Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, March 2, 2010

Al Matsurat















Al Matsurat,
wirid dan doa harian yang ma'tsur (dari Nabi S.A.W)
Disusun oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna sebagai jalan amalan utk umat Islam dan diwariskan, diturunkan khas kepada para pejuang Islam khususnya.
Sudahkah kita Pemuda PAS menghadamkannya? Sudahkah kita menghafalkanya?
seperti kata Ustaz Jamaludin dalam blognya zikir almatsurat ini seharusnya telah dihafal oleh kita dan menjadi rutin harian. bagi mereka yang belum menghafalnya marilah kita aturkan
langkah pertama tanpa banyak soal lagi.

Untuk pengetahuan semua susunan zikir yg disusun oleh As Syahid imam Hassan Al Banna ini adalah setanding dengan zikir tarikat yang lain malah lebih baik dari zikir sesetengah tarikat.

kerana Al Matsurat adalah zikir dari hadis2 yang sahih. terutama dari sahih Bukhari dan Muslim. sudah tentunya zikir Al Matsurat lebih afdal di amalkan dari zikir sesetengah tarikat yang tidak sahih nasnya.

Yang pastinya dari mulut mereka yang istiqomah mengamalkanya Al Matsurat ini akan meninggalkan kesan yang dapat dirasai oleh pengamalnya.
marilah kita menyambut seruan ini.. sama2 kita berbaiah utk tidak meninggalkan matsurat ini sehingga akhir hayat kita. kerana didalam perjuangan kita akan sentiasa mempunyai musuh..
musuh yang ghaib dan musuh yang zahir.. InsyaAllah semoga kita dilindungiNya pagi dan petang.

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger