Salam Hudud, terkini, isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.. baru2 ini terima sms dari seorang rakan yg bekerja di kota raya. katanya dgn penyenaraian FGVH tiada lain yg akan dapat untung melainkan sebuah bank yg di CEO kan oleh Pak Su kite. gaji Pak su saja pun dah mencecah RM800,000 sebulan), ura ura sudah pun diwarwarkan dalam media oleh pengerusi FGVH 2 Bank akan dilantik sebagai penasihat.. keputusan penyenaraian itu juga kerana dari kesinambungan daripada keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang “dikuasai” Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dan pencagaran tanah kepada Felda Global Ventures Holdings. “Bila mereka buat keputusan soal pelaburan, tanah yang dicagar, keputusan melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda, ini perancangan mereka yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri,” kata Presiden Anak, Mazlan Aliman
Segala tindakan yg dibuat oleh kerajaan termasuk usaha penyenaraian ke BSKL itu melambangkan yg Felda benar kesusutan (muflis) dan utk mengaut keuntungan kroni.
penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.
“Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat “durian runtuh”, ini bukan durian runtuh tapi “bala” yang akan diterima peneroka.
“Yang dikatakan “durian runtuh” itu mungkin saham percuma kepada peneroka…mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda,” katanya hari ini.
sepatutnya kerajaan mengutamakan teras utama Felda iaitu perladangan dan masa depan peneroka sendiri kerana pelbagai masalah utama peneroka masih belum selesai. Bukan beramaksud utk anti pelaburan dan perniagaan tapi kerajaan harus mengutamakan nasib peneroka dahulu. Soal hutang peneroka, wang tanam semula, masalah selenggara kebun yang tidak diuruskan dengan baik masih membelenggu peneroka.
Tapi Perdana Menteri langsung tidak menyentuh perkara ini sebaliknya dengan bangga mengumumkan penyenaraian FGVH yang saya pasti bukan peneroka yang mendapat untung besar, sedangkan masalah tanam semula yg turun temurun bermasalah dan saman keatas felda oleh peneroka semakin bertambah..penyenaraian ini tidak lebih daripada menghidupkan kroni mereka kerana mereka tahu asas kekuatan Felda…dengan aset tanah, sektor komoditi yang kukuh, ini peluang terbaik mengumpul kekayaan. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment