Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, June 23, 2009

Almarhum Dr. Fathi Yakan ; Pernah diseterika hingga remuk badannya


Almarhum Dr. Fathi Yakan ; Pernah diseterika hingga remuk badannya
- Lahir pada 9 Februari 1933, di Tripoli Lubnan, mempunyai seorang isteri bernama Dr. Mona Haddad Yakan dikurniakan lima cahaya mata ( empat perempuan dan seorang lelaki )
- BA dan MA dalam bidang kejuruteraan dan PhD dalam pengajian Islam.
- Mula mempelopori gerakan islam di Lubnan sejurus selepas pulang dari menziarahi Dr. Mustaffa As Siba’ie Rahimahullahu di Syria
- Antara hasil tulisan beliau yang terkenal ialah “ Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam “

SEJARAH PERJUANGAN
- Pada permulaannya beliau tidak bersetuju menyertai pilihanraya dan menegakkan islam melalui pilihanraya. Kerana ia merupakan perkara baru yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, namun setelah sering gagal untuk menyatakan Islam pada pemerintah beliau akhirnya akur bahawa pilihanraya adalah satu wadah penting yang dapat menguasai negara dengan islam jika menang tanpa pertumpahan darah berlaku.
- Menurut perjanjian Taif pembahagian kuasa pemerintahan di Lubnan, Presiden mestilah seorang Kristian Maronite, Perdana Menteri pula mestilah dari golongan Sunnah dan Speaker parlimen mesti dari golongan Syiah. Kepelbagaian ini menyukarkan perkembangan Islam di Lubnan. Islam sentiasa dicengkam dan dipandang serong.
- Namun dengan pengalaman beliau bersama Almarhum Dr. Mustafa As Siba’ie yang merupakan pengasas gerakan Ikhwan Muslimun telah mematangkan beliau untuk menerapkan pendekatan Ikhwan di Lubnan.
- Tulisan beliau memberikan kesedaran kepada rakyat Lubnan beragama islam untuk kembali berpegang kepada Islam.
- Tulisan dan penglibatan beliau dalam gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan pihak berkuasa sehingga beliau dipenjara dan diseksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk, ada yang berpendapat bahawa umurnya lebih muda dari tubuh badannya akibat seksaan yang menimpanya.
- Sebelum kepulangan beliau ke rahmatullah beliau masih aktif menyampaikan ceramah, pembentangan kertas kerja, forum mengenai Islam dan pelbagai program lagi.
- Beliau juga sering diundang oleh PAS untuk menghadiri Muktamar tahunan kerana hubungan rapat beliau dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
- Walaupun beliau sudah uzur namun beliau masih aktif dan meneruskan program selagi beliau dijemput.

PEMUDA DARI KACA MATA BELIAU
- Para Pemuda dan Pemudi serta Remaja sentiasa menjadi sasaran beliau dalam buku buku dakwahnya, beliau beranggapan Pemuda dan Pemudi adalah aset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh Rasulullah s.a.w ini kerana mereka miliki tenaga yang mengatasi golongan yang telah tua.



PESANAN DR. FATHI YAKAN KEPADA PEMUDA
Apabila Islam dan Beliau sendiri menekankan supaya pemuda melaksanakan matlamatnya dalam perjuangan Islam namun bukanlah beerti tugas tersebut diserahkan kepada mana mana pemuda atau pemudi atau generasi yang tidak mempunyai ciri2 tertentu,
Tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat2 Islam dan berpegang teguh dengan prinsip2 Islam dalam berkehendakkan generasi Islam tulen.

- “ Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tapi mereka ini kosong dan hanyut dan terbiar, PEMUDA YANG BERSIKAP SEPERTI KERA ADALAH PEMUDA YANG TIADA AKHLAK, PEMUDA YANG DEKAT DENGAN BINATANG ADALAH PEMUDA YANG DIJADIKAN TENTERA OLEH KUASA JAHAT DAN ZALIM YG DISUSUN OLEH PARTI PARTI KUFUR DAN SYAITAN, PEMUDA PONDAN ADALAH PEMUDA YANG TIADA KEBAIKAN KEPADA MEREKA. TETAPI KEBERKATAN DATANG BERSAMA PEMUDA YANG TINGGI CITA CITANYA, “
- Demikian pandangan tokoh tersohor ini terhadap pemuda.
- Semoga beliau bersemadi dengan tenang dan semoga Roh beliau berada bersama para syuhada dan solihin.. Al fatihah.



No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger