Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, June 13, 2009

Pertemuan antara Presiden PAS dan menteri mentor Singapura Mr Lee Kuan Yew


Tuan Guru menyampaikan cenderamata dari PAS kepada Mr Lee Kuan Yew. Dari kiri : Dr Ahmad Samsuri, Mr Lee Kuan Yew, Dr Dzulkifli, Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Nasharudin dan Dato’ Mustafa Ali.



Satu pertemuan dan perbincangan selama satu jam telah berlansung dalam suasana yang penuh harmoni di antara delegasi dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang diketuai oleh Tuan Guru Presiden dengan rombongan Menteri Mentor Singapura telah diadakan pada 10 Jun 2009, di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kunjungan dari PAS ini adalah di atas jemputan khas Mr Lee Kuan Yew yang ingin bertemu dengan Tuan Guru Presiden PAS.


Sepanjang perbualan di antara kedua-dua pemimpin ini, mereka telah membincangkan isu perpaduan serantau dan kesannya terhadap keharmonian dalam negara Malaysia dan Singapura. Isu-isu kepentingan ekonomi dan keperluan mempunyai sebuah kerajaan yang bersih dan adil juga dibincangkan. Tuan Guru Presiden PAS juga telah menjelaskan dengan panjang lebar kepada Mr Lee Kuan Yew mengenai pandangan Islam terhadap krisis keharmonian yang sedang melanda negara-negara di rantau ini dan bagaimana Islam mengiktiraf kepelbagaian kaum, budaya dan agama dalam sesebuah negara termasuklah Malaysia ini. Seterusnya Tuan Guru menjelaskan bahawa PAS yang telah menjadi kerajaan di Kelantan dan Terengganu telah menunjukkan sikap toleransi dan keadilan universal Islam terhadap masyarakat pelbagai agama dan keturunan. Mr Lee Kuan Yew juga menerangkan bagaimana Singapura dibangunkan dan keharmoniannya dijaga hingga ke hari ini. Dalam pertemuan ini juga, Mr Lee Kuan Yew melahirkan harapannya agar pertemuan dan perbincangan lanjut antara PAS dan pimpinan negara Singapura yang mampu mewujudkan suasana saling faham memahami haruslah diteruskan. Beliau juga bertanyakan bentuk kerajaan dan sikap PAS terhadap Singapura sekiranya PAS berjaya memerintah di peringkat persekutuan bersama dengan Pakatan Rakyat.


Antara yang turut serta dari pihak kerajaan Singapura dalam pertemuan itu ialah Dr Ng Eng Hen (Menteri Pendidikan Singapura), Mr Tharman Shanmugaratnam (Menteri Pertahanan Kedua), RADM Lui Tuck Yew (Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Seni), MASAGOS Zulkifli BMM (Setiausaha Parlimen Kanan : Kementerian Pendidikan dan Dalam Negeri), dan Duta Singapura ke Malaysia iaitu Mr T Jasudasen.


Selain dari Tuan Guru Presiden, turut serta dalam pertemuan itu dari pihak PAS ialah YB Ustaz Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Dato Mustafa Ali (Pengerusi Harakah), YB Dr Dzulkifli Ahmad (MP Kuala Selangor) dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS)

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger