Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, August 17, 2009

Pemuda Parti Islam pertahankan Kubu Kita - Pematang Pasir

Pilihanraya kecil datang lagi silih berganti. Memang wajar tahun ini diisytiharkan oleh SPR sebagai tahun pilihanraya. Dalam setahun, setakat ini telah ada 6 pilihanraya kecil. Pilihanraya kecil ini adalah yang ke-7 diadakan sejak lepas pilihanraya umum ke-12 bermula dengan Permatang Pauh.

Sekarang pilihanraya kecil sekali lagi diadakan di kawasan parlimen Permatang Pauh. Sekarang Permatang Pauh boleh dimasukkan ke dalam ‘Guiness Book of Record’. Ada yang tanya kenapa?

Dengan adanya pilihanraya DUN Permatang Pasir ini, bermakna pengundi-pengundi di sini telah menyaksi 3 pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh setahun, iaitu kerusi Permatang Pauh (Ogos, 2008), DUN Penanti (Mei, 2009) dan DUN Permatang Pasir (Ogos, 2009). Hanya DUN Seberang Jaya sahja belum diadakan Pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.



Satu yang istimewa dan tak mungkin berlaku lagi selepas ini adalah di sini telah menyaksikan 3 siri pilihanraya kecil dalam setahun dalam satu kawasan parlimen bagi 3 kerusi daripada 4 kerusi (1 parlimen, 3 DUN) yang ada di sini. Dua daripadanya diadakan kerana pertukaran wakil rakyat PKR dan satu lagi disebabkan kematian wakil rakyat PAS.

Pilihanraya kecil pertama terpaksa diadakan bagi pertukaran kerusi Ketua Pembangkang dari Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Untuk tujuan ini, PKR mempertaruhkan kerusi parlimen Permatang Pauh.

Sementara bagi pertukaran kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pula, PKR mempertaruhkan kerusi DUN Penanti dengan penyandangnya Mohd Fairus Khairuddin meletakkan jawatan untuk diadakan satu pilihanraya kecil bagi digantikan oleh Dr. Mansor Othman.

Sekarang takdir Allah, satu lagi pilihanraya kecil perlu diadakan di Permatang Pasir melibatkan PAS pula setelah parti tersebut menang ‘nyawa-nyawa ikan’ di Manek Urai dengan kelebihan 65 undi. Permatang Pasir ini adalah satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh PAS di Pulau Pinang.

Jika PAS tidak bertanding di sini kerana PKR juga menuntut untuk bertanding di sini, bermakna PAS telah hilang batu tanda atau benteng terakhir kewujudan PAS dalam DUN Pulau Pinang. Pada saya kemungkinan PAS tidak bertanding di sini adalah kecil kerana sebagai penyandang keusi berkenaan, PAS kena mempertahankan kerusi tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan berlangsung pada awal bulan Ramadhan, , hari mengundi adalah pada 25 Ogos jika ada pertandingan dengan penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos ini ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.

Persoalannya, adakah PAS berjaya mempertahankan satu-satunya benteng terakhir PAS di Pulau Pinang ini? Kerusi DUN Permatang Pasir ini begitu istimewa kepada PAS Pulau Pinang. Permatang Pasir ini adalah satu daripada tiga kerusi DUN dalam parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PAS. Selama tiga penggal berturut-turut sejak Pilihanraya Umum (PRU) ke-10 tahun 1999, PRU ke-11 tahun 2004 dan PRU ke-12 tahun 2008 diwakili satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos dengan lapan pusat mengundi disediakan melibatkan 39 saluran. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan (PAS) memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.



No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger