Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, July 18, 2009

Kerajaan Wajar Pertimbang Mansuh ISA - Tun Dollah



SINTOK, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang kini sering dikaitkan dengan segala persepsi negatif, dan digantikan dengan satu perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan di samping mempertahankan hak asasi rakyat.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan

"Sebagai (bekas) Menteri Dalam Negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," katanya di sini pada hari Jumaat.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepada beliau di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini. Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Katanya sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah pun dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah berkata beliau percaya kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafsirkan anugerah yang diterimanya hari ini sebagai pengiktirafan komuniti akademia kepada wawasan, pendekatan dan kaedah kepimpinan beliau.

Katanya falsafah demokrasi mencerminkan pengiktirafan kepada aliran falsafah yang amat dekat dengan pendirian dan prinsip kepimpinan yang beliau pelopori.

-- BERNAMA


Saturday, July 11, 2009

Gambar: Sekitar Family day MTDP Paka



Alhamdulillah... Syukur Pada ALLAH swt kerana Satu program tahunan Majlis Tindakan Dun Pemuda PAS Dun Paka iaitu Hari Keluarga Pemuda Dun Paka telah berjaya diadakan pada 09-10 Julai, hari Khamis hingga Jumaat yang lalu, bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut.




































Thursday, July 9, 2009

Budaya Samseng Di Jiwa remaja perempuan

Satu Tugas berat menanti kita.. wahai pejuang agama....


saksikan video rakaman mengenai budaya samseng di kalangan remaja perempuan sekolah menengah. kejadian ini berlaku di lokasi ketengah jaya,paka terengganu. Di fahamkan kejadian ini berlaku di salah sebuah surau yg berdekatan dengan pasar malam.





Apa yang membimbangkan, sekiranya hal ini tidak dibendung dari sekarang, masalah budaya samseng ini akan berlarutan dan menyebabkan kerosakkan moral kepada generasi yang akan datang. Jadi kerajaan haruslah bertindak dari sekarang... ibubapa juga memainkan peranan yg begitu penting untuk mendidik dan mengambil tahu kelakuan anak2 remaja nya di luar kawasan rumah. Guru2 para pendidik jugak tidak ketinggalan untuk memastikan pendidikan moral yang asas harus diterap.

Arak menjadi kebanggaan - Terengganu bestari

AWAS..... Video ini adalah sebagai pengajaran kepada semua perempuan/muslimah/Nisa', sebagai sesuatu perkara yang kita perlu fikirkan dan bertindak dengan realistik. Bagaimana anak-anak gadis kita 5 tahun akan datang? Ini sememangnya berlaku di Terengganu, berdasarkan loghat mereka yang terlibat... ASTAGHFIRULLAH 'ALAZIM...




salah siapa?

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.

Wednesday, July 8, 2009

MAFREL - Ada unsur rasuah di Manek Urai

Badan pemantau pilihanraya, MAFREL, khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang bermula semalam.

Sehubungan itu, MAFREL menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya "lebih menonjol dan menzahirkan kewujudannya di pilihanraya kecil tersebut".



Ketua Misi MAFREL bagi pilihanraya kecil Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah.

Oleh itu, katanya Mafrel berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan mengambil langkah pencegahan.

"MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihanraya kecil Manik Urai:

*Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai

*Melancarkan talian hoteline, servis pesanan segera (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

*Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara:

*Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai.

*Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar.


"MAFREL yakin rakyat menaruh harapan penuh kepada SPRM supaya berani dan bertindak dengan lebih tegas bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang telah diberikan kepada SPRM.

"MAFREL sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, bersedia untuk bekerjasama dan membantu SPRM secara bersungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah," tambahnya.


sila lihat laporan ini.... click

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger