Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, May 23, 2009

Saingan empat penjuru di Penanti

kemaskini 12.32pm Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, empat orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini layak bertanding, demikian diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.
Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya.

Sebab penolakan tersebut belum dapat dipastikan, setakat ini.

Keempat-empatnya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon sejak 9 pagi mencipta kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib sekali lagi di kerusi DUN Pulau Pinang itu.



Dua lagi calon bebas, bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah (foto atas, bertudung merah jambu) dan bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari dijangka akan memberi saingan kepada Mansor (foto bawah, berbaju biru).

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong.

Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu - satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh.

Kerusi tersebut kosong selepas wakil rakyat PKR Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan ADUN 16 April lalu di tengah-tengah kehangatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Foto misteri 'talkin untuk Umno'


Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.

Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.



Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.

Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

"Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan naib presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah," coretnya di blognya kelmarin.

Bagaimanapun Umno dan pihak pembangkang masing-masing menafikan terlibat menganjurkan majlis itu. Mereka malah tidak tahu-menahu langsung tentangnya.

Bendahari Umno Semporna, Datuk Madlan Alami yakin majlis talkin itu bukan protes daripada penyokong Umno sendiri.

"Saya yakin bukan orang Umno yang buat. (Orang Umno) kalaupun benar mereka tidak puas hati, mereka tidak akan buat macam itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali pula mengakui terdapat rasa tidak puas hati penduduk Semporna berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.

Dihubungi hari ini, Mohamad mendakwa tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada 1999.

Walaupun begitu, mereka tetap terus berusaha untuk mendapatkan hak mereka, tambahnya.

Katanya lagi, penduduk di beberapa bahagian parlimen di negeri itu juga tidak tidak berpuas hati pada kerajaan berhubung pemilikan tanah, termasuk di tempat tinggalnya di Tawau.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lengkap tentang bantahan terkini penduduk di tempat-tempat tertentu di negeri itu.

Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik.

Barisan Nasional Akan Bubarkan DUN Perak?

Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan rayuan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry.

Biar betul?ana rasa ini tidak mungkin akan berlaku.Pihak gerombolan akan terus memerintah sehingga PRU 13 nanti walau dengan apa cara sekalipun.




dari perisik rakyat..

Allo geng... masa tak de kuasa UMNO/Barisan Nasiyonal sanggup rampas kuasa, inikan pulak dah dapat kuasa, korang ingat senang-senang ke nak lepaskan kuasa ni dengan gitu-gitu je..?

Allo... ini Malaysia geng..! Malaysia ialah sebuah negara DemoCrazy..!

Kalau korang rasa nak bubar sangat DUN Perak, korang tunggu PRU-13 nanti...

Sementara datang PRU-13 tu, nikmatilah kehidupan anda dibawah KERAjaan Haram Jadah ni.

Kah kah kah kah kah ... !!!

Bubar DUN..?

Khak Ptuih...!!!

Jangan dilupakan bekas Isteri Pertama PM ke-6 kita

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan.Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.



Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.

Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor?Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak menerusi pembacaan merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

pa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.

Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.



Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.

Anak Lelaki Tun Berniaga apa?

Rasulullah S.A.W telah mengutuk/ melaknat kerana khamar (arak) atas sepuluh orang iaitu:-

1. Yang memerah
2. Orang yang diperahkan
3. Yang meminum
4. Yang membawa
5. Yang dibawakan (dihidang)
6. Yang Menuang
7. Yang menjual
8. Yang Menawarkan harganya
9. Yang membeli
10. Yang menyimpan

(Diriwayatkan Oleh Ibnu Majah Dan Tirmidzi)

rujuk berita di bawah:

Kirin completes divestment from SMC
------------------------------------

By Doris Dumlao
Philippine Daily Inquirer
First Posted 13:56:00 05/22/2009

MANILA, Philippines--Kirin Brewery of Japan has completed its divestment of a 19.9- percent stake in San Miguel Corp. by selling it to a group led by businessman Roberto Ongpin for about P40 billion.



Some 314 million SMC B shares -- open to foreign investors -- were crossed at the Philippine Stock Exchange at a price of P63 per share on Friday, stock market sources said.

Kirin earlier made a deal to sell its stake in SMC to Q-Tech Alliance Holdings Inc.

Among the local incorporators of Q-Tech are Ongpin and Petron Corp. president Eric Recto.

Also among the investors are Mirzan Mahathir, chairman of Crescent Capital Bhd. and eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad.

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger