Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, June 23, 2009

TARBIYYAH PEMUDA CAWANGAN

Tahajjud ; penghidup dan pembunuh malam Bah. 1

Firman Allah S.W.T, “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (utk solat ) dimalam hari kecuali sedikit daripadanya iaitu seperduanya atau kurangilah daripada seperdua sedikit atau lebih daripada seperdua itu,” Al Muzzammil 1-3.

Ayat ini telah diturunkan pada awal kemunculan Islam, yang sekaligus mendatangkan hukum wajib bagi kaum muslimin ketika itu supaya solat malam. Mengapa? Ini kerana seperti yang sedia maklum peringkat awal kaum muslimin jumlahnya sedikit jika hendak dibandingkan dengan musyrik Quraisy. Maka persiapan mental dan peribadi serta kekuatan rohani amat penting dalam menghadapi cabaran dakwah. Andai Nabi dan para sahabat mencapai kemenangan dengan taqarub billah dan strategi yang tersusun maka kita juga adalah perlu begitu. Pertolongan itu hanya dari Allah. Maka andai kita mahu kekuatan dariNya perlulah kita mendekati dan bermunajat kepadaNya serta sentiasa berharap terhadap Nusrah-Nya seperti mana pejuang terdahulu. Hubungan yang mantap dan erat dengan Pencipta itulah yang menyebabkan mereka dekat dalam berinteraksi bersama Pencipta itu sendiri.



Walaupun hukum jumhur tidak mengatakan wajib tapi apa salahnya kita mewajibkan bagi diri kita. Apatah lagi kalau ianya disuruh dan diarah oleh pimpinan maka yang sunat akan jadi wajib. Ini kerana memandangkan cabaran kita era ini amatlah berat walaupun tidak seberat yang ditanggung oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat tapi ianya memadai dengan tahap kita seperti akalan seekor semut dengan setitik air. Walaupun setitik air amat lah sedikit tapi amat banyak bagi seekor semut.
Kelebihan Tahajjud
Solat malam dapat membersihkan hati dan jiwa dari pelbagai kotoran, kesan dari jiwa bersih hati kan tenang. Cahaya mudah masuk dan jalan dakwah kan lebih cekap, kekuatan rohani akan bertambah. Pemikiran akan bersih daripada anasir2 yang merosakkan. Diri akan lebih dekat kepada Pencipta.
Kata Saidina Umar Al Khattab,” Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk, nescaya dianugerahkan oleh Allah sembilan perkara. Yakni lima didunia dan empat diakhirat.
Kurniaan di Dunia;

1.Jauh dari segala penyakit
2.Lahir kesan taqwa pada wajahnya
3.Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4.Percakapanya mengandungi hikmah ( Kebijaksanaan)

Kurniaan Di Akhirat
1.Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah berseri seri
2.Dipermudahkan hisab
3.Cepat melalui siratalmustaqim seperti kilat
4.Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.







No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger