Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, June 2, 2009

U.M.N.O [sarkis] Parti Kelas Dua



UMNO dipenuhi pemimpin yang berperut busuk. Hal ini disebabkan oleh kurangnya cendekiawan yang memasukinya. Golongan tersebut bukan sahaja tidak digemari malahan juga dicurigai kehadirannya. Dengan demikian, kepemimpinan UMNO terdiri daripada golongan kelas dua. Oleh sebab itu, mereka yang menduduki heirarki tertinggi dalam parti itu tidak berkualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti.



Dengan tahap pemikiran pemimpin yang kurang meyakinkan itulah negara ini ditadbir. Walaupun sudah dua belas kali PRU diadakan dan mereka masih tertonggok di persada kuasa sebagai teras, orang Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kegagalan itu berpunca daripada nafsu serakah para pemimpin dan kroni masing-masing mengisi tembolok sendiri. Anehnya, hal ini telah dibuktikan dan diakui oleh mereka sendiri.

Mentaliti kelas dua itu menyebabkan mereka tidak boleh menerima hakikat. Kekalahan besar dalam PRU Ke-12 bukan menyedarkan mereka tentang kelemahan diri tetapi melebarkan dengki dan iri hati. Negeri-negeri kaya jatuh ke tangan PR. Peluang untuk mengaut kekayaan diri menjadi semakin mengecil. Mereka gelisah kerana tidak dapat memenuhkan poket seperti dulu. Satu daripada cara-cara untuk mengembalikan keberadaan itu adalah merampas kuasa dengan menggunakan taktik koboi.

Dalam pemikiran UMNO, kerajaan yang bersih akan memudaratkan mereka. Kehadiran kerajaan seumpama itu wajib dibanteras sebelum merebak. Oleh sebab itu, PKR dikategorikan sebagai ancaman besar kepada UMNO. Apatah lagi pada masa ini PKR bergabung dengan PAS dan DAP dalam PR. Kejayaan PR memecah belenggu perkauman di negara ini menyuntik semangat rakyat sehingga berani bangkit membuat perubahan. Inilah yang menyebabkan UMNO senak perut. Lantaran itu, UMNO berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti kerajaan-kerajaan PR. Taktik barbarianisme ini telah sekian lama menjadi trade mark UMNO.

Selain itu, rakyat disifatkan membuat satu kesalahan besar kerana memilih PR dalam PRU Ke-12 yang lalu. Dengan demikian, UMNO berhak menghukum rakyat yang berani berbuat demikian. Kini, rakyat negeri Perak telah dipaksa menerima kerajaan haram UMNO-BN sebagai halal. Segala-galanya telah dikesampingkan oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa di Perak. Talian hayat mereka terdiri daripada istana, mahkamah, dan polis.

Episod rampasan kuasa itu telah menyeret krisis perlembagaan yang serius sehingga murid-murid yang pernah mempelajari Bab 7 dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dan pelajar-pelajar kolej yang mengambil kursus Pengajian Malaysia terpinga-pinga dan kabur tentang benar tidaknya wujud konsep pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara ini.

Kecelaruan demi kecelaruan membelit pemikiran rakyat yang tidak bersalah. Situasi demikian telah mendedahkan Perak kepada jaringan bersimpul mati. Permusuhan akan terus merebak. Kebencian tidak bersempadan atas kecelaruan ini berkembang menjadi perpecahan. Bayangkanlah keparahan yang diakibatkan oleh pertembungan kegawatan politik dengan kegawatan ekonomi yang enggan diakui oleh PM sejak mula, kini semakin menggila, dan tiada tanda-tanda noktah yang kelihatan.

Hanya satu yang pasti berlaku jika keadaan itu berterusan, iaitu kemusnahan. Rasuah, kegawatan politik, dan kegawatan ekonomi yang bersatu menongkah arus kewibawaan kelas dua pemimpin UMNO itu telah membentuk jerangkap samar yang tersedia menunggu korban. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersedia untuk menentang kemaraan gerombolan ini

http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2089

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger