Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, March 8, 2010

Pemimpin Pemuda Positif dadah?

DUNGUN - Keghairahan sekumpulan penagih dadah menjadikan rumah milik warga emas sebagai port melepaskan gian menerima padah apabila lokasi persembunyian mereka diserbu polis, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, dalam serbuan kira-kira jam 7 pagi membabitkan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah serta Narkotik di sebuah rumah di Ketengah Jaya itu, polis berjaya menahan kira-kira 30 penagih, semuanya adalah lelaki Melayu.

Menurutnya, daripada 30 yang ditahan, 15 daripadanya didapati positif dadah dan mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Antara suspek yang ditahan termasuk seorang daripadanya adalah pemimpin Pemuda cawangan sebuah parti politik di Bahagian Kemaman yang dipercayai turut positif dadah jenis ‘methamine’," katanya.

---------------------------------

Bahagian kemaman?sape tuuu?




MENGAPA TARBIYYAH MESTI DIUTAMAKAN?


Dipetik daripada buku : FIQH KEUTAMAAN (FIQH ALAULAWIYYAT) (KEUTAMAAN TUGAS-TUGAS KAUM MUSLIMIN.
Oleh : PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWI

Mengapa tarbiyyah dan pembinaan mesti didahulukan dan diberikan keutamaan ke atas jihad? Ada beberapa sebab mengapa tarbiyyah mesti mendapat keutamaan ke atas jihad, antara lain:

Pertama:
Jihad di dalam ajaran Islam memiliki konsepnya tersendiri, bukan sebarang jihad. Ia mesti dilakukan dengan niat yang suci dan untuk tujuan yang tertentu pula, iaitu jihad fi sabiliLLAH. Baginda Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang seseorang yang berperang kerana dorongan perkauman dan seorang lagi berperang kerana ingin dikatakan sebagai pemberani (hero), dan seorang lagi berperang kerana mengharapkan harta rampasan, yang mana satu fi sabiliLLAH (di jalan ALLAH)? Baginda menjawab maksudnya : "Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah ALLAH, itulah dia yang berada di jalanNYA."
Jenis orang-orang yang berjihad seperti ini bukanlah datang secara tiba-tiba, namun ianya perlu dibentuk melalui perjalanan tarbiyyah, bimbingan dan pendidikan yang cukup panjang dan intensif, sehingga dia benar-benar mencintai ALLAH dan RasulNYA dengan sepenuh kecintaan.

Kedua:
Sesungguhnya hasil dan buah perjuangan dan jihad yang dilakukan seorang Muslim adalah kejayaan, kemenangan dan kekuasaan Islam di muka bumi ini. Kemenangan dan kekuasaan seperti ini tidak akan dapat dikecapi melainkan oleh orang-orang yang mu'min sebenar yang berhak untuk memperolehi kemenangan tersebut, sehingga dengan itu mereka dapat melaksanakan kewajipan-kewajipan yang dibebankan ke atasnya. Golongan seperti inilah yang akan beroleh kemenangan yang gemilang.

Firman ALLAH TA'ALA, mafhumnya :
"...Sesungguhnya ALLAH pasti menolong orang yang menolong (agama) NYA. Sesungguhnya ALLAH benar-benar MAHA KUASA lagi MAHA PERKASA. (Iaitu) orang-orang yang jika KAMI teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada ALLAHlah kembali segala urusan." (Surah al-Hajj : 40-41)

Maksudnya :
"Dan ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan menunaikan 'amal-'amal yang soleh bahawa DIA sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh DIA akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNYA untuk mereka, dan DIA benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKU dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan AKU..." (Surah an-Nur : 55)

Sesungguhnya, orang-orang yang mendapat kemenangan dan kejayaan dalam sesuatu perjuangan, sebelum mereka mendapatkan tarbiyyah, pembinaan dan pendidikan yang sewajarnya, maka akan lebih banyak menyebabkan kerosakan daripada perbaikan yang diharapkan.

Ketiga:
Mengikut sunnah ALLAH TA'ALA, bahawa kemenangan dan kejayaan itu belum akan dapat dicapai melainkan setelah kita lulus daripada pelbagai jenis ujian dan dugaan. Semua ujian dan dugaan tersebut dimaksudkan untuk membersihkan dan mensucikan diri dan jiwa kita dari pelbagai jenis penyakit dan kuman, sehingga akan nampaklah perbezaan antara yang tulen dan yang palsu. Hal ini merupakan satu jenis tarbiyyah 'amali, yang pernah berlaku ke atas para Nabi, Rasul dan penyeru-penyeru ke jalan ALLAH di sepanjang sejarah kehidupan manusia.

Imam asy-Syafi'i (r.h) pernah ditanya : Wahai tuan guru, manakah yang lebih baik bagi mu'min : Mendapat bala (dugaan) atau mendapat kejayaan (kemenangan)? Jawab beliau : "Bukankah kemenangan itu hanya akan diperolehi setelah lulus dari ujian? ALLAH TA'ALA menguji Nabi Yusuf (a.s) terlebih dahulu, baharulah kemudian diberikan kejayaan, seperti dalam firmanNYA maksudnya :
"Dan demikianlah KAMI memberikan kedudukan (kemenangan) kepada Yusuf di Negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju ke mana sahaja ia kehendaki di bumi Mesir itu." (Surah Yusuf : 56)

Sesungguhnya, kemenangan dan kejayaan yang diraih dengan sangat mudah dan singkat sangat dikhuatiri akan segera berakhir dan lenyap kembali. Berbeza jikalau ianya diperolehi dengan usaha yang gigih, penuh pengorbanan harta, jiwa dan tenaga serta dalam masa yang begitu lama, maka ianya akan terus dipertahankan dan dipelihara keutuhannya.
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger