Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Kerajaan Negeri disaran longgar syarat seni hiburan?



KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan disarankan melonggarkan syarat dan peraturan pertunjukan hiburan yang dikuatkuasakan mengikut Enakmen Hiburan Negeri dalam usaha mengembangkan kebudayaan dan kesenian sebagai produk tarikan pelancong ke negara ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Abdul Aziz Derashid, berkata penguatkuasaan yang mengetatkan syarat pertunjukan hiburan dan kesenian yang dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pas sekarang dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan pembangunan industri itu di negeri ini.


Menurutnya, antara halangan itu ialah menetapkan tempoh masa sesuatu pertunjukan hiburan itu tidak melebihi jam 12 tengah malam dan tidak melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri harus melonggarkan syarat dan tidak terlalu rigid dalam meluluskan pertunjukan hiburan dan kesenian yang dianjurkan agensi Kerajaan Pusat, terutama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bicara Eksklusif Budaya 2009 peringkat Negeri Kelantan di Taman Budaya Negeri Kelantan, di sini, kelmarin.

Turut menjadi panel Majlis Bicara Eksklusif itu ialah Pengarah JKKN Kelantan, Ismail Yusoff; Prof Datuk Dr Adi Taha dan Raja Iskandar Raja Halid dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abdul Aziz berkata, Kerajaan Pusat bercadang mengadakan lebih banyak program bercorak kebudayaan tetapi perlu mendapatkan kerjasama sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri dan ini merupakan kekangan kepada matlamat itu.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan polis dalam usaha melonggarkan syarat pertunjukan hiburan dan kesenian di negeri ini.

Menurutnya, setakat ini JKKN Kelantan berjaya mencatat beberapa program terbesar, termasuk dikir barat 70 peserta dan gendang 1,000 dalam Malaysia Book Of Record sebagai usaha mengembangkan seni budaya negeri ini di mata masyarakat dunia.

“Kita juga mahu Kelantan menjadi contoh kepada dunia sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai nilai budaya paling unik dengan penduduknya terdiri pelbagai kaum dan etnik,” katanya.

Menurutnya, ini sesuai dengan matlamat kerajaan menerusi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk merakyatkan seni budaya di samping merealisasikan konsep 1Malaysia.


Wednesday, June 17, 2009

Kelantan tuntut royalti minyak RM1 bilion


KOTA BHARU 17 Jun - Kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan Pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.




Beliau berkata, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

"Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini. - Bernama


Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger