Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Thursday, June 18, 2009

BN Mahu Sivakumar Bayar RM100,000



V. Sivakumar mempersoalkan tindakan peguam speaker Barisan Nasional R.Ganesan yang mahu mahkamah mengenakan bayaran sekuriti bernilai RM100,000 ke atas Sivakumar sebelum mahkamah tinggi bersidang memutuskan kesahihan perlantikan Ganesan.

Peguam Sivakumar, Leong Chok Keng menyifatkan syarat oleh Ganesan itu sesuatu yang luarbiasa.


Pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap bayaran sekuriti itu apabila kes itu didengar semula 17 Julai depan.

“Peguam Ganesan menghantar notis meminta bayaran sekuriti RM100,000 tanpa memberi sebarang alasan. Ini luar biasa, sudah tentu kami akan membantah,” kata Leong.

Menurut Leong pada kebiasaannya bayaran sekuriti itu hanya dikenakan kepada pihak yang bermastautin di luar negara dan atau seseorang yang berhasrat untuk pergi ke luar negara sebagai jaminan terhadap kes saman yang dihadapinya di negara ini.

Sivakumar adalah sebagai seorang wakil rakyat yang berada di dalam negara dan permohonan defenden untuk mengenakan sejumlah sekuriti seperti itu sebagai jaminan akan menimbulkan kesulitan kepada anakguamnya.

Leong bagaimanapun berkata pihaknya akan memfailkan satu lagi permohonan mengenai perkara itu apabila kes berkenanan disebutsemula 17 Julai.


Pada perbicaraan yang didengar di dalam kamar Hakim Datuk Azhar Mohamad siang tadi, peguam Datuk Ganesan yang diketuai Datuk Hafarizam Harun memohon mahkamah supaya menangguhkan kes itu dengan memberikan tiga sebab.

Mereka memberi alasan pertama iaitu memerlukan masa untuk memfailkan affidavit untuk menghalang permohonan Sivakumar membatalkan pelantikan Datuk Ganesan sebagai speaker DUN Perak.

Pihak defenden juga mahu mahkamah mengisytiharkan Mahkamah Tinggi Ipoh tidak layak untuk mendengar kes ini sebagai alasan kedua dan akhirnya mereka mahu mempastikan pihak plaintif menyediakan wang sekuriti RM100,000 terlebih dahulu sebelum kes didengar semula.

Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker selepas mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak.

Wednesday, June 17, 2009

Malaysia Pusat jual beli manusia?


video credit to hanief

Kerajaan Amerika pagi ini mengeluarkan ‘Laporan Jual Beli Manusia 2009’.

Kerajaan Amerika Syarikat telah mensenaraikan Malaysia sebagai pusat jual beli hamba abdi.




Hanya enam negara Afrika – Chad, Eriteria, Mauritania, Niger, Swaziland dan Zimbabwe memiliki taraf yang sama dengan Malaysia.

Malaysia telah gagal untuk mengubah perangai walau pun tahun 2007 telah dipindahkan dari senarai hitam ke negara yang sentiasa di beri perhatian.

Malaysia telah gagal membuat apa apa perubahan untuk memperbaiki taraf pekerja yang dijadikan hamba abdi, penyuludupan manusia dan jual beli manusia sebagai pelacur.

Malaysia adalah diantara 17 negara yang mungkin di kenakan sekatan ekonomi, tidak mendapat bantuan dan tidak dibenrkan berniaga dengan Amerika Syarikat.

Media Malaysia selalu menulis bahawa Malaysia cukup unik. Media Malaysia amat suka dengan Guiness Book of Record dan Malaysian Book of Record. Hari ini apabila Malaysia disenaraikan maka Malaysia wajib berbangga kerana telah tersenarai kah kah kah.

p/s: Jadi ke cadangan hendak membawa masuk amoi China sebagai pembantu rumah kah kah kah.

credit to tukartiub

SPRM tutup satu Kes Video Lingam?



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup satu daripada empat kertas siasatan yang dibuka berhubung kes klip video V.K.Lingam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ini kerana tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



"Lanjutan daripada cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja berkenaan pita rakaman V.K.Lingam, empat kertas siasatan dibuka oleh Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM).

"Tiga daripada kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Karpal dalam soalannya ingin tahu mengapa tiada sebarang tindakan susulan diambil terhadap manamana individu berikutan cadangan yang dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.

Mohamed Nazri berkata tiada tindakan lanjut diambil dalam dua daripada kertas siasatan yang dirujuk itu memandangkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat sebarang kesalahan jenayah telah dilakukan.

Manakala satu lagi kertas siasatan belum lengkap kerana seorang saksi penting belum dapat dikesan, katanya.


Selain itu, beliau berkata tiada sesiapa dapat dikenalpasti melakukan kesalahan semasa pengendalian dokumen terperingkat dalam pertimbangan lantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976. BERNAMA

Kelantan tuntut royalti minyak RM1 bilion


KOTA BHARU 17 Jun - Kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan Pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.




Beliau berkata, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

"Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini. - Bernama


Umno Mohon ketepi Saman?



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Aziati Jaafar dalam kamarnya hari ini dan permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed


Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan, lapor Bernama.


Dalam writ samannya syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihanraya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihanraya ke-11pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Elegant Advisory mendakwa oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan permohonan dibuat dalam jangka masa singkat, syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan tersebut pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.

Syarikat itu kemudiannya mengemukakan invois RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Pada 17 Julai tahun lalu, defendan diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Bagaimanapun pada 21 Januari lalu Umno berjaya mengetepikan keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Elegant Advisory diwakili oleh peguam Nazruddin Abdullah, manakala Datuk Hafarizam Harun bertindak sebagai peguam defendan.


Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger