BATU TIONG - Negara sudah 52 tahun merdeka, namun seorang warga emas, dekat sini masih belum menikmati pembangunan apabila terpaksa melalui kehidupan tanpa sebarang kemudahan air dan elektrik.
Fatimah Hassan, 52, yang hanya menoreh getah untuk menyara kehidupan setelah suaminya, Isa Hassan, 60, jatuh sakit, terpaksa membesarkan 10 anaknya di sebuah rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun lalu tanpa kemudahan asas itu.
Dia yang tidak mampu lagi untuk meluahkan kekecewaannya kerana permohonan mendapatkan keperluan asas itu dikatakan masih gagal diatasi pihak berwajib, bagaimanapun berharap sebelum menghembus nafas terakhir, dapat melihat rumahnya diterangi cahaya elektrik seperti mana rakyat Malaysia yang lain.
“Dari anak masih kecil sehingga mendapat 13 cucu, di sinilah makcik menjalani kehidupan, sudah puas mak cik bersusah payah, menggali perigi untuk dijadikan air minuman dan kegunaan harian.
“Pada malam hari pula hanya bertemankan sinaran cahaya pelita minyak tanah, puluhan tahun mak cik dan anak-anak melaluinya, tiada simpati daripada sesiapapun,” katanya yang kini terpaksa menjaga suaminya Hassan, menghidap strok.
Menurutnya, walaupun negara sudah lebih separuh abad merdeka dan Dungun yang dahulunya hanya sebuah pekan kini berubah menjadi sebuah bandar, dia masih belum lagi menikmati bekalan elektrik dan air daripada kerajaan.
Menurut warga emas itu, pengertian kemerdekaan baginya adalah bukan sekadar membebaskan diri daripada cengkaman penjajah, sebaliknya dapat membebaskan diri daripada belenggu kepayahan.
“Kemerdekaan mungkin lebih bermakna bagi makcik sekiranya dapat hidup seperti rakyat Malaysia lain yang merdeka, dapat merasai nikmat pembangunan hasil perjuangan tokoh terdahulu.
“Namun apa yang makcik lalui masih tidak berubah walaupun orang lain sudah lama menikmati kemudahan ini,” luah Fatimah yang kecewa kerana kegagalan pihak berkenaan menangani masalah yang dihadapinya sejak 30 tahun lalu lagi.
Kisah Fatimah pernah disiarkan beberapa kali di akhbar ini dan akhbar tempatan lain, namun setakat ini masalah terbabit dikatakan masih gagal diselesaikan.
Pihak yang berkenaan ketika dihubungi sebelum ini pula memberikan pelbagai alasan dan masih-masing dikatakan menyerahkan tanggung jawab itu kepada pihak lain.
Coretan Perjuangan
-
Cerita Seram Orang Hospital - Cerita Seram Orang Hospital Lain macam bila misi dan mereka yang bekerja di hospital mula berkongsi cerita. Bukan cerita yang dibuat-buat untuk menakutkan ...3 weeks ago
-
-
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...7 years ago
-
LATIHAN SUKAN PASTI CAWANGAN BERMULA LAGI - Mac 2015 - Persiapan Sukan PASTI Kawasan Dungun PASTI Cawangan-cawangan pada bulan ini bersiap melatih pemain bola sepak & bola jaring di PASTI masing-m...11 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...13 years ago
-
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013 - Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat berserta semua anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Selamat Men...13 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...13 years ago
-
-
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat! - Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar, ra...15 years ago
-
-
-
Khabar Dari Pimpinan
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...2 years ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...7 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...10 years ago
-
Wednesday, September 2, 2009
MCA makin tenat - Be end [UMNO akan Pupus]

Ong, Dr Chua rancang adakan dua EGM berasingan
KUALA LUMPUR: Krisis MCA dijangka bertambah meruncing apabila dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) mungkin diadakan susulan pemecatan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada parti, minggu lalu.
Ini berikutan keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk memanggil EGM ketika penyokong Dr Chua turut merancang mengadakan mesyuarat berkenaan dalam usaha membatalkan pemecatan Timbalan Presiden itu.

Ong dalam satu kenyataan di dalam blognya semalam berkata, beliau terpaksa menggunakan klausa 30.1 perlembagaan parti untuk mengarahkan EGM diadakan bagi membolehkan perwakilan menyatakan pendirian berhubung kontroversi pemecatan Chua berikutan skandal seksnya pada 2007.
"EGM ini juga diadakan bagi mengetahui sama ada ahli parti bersetuju dengan cara penyelesaian isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Mengadakan EGM adalah satu keputusan yang besar dan ia lebih bererti ketika negara sedang menyambut kemerdekaan ke-52," katanya.
Rabu lalu, Majlis Presiden MCA memecat Chua berkuat kuasa serta-merta kerana skandal seksnya yang dikatakan memberi imej buruk kepada parti, tetapi keputusan itu dibantah sesetengah pemimpin dan ahli MCA.
Berikutan itu, penyokong Chua berusaha mendapatkan tandatangan perwakilan MCA bagi mengadakan EGM bagi membatalkan pemecatannya.
Mengikut perlembagaan MCA, EGM boleh diadakan melalui tiga kaedah, iaitu persetujuan satu pertiga perwakilan, arahan daripada presiden dan satu pertiga anggota Jawatankuasa Pusat parti.
Ong berharap ahli MCA dapat membuat keputusan terbaik demi kepentingan parti, bukannya dipengaruhi oleh faktor diri beliau.
"Suara ahli parti lebih penting bagi meneruskan kelangsungan MCA yang menjadi tonggak penting kemerdekaan negara selama ini. Keputusan ini juga diharap mengembalikan kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Chua ketika dihubungi Berita Harian pula mempersoalkan tindakan Ong menggunakan kuasanya mengarahkan parti mengadakan EGM, sedangkan Presiden MCA itu sebelum ini menyelar usaha sekumpulan ahli untuk mengadakan EGM yang dianggap boleh memecahbelahkan parti.
"Keputusan Ong itu mengelirukan penyokong dan ahli MCA, sekali gus menunjukkan pendiriannya yang sering berubah-ubah. Ketika saya dipecat dan penyokong saya berura-ura mahukan EGM, Ong menyelar dengan mengatakan ini akan menyebabkan MCA berpecah.
"Tetapi kini dia sendiri yang inginkan EGM dan perkembangan terbaru ini tidak akan menghalang penyokong saya untuk terus mendapatkan tandatangan dan mengadakan EGM seperti yang diinginkan.
"Jika satu pertiga perwakilan meminta EGM dan semua syarat dipenuhi, parti tidak boleh menafikan permintaan itu dan apa yang kami lakukan adalah menggunakan kuasa perwakilan yang menjadi akar umbi dalam menentukan kedudukan kita dalam parti, berbanding Ong yang menggunakan kuasa Presiden," katanya.
Chua berkata, tindakan penyokongnya yang mahukan EGM bukan untuk membela beliau, tetapi lebih penting bagi menentukan hala tuju MCA pada masa akan datang.
"Kami komited untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi kecewa apabila MCA yang dipimpin Ong gagal menyatupadukan parti dan menggariskan hala tuju seperti yang dilakukan Perdana Menteri.
"Bahkan, terlalu banyak politiking dalam MCA hingga mengabaikan tuntutan dan aspirasi rakyat, malah tiada usaha langsung daripada MCA untuk menjayakan kempen 1Malaysia," katanya.
Chua yang baru pulang daripada bercuti di luar negara, semalam berkata beliau akan meneliti agenda Ong dalam menganjurkan EGM kerana apa yang berlaku sekarang membuktikan alasan Presiden MCA itu memecatnya adalah tidak benar.
"Dia beritahu pemecatan saya untuk membentuk imej parti yang baik dan jika itu benar, ahli MCA semestinya mengalukan keputusan itu dan berasa lega tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ramai ahli yang kecewa dan berasa marah.
"Sekarang, orang sudah nampak siapa sebenarnya yang menjejaskan nama baik MCA walaupun dia mahu tonjolkan dirinya seolah-olah kelihatan baik dan bersungguh-sungguh memerangi rasuah dalam kes penyelewengan PKFZ," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Ming ketika dihubungi mengesahkan menerima arahan daripada Ong pagi semalam supaya memanggil EGM.
Beliau berkata, satu mesyuarat akan diadakan hari ini bagi membincangkan tarikh, masa dan tempat EGM akan diadakan, selain agenda yang akan dibawa ke mesyuarat itu.
Wong berkata, EGM itu akan diadakan dalam tempoh 30 hari dan beliau berharap notis mengenai boleh dikeluarkan hari ini.
Tuesday, September 1, 2009
Umno penakut - Tiada p'raya kecil di Kota Siputeh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.
Oleh itu, menurut SPR, pilihanraya kecil tidak perlu diadakan di DUN tersebut.
Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno, yang didakwa hilang keanggotaannya.
Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.
Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.
Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.
Bagaimanapun, Abu Hassan telah menjelaskan bahawa beliau mempunyai sijil cuti sakit pada hari yang beliau tidak dapat hadir.
Abdul Isa bagaimanapun sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hassan bahawa beliau sakit dan menolak permohonan maafnya.
Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.
"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.
Mengenai surat pemakluman daripada Speaker DUN Kedah, Abdul Aziz menjelaskan bahawa Abu Hassan telah diberi peluang untuk menjelaskan sebab sebenar ketidakhadiran beliau dalam sidang itu.
"SPR telah meneliti surat daripada beliau yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam Sidang Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama surat itu dilampirkan surat cuti sakit daripada doktor yang mendapati beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 Ogos.
"Turut diteliti ialah kenyataan beliau bahawa beliau telah menghantar sms (khidmat pesanan ringkas) kepada Ketua Pembangkang untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran itu kerana sakit dada," katanya.

sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama
hahahahahahahaha
Bahana Dadah - Budak 3 tahun mati ditikam bapa saudara - Al-fatihah
GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mati dibunuh oleh bapa saudaranya ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Melayu di sini pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi apabila mangsa didatangani bapa saudaranya seorang penagih tegar lalu menikam mangsa dengan pisau di bahagian rusuk kanannya.
"Mangsa sedang menonton TV bersama nenek saudaranya manakala bapanya sedang tidur tidak jauh dari situ. Tiba-tiba suspek muncul dengan sebilah pisau dan terus menikamnya. "Neneknya yang melihat kejadian itu terus memeluknya sebelum memangkunya keluar untuk mendapat pertolongan. Keadaan mangsa ketika itu berlumuran darah.
"Bapa mangsa yang kemudiannya menyedari kejadian tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya.
Aziz berkata, sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu, polis bergegas ke rumah mangsa dan menahan suspek berusia 22 tahun.
"Kita masih menyiasat motif pembunuhan," katanya. - Bernama
Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi apabila mangsa didatangani bapa saudaranya seorang penagih tegar lalu menikam mangsa dengan pisau di bahagian rusuk kanannya.
"Mangsa sedang menonton TV bersama nenek saudaranya manakala bapanya sedang tidur tidak jauh dari situ. Tiba-tiba suspek muncul dengan sebilah pisau dan terus menikamnya. "Neneknya yang melihat kejadian itu terus memeluknya sebelum memangkunya keluar untuk mendapat pertolongan. Keadaan mangsa ketika itu berlumuran darah.
"Bapa mangsa yang kemudiannya menyedari kejadian tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya.
Aziz berkata, sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu, polis bergegas ke rumah mangsa dan menahan suspek berusia 22 tahun.
"Kita masih menyiasat motif pembunuhan," katanya. - Bernama
1malaysia - JKKK ditangkap Khalwat
Pengerusi JKKK Enjin Gergaji DiTangkap Khalwat Pada Malam Kemerdekaan 52 Tahun - Bulan Ramadhan yang Mulia
hukuman sebat bagi orang yang berzina - Najib
KEMAMAN – Sehari selepas Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ’berleber’ dan menyuruh Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) meletakkan jawatan kerana ’kurma dan air zam-zam’ tidak sampai ke rumah rakyat,
seorang Pengerusi JKKK dalam daerah ini pula ditangkap khalwat.
Abu Bakar atau Pak kar, 60 yang dikenali ramai, Pengerusi bagi JKKK Kampung Tuan/ Enjin Gergaji telah ditahan dalam serbuan ’Operasi malam Merdeka’ disebuah hotel di bandar Chukai, dekat sini.
Menurut sumber Penguatkuasa Syariah Kemaman, beliau telah ditahan ketika berdua-duan dalam bilik hotel tersebut pada jam 2 pagi bersama seorang janda yang dipercayai adalah pekerjanya sendiri.
Janda tersebut dikatakan bekerja sebagai penjaga tandas awam di Padang Astaka, disini, dimana kontrak menjaga tandas tersebut diperolehi oleh Abu Bakar.
Pak Kar di lepaskan pada jam 4 pagi setelah soal siasat dibuat dan akan didakwa di Makhamah Rendah Syariah Kemaman, tidak berapa lama lagi
hukuman sebat bagi orang yang berzina - Najib
KEMAMAN – Sehari selepas Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ’berleber’ dan menyuruh Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) meletakkan jawatan kerana ’kurma dan air zam-zam’ tidak sampai ke rumah rakyat,
seorang Pengerusi JKKK dalam daerah ini pula ditangkap khalwat.
Abu Bakar atau Pak kar, 60 yang dikenali ramai, Pengerusi bagi JKKK Kampung Tuan/ Enjin Gergaji telah ditahan dalam serbuan ’Operasi malam Merdeka’ disebuah hotel di bandar Chukai, dekat sini.
Menurut sumber Penguatkuasa Syariah Kemaman, beliau telah ditahan ketika berdua-duan dalam bilik hotel tersebut pada jam 2 pagi bersama seorang janda yang dipercayai adalah pekerjanya sendiri.
Janda tersebut dikatakan bekerja sebagai penjaga tandas awam di Padang Astaka, disini, dimana kontrak menjaga tandas tersebut diperolehi oleh Abu Bakar.
Pak Kar di lepaskan pada jam 4 pagi setelah soal siasat dibuat dan akan didakwa di Makhamah Rendah Syariah Kemaman, tidak berapa lama lagi
Labels:
kemaman,
khalwat,
terengganu,
umno
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Pimpinan
Jaringan Berita
Blog Rakan Perjuangan


