bekas-bekas hakim yang terbukti prestasinya, boleh dipilih menganggotai dan mengetuai suruhanjaya diraja tersebut, antaranya Tun Salleh Abbas, ujarnya.

Menurut Mohd Nazree, siasatan suruhanjaya diraja itu juga perlu merangkumi aspek hak asasi Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM.

"Penubuhan suruhanjaya seumpama ini adalah langkah bijak bagi menyediakan suatu bentuk laporan yang boleh menjawab beberapa kemusykilan rakyat tentang tragedi kematian tersebut," kata Mohd Nazree. - mks. _

Eeeeeee Buku.........??? - Terengganu Bestari



I . Ee-Buku…………….

Program E-book Dilancar Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Jan, 2009 (Bernama) — Kementerian Pelajaran akan mengkaji terlebih keberkesanan pelaksanaan program e-Book yang dilancarkan di Terengganu, sebelum diperluas dalam sistem pendidikan negara, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.



Terengganu merupakan negeri perintis kepada program e-Book yang menyediakan komputer riba kepada pelajar bagi menggantikan buku sekolah.

“Ini merupakan satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Saya difahamkan ia agak mahal, jadi kita akan lihat dahulu bagus atau tidaknya penggunaan e-Book ini.


“Kalau ia bagus, kita akan pertimbangkan penggunannya untuk masa depan,” katanya pada majlis pelancaran e-Book di sini.

Alimuddin berkata keberkesanan projek tersebut hanya dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan sebaik ia mula digunakan oleh murid darjah lima di Terengganu Mei ini.

Kementerian turut melihat projek e-Book sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid, katanya.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kilang pemasangan komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini dijangka siap Mac ini.

Seramai 23,000 hingga 25,000 murid tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua dan satu, katanya.

Beliau berkata fasa kedua program e-Book akan melibatkan pelajar sekolah menengah Terengganu.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek tersebut

“Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan kita akan pastikan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Book sebelum mengedarkannya ke negeri lain,” katanya.

Ahmad berkata beberapa buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan e-Book dan membeli komputer dari Terengganu.

II. Eeee-Buku ……………..

T'ganu To Spend RM60 Million For e-Book Programme Next Year
BESUT, June 29 (Bernama) -- Terengganu is expected to spend about RM60 million next year to cater to its electronic book (e-book) programme, said Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

This year alone, the state government has allocated RM30 million to introduce the e-book programme to Year 5 students, he said.

"The increase in the allocation which is expected to double next year, is due to the distribution of the e-book to Year 4 and year 5 students next year," he told reporters after handing over e-books to 614 students from 13 primary schools at the Jabi state legislative area near here Monday.

The menteri besar said the e-book would help to enhance a shift in paradigm in the state's education system.

"We introduced the information technology system at an early stage so that the students, one day, would not only be the end-user of the computer but also be capable of inventing one," he said.

Meanwhile, Ahmad said the Barisan Nasional government did not neglect areas which were under the Opposition, as development programmes were carried out to ensure everyone in Terengganu benefited the state's wealth, regardless of their political beliefs.

He said the same applied to the e-book programme whereby all students would benefit the programme, whether they were children of Umno or Pas members.

To date, more then 7,000 e-books have been distributed to Year 5 students in Terengganu.



III. Eeeeeeeee-Buku Michael Jackson……………………

Pupils in trouble for storing MJ’s hits

KUALA TERENGGANU, 23 July, (The Star) - In death, Michael Jackson can still spell trouble. In Terengganu, Year Five pupils are set to face the music for downloading the King of Pop’s hits into their state-sponsored digital notebooks or e-books. And in Penang, pirates who tried to hawk his songs have been hit hard by the cops.

Five pupils in Terengganu had stored Jackson’s hits like Man In The Mirror, Beat It and Billie Jean in e-books which was discovered during a spot check by disciplinary teachers at several schools here.

Two of the e-books also had video clips of the star.

Jackson’s song have been highly sought after following his death on June 25. Some 12,800 Year Five pupils in Terengganu have been allocated e-books since May to be used in classes. State Education, Higher Learning, Science, Technology and Human Resources committee chairman Ahmad Razif Abdul Rahman said the five pupils were let off with a warning from their principals.

He said the state would not tolerate the offence and was working out a way to punish those who break the rules. “We will probably confiscate their e-books,” he said.

In George Town, hundreds of copies of CDs and DVDs playing Jackson’s greatest songs and MTV musical hits were seized in a police raid at a shop in Prangin Mall on Wednesday.

Each CD and DVD was priced at between RM6 and RM8.

State Commercial Crimes Depart-ment spokesman Supt Ravindar Singh said it was wrong for the peddlers to cash in on the celebrity’s death.

“We believe the pirated disc sellers have been burning more CDs and DVDs to keep up with consumer demand after Jackson’s death,” he said when contacted.

During the 2pm raid, a seven-member police team led by State Commercial Crimes Department chief Asst Comm Roslee Chik seized more than 7,500 pirated discs, including 1,100 copies of pornographic VCDs/DVDs from the shop.

Police also arrested a 36-year-old caretaker who claimed he had just started working at the shop 10 days ago.



IV. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee-Buku Lucah…………


Bahan lucah dalam e-Book pemberian kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 Julai 2009 (Kosmo Online) - Sekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah diTerengganu membuktikan mereka telah 'celik IT' apabila menggunakankomputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untukmenyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnyabertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.
Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologidan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkaraitu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasilpemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

"Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah kesekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,'' katanyaketika dihubungi di sini semalam.

Pupils caught downloading smut
KUALA TERENGGANU, July 25, 2009 ( The Star) - A group of pupils from a primary school in Gong Badak here have been caught misusing electronic textbooks (e-books) to download and store pornographic material.

They would access such materials, store them at home and bring them to school where the group would view them together.

Twelve pupils from Year Five and Six were caught in possession of smut videos and pictures during a spot check by the school’s disciplinary teachers and prefects.

It is learnt the school will expel the pupils for violating the guidelines of the e-book scheme and for having lewd materials.

The e-books, a replacement for heavy schoolbags, were incorporated with standard and additional primary syllabuses.

Terengganu was the first state in the country to introduce the scheme in June.

Besides pornography, the pupils also used the e-books to access YouTube and download photographs of actresses.

State Education, Higher Learning, Science, Technology and Human Resource Committee chairman Ahmad Razif Abdul Rahman acknowledged that the pupils were caught with such materials, but declined to name the school.

The state government has issued a directive to schools to initiate disciplinary action against those found to have violated the guidelines.

“We consider it a serious offence to download indecent materials and it is now up to the school authorities to initiate appropriate action, including expelling them,” he said yesterday.

He said those caught blamed their elder siblings for downloading the smut but the excuse was unacceptable as the laptops were entrusted to the pupils.

He said some of the schools in the state had also begun to ensure that their pupils refrain from browsing undesirable websites by making their parents stand as sureties.

With this, the school authorities can seize the e-books, seek compensation and initiate severe disciplinary action if the children are found to have defied the guidelines, he added.

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger