Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, June 15, 2009

Tiada dana rumah untuk generasi Felda?


Apa yang diucap setiap kali pilihanraya tiba..hanya tipu daya untuk menipu warga felda sekelian.Kesian sungguh orang kampungku....

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menyediakan dana khusus untuk membantu generasi kedua Felda membina rumah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, individu yang layak boleh membuat permohonan pinjaman menerusi bank-bank tempatan bagi memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Warga Felda (PWF) yang didirikan oleh kerajaan di kawasan rancangan.

"Kerajaan tidak menyediakan dana untuk generasi baru memiliki rumah kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi infrastruktur yang tinggi dalam pembinaan rumah ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Baharum bertanya sama ada kerajaan akan menyediakan dana untuk membantu generasi kedua Felda bagi membina rumah setelah mereka mendapat lot tapak rumah di dalam kawasan Felda.

Najib berkata, PWF adalah projek berkonsepkan mampu milik, didirikan di kawasan kosong rancangan yang sesuai dan berdasarkan permintaan rumah di kalangan generasi Felda.

Najib berkata, kos pembinaan seunit rumah adalah antara RM50,000 hingga RM60,000, tetapi ia dijual pada hanya RM35,000 seunit bagi rumah tiga bilik berukuran 22" x 60" (6.6 meter x 18 meter).

"Kos subsidi infrastruktur seperti perparitan, kemudahan asas, pembetungan, jalan, tiang elektrik dan lain-lain dianggarkan di antara RM15,000 hingga RM20,000, bergantung kepada kedudukan kawasan dan topografi," katanya.

Najib berkata, pembeli yang tidak mendapat pembiayaan bank, Felda turut menyediakan peluang kepada generasi Felda menerusi skim sewa beli.

"Melalui skim ini, generasi Felda membayar sewa bulanan yang minimum tanpa dikenakan faedah. Apabila cukup tempoh masa, pembeli akan memiliki rumah tersebut," katanya. - Bernama


No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger