Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, September 15, 2009

Mirzan Menconteng Arang Ke Muka “fundamentalis Muslim”.???


Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, rakyat rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak .



Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”.

Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:
“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT).

Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan Mirzan, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Dr.Muhammad Nur Manuty
Pengerusi,
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR
14 September 2009


seterusnya..boleh baca kt
http://themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/37549-mirzan-says-san-miguel-stake-is-just-business

Monday, September 14, 2009

Umno Parti islam? - Najib buat lawak

mengaji.. tapi lupa tutup aurat..


SIK:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.



Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. / Bernama

umno adalah ketua yang memerintah negara.. yang diceritakan sebagai parti islam..
akan tetapi membenarkan konsert sebegini diadakan didalam bulan ramadhan?

pelik kan?haha



mamat ni.. sebelum ni ada bg tau.. negara kita belum ada kepakaran dalam menjalan hukum sebatan mengikut syariat...



Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 3 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kempen pilihan raya kecil itu berlansung selama sembilan hari.




Wednesday, September 9, 2009

NGO wanita biadab isu sebat Kartika

Dewan Pemuda PAS hari ini menyelar gabungan NGO wanita dengan label "biadap" apabila mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang jenayah syariah berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata tindakan gabungan pertubuhan hak wanita Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) serta penyokong mereka dianggap menceroboh bidang kuasa pelaksanaan enakmen jenayah syariah.




"Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk menteri-menteri kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos lalu menggesa perdana menteri supaya mengambil tindakan segera bagi menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Gabungan itu disertai beberapa pertubuhan wanita berpengaruh termasuk Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Bantuan Wanita (WAO), Sisters In Islam (SIS), All Women Action Society (AWAM) serta Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC).

Menurut Nasrudin lagi, dakwaan kononnya model sambilan itu menjadi sasaran juga "fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian."

"Pada masa kejadian, selain daripada Kartika, juga telah ditangkap dua orang lain, seorang lelaki dan seorang wanita.

"Kedua-duanya telah dijatuhi hukuman yang sama denda RM5,000 dan enam sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang," katanya.

Tambahnya, Kartika juga bukanlah satu-satunya wanita yang dijatuhi hukuman sebat, malah Kartika juga bukanlah orang pertama menerima hukuman sedemikian kerana kesalahan mengambil alkohol.

"Di Kelantan seramai enam orang lelaki telah disebat (atas kesalahan minum arak). Tahun 1997 - empat orang, tahun 2001 (seorang), dan 2003 (seorang).

"Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan," jelas Nasrudin lagi.

Berbeza dengan tanggapan umum seperti dilaporkan media, beliau malah berkata Jabatan Penjara sudah mempunyai 171 orang tukang sebat, termasuk wanita yang terlatih.

"Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, syariah dan kanak-kanak," katanya.

Jelasnya lagi, kaedah sebatan berkenaan telah diterima oleh hakim rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Muhammad Asri Abdullah.

Polis takut kepada samseng Umno - 1Malaysia

PAS memandang berat kerana telah berlakunya penangkapan terpilih terhadap pesalah penjenayah di negara ini. Buktinya dalam isu demo pada 28/9/2009 yang melibatkan kepala lembu diheret dalam demontrasi tersebut kita tidak dengar apa-apa tindakan.


Ini adalah kes demo yang pertama berlaku penghinaan terhadap agama lain kerana membantah pembinaan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam. Dalang diketahui seperti pepatah mengatakan bahawa dah terang lagi bersuluh. Pas konsistan dengan pendirian bahawa perhimpunan aman dibenarkan, tetapi bukan demo yang bersifat provokatif perkauman dan menghina agama, kerana kita menghormati hak rakyat untuk berhimpun. Menjadi tanda tanya kepada Pas kenapa mereka yang terlibat dalam demo tersebut tidak diambil tindakan.


Makluman yang kita dapati bagaimana polis takut untuk bertindak kepada kumpulan yang dianggap samsing, sehinggakan gambar mereka yang terlibat boleh di dapati dalam laman youtube secara meluas. Persoalannya kenapa mereka ini tidak di apa-apakan. Apakah negara sekarang sudah dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap Gee Hin dan Hai San seperti zaman sebelum merdeka.



Kita mengharapkan polis bertindak secara professional, kerana gaji mereka rakyat yang bayar melalui cukai langsung dan tidak langsung. Perlu diingat, umno tidak membayar gaji mereka. Kalau polis hendak menjadi pengawal keselamatan umno sila letak jawatan dan ambil gaji dengan umno bukan dengan rakyat. Polis jangan garang seperti singa lapar ketika berhadapan dengan penyokong Pakatan Rakyat tetapi menjadi pondan ketika berhadapan dengan penyokong umno.



Kenapa ucapan yang bersifat provokasi seperti hendak bunuh, hendak rogol, dibiarkan begitu sahaja ketika dialog dengan Tan Sri Khalid di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam. Pas yakin kalau yang diucap itu ialah penyokong Pas atau Pakatan Rakyat, tidak sempat bergerak 50 langkah terus digari dan direman dalam lokap. Apakah ini 1Malaysia yang uar-uarkan sekarang.


Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger