Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, August 31, 2009

1malaysia - harga petrol naik - Najib


Hadiah sempena menyambut bulan ramadhan dan kemerdekaan UMNO....

1malaysia - Rakyat didahalukan..pencapaian diutamakan....[Rosmah]

Rakyat Didahalukan..Minyak Dinaikan - Muhyiddin

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.



Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Rakyat didahulukan - Berbuka, sahur ubi kayu ?

malaysia merdeka 52 tahun?malaysia maju?


SIMPANG RENGGAM: “Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Saban hari, dia bersama isteri, Salbiah Md Jamil, 49, dan tiga anak yang kini menumpang di sebidang tanah berhampiran Taman Rekamas di sini, hanya mampu makan nasi dicampur ubi kayu termasuk untuk berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Menu mereka hanya berubah jika ada insan prihatin memberikan beras dan lauk.



Jumak berkata, kedaifannya bukan saja menyebabkan dia tidak mampu menyediakan bekalan elektrik dan air, malah tiga anaknya kini tidak bersekolah.

Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, tapi secara tiba-tiba kaki kanan sakit hingga akhirnya tidak boleh memakai kasut sejak empat tahun lalu.

“Apabila hanya memakai selipar, majikan mengenakan pelbagai tindakan hingga saya dibuang kerja dan sejak itu hidup kami sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Menurutnya, selepas dibuang kerja, tiga anaknya, Hanisa, 16, Mohamad Arif, 15 dan Mohamad Arshad, 12, terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menampung perbelanjaan mereka.

Keluarganya pula terpaksa menumpang tanah orang dengan membina pondok buruk dan menanam ubi kayu.

“Tuan tanah membenarkan kami menumpang dan mengusahakan sedikit tanah untuk menanam ubi kayu dan hasilnya akan dibahagi dua.

“Sehingga kini, itu saja sumber pendapatan kami kerana isteri dan tiga anak tidak bekerja. Tiga anak yang lain sudah berkahwin dan ada menghulurkan bantuan, namun kami faham mereka sendiri menghadapi masalah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Setakat ini, katanya, dia belum pernah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal kerana tidak tahu caranya.

Salbiah pula berkata, dia pernah ke beberapa agensi kerajaan lain untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya tidak dilayan.

“Saya tak sekolah tinggi, jadi saya tidak tahu macam mana cara nak dapatkan bantuan.

“Hanya baru-baru ini, saya diberitahu boleh mohon bantuan Baitulmal atau JKM tapi tak tahu caranya.

“Sebelum ini saya pernah ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mohon bantuan tapi saya bukan dibantu tetapi dimarah.

“Berikutan itu, saya berharap sangat pihak yang mempunyai peruntukan dapat membantu kami. Berilah peluang kepada kami meraikan Aidilfitri kali ini seperti orang lain,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati keluarga itu menghuni rumah yang tidak sempurna, malah sebahagian kediaman itu tidak mempunyai atap dan dinding, manakala lantai masih berlubang.

www.hmetro.com.my

Sunday, August 30, 2009

Kalau yang ni Islam... wanita ini wajib disebat - Najib


Wanita mabuk berang kereta ditunda

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.



Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

Gelagat wanita ini antara yang dapat disaksikan dalam operasi mingguan yang dijalankan polis trafik Jalan Bandar yang diketuai oleh Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Ahmad dan dibantu oleh 25 orang pegawai dan anggotanya.

Operasi tiga jam itu yang bermula kira-kira pukul 12.30 malam dijalankan di sekitar pusat bandaraya antaranya di Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Ipoh.

Rusli berkata sebanyak 170 saman dikeluarkan kerana meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas dimana empat buah kenderaan telah ditunda.

Saman itu turut dikenakan kepada pemandu teksi yang terus berdegil menunggu di tempat yang tidak dibenarkan selain mengganggu lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di beberapa buah pusat hiburan terkenal di bandaraya ini, katanya.

“Kami akan bekerjasama kelak dengan persatuan pemandu teksi supaya anggota mereka mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya.

— BERNAMA

Saturday, August 29, 2009

Ibadat Puasa Berupaya Jadikan Umat Islam Lebih Berperkerti Mulia - Najib & Rosmah

[Gambar lama..skg dh insap]

PEKAN, 29 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ibadat puasa berupaya menjadikan umat Islam lebih berpekerti mulia agar terus dihormati penganut agama lain.

Beliau berkata bulan Ramadan bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi merupakan satu kaedah tarbiyah yang mampu mendidik seorang Muslim dari segi rohani, jasmani dan emosi

"Menerusi ibadat puasa, umat Islam akan lebih tinggi kualiti peribadinya.

"Hanya yang mempunyai kualiti peribadi yang disukai Allah seperti amanah, tawaduk, pemurah, cintai perpaduan, sifat yang terpuji untuk peribadi seorang Muslim," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan golongan miskin di Masjid Kampung Sungai Miang, dekat sini, pada hari Sabtu.


Terdahulu beliau menunaikan sembahyang Isyak dan berterawih di masjid berkenaan.

Najib berkata umat Islam juga perlu menjadikan bulan puasa sebagai bulan untuk lebih membantu golongan yang memerlukan.

"Bagi kerajaan, bulan Ramadan memberi kesempatan untuk kita menjalankan program yang menekankan soal "infak" (memberi) - pemberian segala-gala pemberian," katanya.

Seramai 94 golongan warga emas, ibu tunggal dan golongan miskin menerima bantuan pada majlis berkenaan.

Sebelum itu, Najib berbuka puasa dan menunaikan sembahyang magrib di Masjid Kampung Merchong, dekat sini.

-- BERNAMA


Pelantikan Idris celarukan Kabinet - Najib & Rosmah


SHAH ALAM- Pas menyifatkan pelantikan Pengarah Urusan Malaysia Airlines System (MAS) Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin, amat mengelirukan rakyat.

:Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan apabila bertindak melantik Idris untuk membantu seorang anggota Kabinet yang juga bertaraf Menteri.

:“Adalah sesuatu yang pelik apabila Menteri melaporkan kepada bosnya yang juga Menteri, seorang Menteri saya rasa sudah memadai, saya tak faham apa keperluan (Tan Sri) Koh Tsu Koon berada di tempatnya itu,” katanya semalam.


:Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan yang mengumumkan pelantikan Idris sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.

:Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

:Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

:Mengulas lanjut. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pelantikan tersebut juga melambangkan bahawa kerajaan tidak mampu melaksanakan janji untuk mengecilkan anggota Kabinet sebagai mana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri sejurus mengumumkan Kabinetnya, baru-baru ini.

:“Bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu (Najib) kata nak kecilkan Kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri, beliau hanya pandai berjanji tetapi tidak melaksanakan apa yang disebut,”katanya.

:Bagaimanapun katanya, beliau mengakui bahawa Idris mempunyai kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu berkhidmat di syarikat minyak Shell namun, prestasinya tidak berapa baik sewaktu menerajui MAS.

:“”Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS saja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan :bakar,”katanya.


Thursday, August 27, 2009

Majalah 18sx dibenarkan pulak? - 1israel & 1Malaysia



- Komik "Gedung Kartun " yang dikatakan mencemarkan imej najib altantuya yang pegang bendera mongolia. komik ini baru dolancarkan sehari,,tapi sudah dirampas oleh KDN/UMNO atas alasan bodoh.
apa ke salahnya?

menghina?memalukan? tapi majalah hiburan seperti mangga,etc yang menayangkan gambar2 artis yang cukup cukup memalukan itu dibenarkan pula?

uhh 1malaysia.. betul2 1israel...



click sini utk selanjutnya


Wednesday, August 26, 2009

Kerajaan 1malaysia tak reti Hormati Ramadhan-Muhyiddin



Inilah Contoh2 Tarbiyyah yang Terbaik....


Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak mengutamakan tarbiyyah sesuai dengan ajaran Islam. Kata-kata beliau mengulas tentang pelaksanaan penangguhan hukuman terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.


Bab tarbiyyah tu saya sokong 100%....Tapi macam mana pula konsert kumpulan rock Michael Learns To Rock yang diluluskan oleh kerajaan di Genting Highlands di Bulan Ramadhan ini iaitu 5 September bersamaan 16 Ramadhan yang malamnya berlaku peristiwa Nuzul Quran!!!!



Arak: BN mewariskan kita sistem jahiliyyah-1malaysia


Arak: BN mewariskan kita sistem jahiliyyah


isu arak di Selangor dan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika memperlihatkan kepada kita satu perkara iaitu pewarisan sistem jahiliyyah lebih 50 tahun oleh BN terutamanya dari parti Melayu UMNO.

Arak bukan perkara pelik dalam masyarakat Malaysia. Bermula dari kilangnya yang besar, iklan arak di papantanda dan media massa, penajaan sesuatu acara seperti sukan bola, hidangan di hotel dan pesawat MAS, sehinggalah yang diminum di kelab malam, pusat karaoke, atau yang mudah dibeli di pasaran. Itu belum termasuk ketagihan arak dan kesan maksiat darinya seperti zina, bunuh, rogol dan lain-lain.


Semua ini adalah satu ‘pakej’ dari sistem pemerintahan sekian lama oleh BN. Justru, apabila Dato Dr Hasan Ali mengumumkan tentang sesuatu peraturan baru bagi mengatasi masalah arak di Selangor, ia bukan suatu yang mudah. Tetapi itulah tanggungjawab yang sedang dibuat olehnya, perkara yang tidak boleh dibuat oleh BN walaupun lama memerintah Selangor dengan berganti Menteri Besar.

Demikian juga kes sebat kerana minum arak berkait model sambilan, Kartika. Ini bukan isu Islam hadhari atau Islam hududi seperti yang ditulis oleh seorang pengkomentar di sebuah akhbar. Bagi saya, ia berlaku kerana Islam sebenar menurut perintah Allah dan Rasul itu belum dilaksanakan dengan sebenarnya. Maka imej itu bukan imej Islam sebenar tetapi imej cara pemerintahan BN terhadap hukum Islam.

Saya setuju dengan mantan PM, Tun Mahathir bahawa Islam mementingkan keadilan. Tetapi Tun ketika menjadi PM Malaysia selama 24 tahun, apa yang dibuat terhadap perundangan Islam? Siapakah yang cukup kuat menentang pelaksanaan hukum Islam di Terengganu dan Kelantan suatu masa dahulu? Siapakah yang mempermainkan hukum Islam dengan pelbagai perkataan yang mengejek hukum Allah ini?

Sekali lagi saya katakan bahawa saya melihat isu sebat dan hukuman dalam enakmen berkaitan arak adalah manifestasi dari pemerintahan BN yang sebenarnya masih jauh dari ruh perundangan Islam yang wajib ditegakkan sehingga jelas pada pandangan mata masyarakat tentang hebat, baik dan adilnya hukum di dalam Islam ini.

Orang Lain kena sebat, Orang lain yang berpeluh?- najib

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.



Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.








Tuesday, August 25, 2009

Tahniah! Bn kalah lagik - Najib & Rosmah



UMNO BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEKALAH
AN

Sekali lagi dengan bangga lagi gumbira lagi sombong lagi conggeh parti United Malays National Organisation telah berjaya mempertahan kekalahannya.

Calon Pakatan Rakyar Mohd Saleh menang dengan kelebihan 4,451 undi. Saleh telah mendapat 9.618 undi.

Manakala calon gerombolan yang dikenali sebagai Rihaizat Othman hanya mendapat 5,067 undi.

United Malays National Organisation tetap berjaya mempertahankan kekalahannya.

Rakyat satu Malaysia mengucapakan syabas atas kejayaan parti United Malays National Organisation ini kah kah kah.





Sunday, August 23, 2009

Berjuang atas Kebangsaan Tak masuk Syurga.. [Najib]




Sabda Rasulullah SAW:

Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.

-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.

Macam mana nak masuk syurga kalo bukan dari "golongan kami" seperti mana yang dimaksudkan oleh Nabi ALLAH...

adakah Nabi ALLAH tak mengaku umatnya?

majlis fatwa.. tolong beri penjelasan.... huhuhuhu

Saturday, August 22, 2009

Zahid nafi guna ATM bantu kempen BN? hahaha!!

betul betul terdesak?


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyanggah dakwaan Pas bahawa beliau menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau menegaskan, kehadiran pasukan ATM di kawasan itu adalah untuk membantu masyarakat melalui program 'Jiwa Murni' dan bukannya sebagai alat jentera meraih undi.

''Program ini sebenarnya merupakan keperluan semasa rakyat yang memerlukan bantuan ATM melalui kepakaran yang terdapat di dalam Kor Diraja iaitu jurutera, perubatan dan agama.

hahahahahahahaha....hahahahhahaha



hahahahahhaha..... mana boleh menggunakan jentera kerajaan beb...





Friday, August 21, 2009

Islam Hadhari- 1malaysia Bestari?

Islam Memiliki Sistem Nilai yang paling Sempurna..

Alangkah molek sekiranya Malaysia "sudi" menjalankan salah satu perintah hukuman seperti mana yang dimahukan oleh "kartina yang kantoi minum arak ini" seterusnya HUKUM HUDUD TERLAKSANA!!!!

"“BUKAN hendak mengaibkan diri sendiri, tetapi saya harap hukuman sebat ini dapat dilakukan secara terbuka supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai," kata Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, kepada Sinar Harian.

Wanita yang berasal dari Sungai Siput dan berkahwin dengan seorang rakyat Singapura itu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2007. "



selanjutnya..klik sini.

seterusnya hukuman yang sewajarnya bg pasangan ini.... aduhaii orang kampung teman ni....

"PAKA - Kecurangan seorang isteri muda yang menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang akhirnya terbongkar apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika sedang memadu asmara bersama lelaki itu di sebuah rumah taman perumahan, di sini, kira-kira jam 5.40 pagi semalam.

Wanita terbabit dari Fel-da Kerteh Lima dikatakan berkunjung ke rumah lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat petroleum itu kira-kira jam 3 pagi ketika isterinya tiada di rumah kerana pulang ke kampung. "

selanjutnya klik sini

Mereka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tak-zir Terengganu atas kesala-han sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan, jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


kan molek sekiranya hukum hudud dilaksanakan.....

Hidup Aman Dilautan? - Rakyat didahalukan!!!



Merdeka? 52 tahun?

Jika dahulu.. mungkin hanya lanun yang hidup dilautan....

1malaysia... pencapaian diutamakan...


malaysiaku gemilang... pabila rakyat terus ditipu




HIDUP AMAN DAMAI DI LAUTAN... Seorang ibu menyediakan makanan untuk dua orang anaknya di atas perahu "kampit" dekat perkampungan Pulau Omadal, Semporna, Sabah. Jika dahulu, ancaman lanun begitu berleluasa sehingga nelayan dan penduduk di sepanjang perairan pantai timur Sabah, takut untuk keluar, kini mereka sudah "merdeka". - BERNAMA





Wednesday, August 19, 2009

Pecah Amanah - tutup Mata dalam UMNO......


Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?

Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.


PAS dan Pakatan Rakyat mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan, Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."

Bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.

----------------------------------------------------------------------------------------------

perjuangan umno berlandaskan Alquran dan hadith?

hahahahahaha....

1malaysia + Islam hadhari....



Duit TOTO bleh kasik derma....

majlis fatwa..?jabatan Agama Islam?mufti Harussani? amacam?







Ku Li Kecewa, Umno dah kehabisan Calon - 1Malaysia


habis..habis.... rakyat dibiarkan dulu....duit semua aku capai-1malaysia

PERMATANG PASIR, 19 Ogos - Tengku Razaleigh hari ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon BN di Permatang Pasir. Kekecewaan tersebut dinyatakan melalui artikel terbaru di laman blog peribadinya http://razaleigh.com/.



"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulisnya yang senang di sapa panggilan Ku Li itu.


Rohaizat Othman dibatalkan lesen guamannya kerana di kaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guamannya.


Pada 7 mac 2008 majlis peguam telah pun membatalkan lesen peguam Rohaizat dan rayuan beliau ke Mahkamah Tinggi juga telah ditolak pada 12 Ogos yang lepas.


Dalam tulisannya itu, toko veteran Umno itu mempersoalkan adakah UMNO kekurangan calon sehingga terpaksa meletakkan calon yang mempunyai masalah seperti itu.


"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai?


"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewangan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambah yang juga ahli parlimen Gua Musang.


Mengulas lanjut, beliau menyatakan jujur adalah syarat yang paling minimum dan sepatutnya Rohaizat tidak boleh di pilih sekiranya dipertimbangkan syarat ini.


"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.


"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tulisannya lagi.


Jelas Ku Li, beliau menganggap UMNO menonjolkan kod moral yang berbeza dengan orang lain apabila memilih Rohaizat yang nyata mempunyai masalah peribadi.


Peta UPU Permatang Pasir




Khas buat sahabat sahabat seperjuangan... Moh kita ke medan peperangan... TAKBIR!!!!!!semoga ALLAH swt merahmati setiap langkah perjuangan.










Tuesday, August 18, 2009

Kaki "Pecah Amanah" - Jadik Calon BN

1Malaysia.. Rakyat didahulukan..Pencapaian diUtamakan...

PERMATANG PAUH - Tidak sampai 24 jam, Rohaizat secara rasminya menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional, timbul pelbagai isu terhadap beliau termasuk rasa tidak puas hati dikalangan ‘akar umbi’ parti itu sendiri.

Antara yang dibangkitkan dalam sidang media harian PAS yang diadakan di Markaz Besar Permatang Pasir hari ini adalah kredibiliti calon UMNO tersebut.


Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar apabila ditanya oleh pihak media berkaitan perkara tersebut mempersoalkan, bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ kepada koperasi pekebun kecil untuk diberikan tanggungjawab menguruskan persoalan masyarakat dan rakyat
Katanya beliau amat kecewa kerana BN mengemukakan Rohaizat sebagai seorang calon kerana menurutnya ia akan mendedahkan perlakuan Rohaizat sebelum ini disamping satu pengkhianatan dan pengkhianatan kepada para pengundi Permatang Pasir

”Saya amat kecewa BN yang mengemukakan beliau sebagai seorang calon, yang mendedahkan diri beliau itu kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukakan satu ketika dulu, dari sudut moralnya beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang calon.”ujar Mahfudz

Justeru, kata Dato’ Mahfudz, sebagai seorang abang kepada Rohaizat, beliau menasihatkan supaya Rohaizat menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

”Oleh itu, untuk menjaga kedudukan dan imej beliau (Rohaizat), dengan umurnya yang masih muda, saya sebagai abang, saya sangat simpati kepada beliau, adalah lebih wajar beliau menarik diri,”jelas Mahfudz.

Rohaizat, seorang peguam sebelum ini, sebagaimana didedahkan media tempatan, telah ditarik lesen khidmatnya oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.

Calon UMNO itu mendakwa bukan beliau yang melakukan perkara tersebut, namun menuduh rakan kongsinya yang mengakibatkan lesen syarikat khidmat guamannnya digantung.

Dakwaan Rohaizat adalah tidak benar kerana menurut Majlis Peguam tindakan menarik lesen khidmat guaman adalah kepada individu peguam, bukannya kepada syarikat.

Sementara itu, dilaporkan dalam Malaysiakini, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, perkara tersebut berlaku kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.



hahahaha.. najib..najib....

Monday, August 17, 2009

Pemuda Parti Islam pertahankan Kubu Kita - Pematang Pasir

Pilihanraya kecil datang lagi silih berganti. Memang wajar tahun ini diisytiharkan oleh SPR sebagai tahun pilihanraya. Dalam setahun, setakat ini telah ada 6 pilihanraya kecil. Pilihanraya kecil ini adalah yang ke-7 diadakan sejak lepas pilihanraya umum ke-12 bermula dengan Permatang Pauh.

Sekarang pilihanraya kecil sekali lagi diadakan di kawasan parlimen Permatang Pauh. Sekarang Permatang Pauh boleh dimasukkan ke dalam ‘Guiness Book of Record’. Ada yang tanya kenapa?

Dengan adanya pilihanraya DUN Permatang Pasir ini, bermakna pengundi-pengundi di sini telah menyaksi 3 pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh setahun, iaitu kerusi Permatang Pauh (Ogos, 2008), DUN Penanti (Mei, 2009) dan DUN Permatang Pasir (Ogos, 2009). Hanya DUN Seberang Jaya sahja belum diadakan Pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.



Satu yang istimewa dan tak mungkin berlaku lagi selepas ini adalah di sini telah menyaksikan 3 siri pilihanraya kecil dalam setahun dalam satu kawasan parlimen bagi 3 kerusi daripada 4 kerusi (1 parlimen, 3 DUN) yang ada di sini. Dua daripadanya diadakan kerana pertukaran wakil rakyat PKR dan satu lagi disebabkan kematian wakil rakyat PAS.

Pilihanraya kecil pertama terpaksa diadakan bagi pertukaran kerusi Ketua Pembangkang dari Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Untuk tujuan ini, PKR mempertaruhkan kerusi parlimen Permatang Pauh.

Sementara bagi pertukaran kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pula, PKR mempertaruhkan kerusi DUN Penanti dengan penyandangnya Mohd Fairus Khairuddin meletakkan jawatan untuk diadakan satu pilihanraya kecil bagi digantikan oleh Dr. Mansor Othman.

Sekarang takdir Allah, satu lagi pilihanraya kecil perlu diadakan di Permatang Pasir melibatkan PAS pula setelah parti tersebut menang ‘nyawa-nyawa ikan’ di Manek Urai dengan kelebihan 65 undi. Permatang Pasir ini adalah satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh PAS di Pulau Pinang.

Jika PAS tidak bertanding di sini kerana PKR juga menuntut untuk bertanding di sini, bermakna PAS telah hilang batu tanda atau benteng terakhir kewujudan PAS dalam DUN Pulau Pinang. Pada saya kemungkinan PAS tidak bertanding di sini adalah kecil kerana sebagai penyandang keusi berkenaan, PAS kena mempertahankan kerusi tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan berlangsung pada awal bulan Ramadhan, , hari mengundi adalah pada 25 Ogos jika ada pertandingan dengan penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos ini ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.

Persoalannya, adakah PAS berjaya mempertahankan satu-satunya benteng terakhir PAS di Pulau Pinang ini? Kerusi DUN Permatang Pasir ini begitu istimewa kepada PAS Pulau Pinang. Permatang Pasir ini adalah satu daripada tiga kerusi DUN dalam parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PAS. Selama tiga penggal berturut-turut sejak Pilihanraya Umum (PRU) ke-10 tahun 1999, PRU ke-11 tahun 2004 dan PRU ke-12 tahun 2008 diwakili satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos dengan lapan pusat mengundi disediakan melibatkan 39 saluran. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan (PAS) memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.



PRK Permatang Pasir: Penempatan petugas Pakatan Rakyat


Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN N11 Pmtg Pasir No Telefon : 04-3984226

1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung


2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor

3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru

4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera

5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor

6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal

7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan

8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam

9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas

credit muslimeen united




Sunday, August 16, 2009

1malaysia = 1 Israel?? Najib dah hilang akal ka?


Asrol - kelatekito.com

PM 1Malaysia Najib guna khidmat syarikat antarabangsa Apco Worldwide sebagai dengan bayaran sekitar RM20 juta

Apco Worldwide juga terlibat dengan kempen pilihanraya di Israel, USA dan seluruh dunia.
hanya mereka yang berduit sahaja boleh beli khidmat mereka yang khabarnya disertai oleh pakar2 strategik CIA, FBI, Mossad yang sudah pencen atau masih aktif.



Ini laman web APCO Worldwide Israel http://www.apcoworldwide.com/content/locations/EMEA/tel_aviv.aspx

Syarikat ini turut sama-sama menderma idea untuk bunuh rakyat palestin.


Ini info pasal konsep 1Israel oleh Ehud Barak yang dienjinkan oleh APCO Worldwide

klik sini

Najib! Siasat Penghinaan Islam ini! Nyata Sangat!

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan di antara kaum.




"Ini saya minta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapapun yang menyebabkan perkara yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan hasutan," katanya.
Image Hosted by ImageShack.us


Tuesday, August 11, 2009

Tahajjud ; penghidup dan pembunuh malam Bah. 2

siri pertama..click sini

credit kepada saudara fira [naib ketua pemuda cawangan]


Sabda Nabi S.A.W,” Manusia akan dikumpulkan di hari kiamat pada suatu padang ( Mahsyar ), lalu suatu suara menyeru : Mana dia orang orang yang telah meninggalkan tempat tidurnya (kerana beribadat ditengah malam)? Mereka lalu tampil kehadapan dalam bilangan yang kecil saja, lalu mereka dibenarkan masuk syurga tanpa hisab”.
Sabda Nabi S.A.W ,“ Hendaklah kamu membiasakan diri bangun ditengah malam kerana yang demikian itu adalah amalan yang dibiasakan oleh orang orang soleh sebelum kamu. Ia juga sebagai suatu cara untuk mendekatkan diri kepada tuhan, menebus kesalahan, menjauhkan diri dari dosa dan menyingkirkan penyakit dari tubuh.”,



Sabda Nabi S.A.W ,” Seutama utama solat sunat sesudah wajib ialah solat malam.”, HR Muslim, Abu Daud dan Tirmizi
Sabda Nabi S.A.W “ Sesungguhnya pada setiap malam ada suatu saat yang mana tiada seseorang hamba Muslim berada disaat itu, lalu memohon sesuatu yang baik dari urusan dunia dan akhirat, melainkan akan ditunaikan Allah permohonannya,”
Berkata Ibnu Al munkabir : “ Bahawa tiada kelazatan didunia ini meskipun usiaku telah lanjut kecuali tiga perkara: pertamanya iaitu ‘qiyamulaill’ iaitu solat malam, yang kedua ketika bertemu sahabat seperjuangan, ketiganya ialah boleh melakukan solat jemaah dengan sempurna”.
Berkata pula ahli Qiyamulail “, Bagiku malam itu ialah bahawa diriku tersepit diantara dua bahagian malam. Hatiku gembira dan seronok dengan gelapnya malam. Aku merasa rawan apabila fajar mula menyingsing, dengan situasi demikian kegembiraan hatiku tidak pernah sempurna kerana waktu qiyamulaill akan berakhir”, (Ketenangan hati sedang berkhalwat terganggu oleh sinar fajar)
Sememangnya bangun untuk beribadat ditengah malam itu amatlah dititikberatkan oleh Allah S.W.T dan Nabi S.A.W. Namun ianya juga merupakan satu perkara yang berat, lebih lebih lagi kepada pemuda diakhir zaman ini.

Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T didalam surah Al muzzammil iaitu ayat yang berkaitan dengan tahajjud atau qiyamulail.
Firman Allah Ta’ala ;
“Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat .” Al Muzzammil : 5
Maksud ayat ini telah ditafsirkan dalam dua bentuk oleh ulama tafsir yang muktabar. Pertamanya ada ulama menafsirkan bahawa ianya merujuk kepada beratnya kewajipan melaksanakan amalan qiyamulaill itu sendiri yang diperintahkan kepada hambanya, dimana mereka terpaksa meninggalkan tempat tidur yang empuk dan berjuang meleraikan tiga ikatan syaitan ditubuh mereka. Keduanya ada ulama menafsirkan bahawa ayat tersebut menyatakan tentang tugas tugas berat yang akan dihadapi oleh para pejuang dan pendakwah dan ianya memerlukan persiapan rohani yang mantap iaitu dengan berqiyamulaill.
Tentulah sudah pasti qiyamulail sesuatu yang berat bagi kita para pemuda untuk menunaikannya secara istiqomah, kerana telah kepenatan melaksanakan perintah Allah disiang hari seperti berjihad, solat, mencari rezeki, berpuasa, menjaga anak anak, menguruskan keluarga dan lain lain, yang mana tidurlah lebih baik bagi kita untuk rehat dimalam hari. Tapi kenapa pula Allah memberatkan kita dengan tugas Qiyamulalill pula? Adakah ianya memang berat atau hanya pada nafsu kita sahaja terasa beratnya?
Allah S.W.T telah menyatakan kepada kita.
Firman Allah Ta’ala
“ Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. ( Hingga akhir ayat )....” Al Baqarah : 286
Pasti dan pasti walaupun ianya berat namun ia tidak mebebankan kita, yang terasa beban hanyalah nafsu kita semata mata. Oleh itu tentu ada cara caranya untuk kita bangun malam beribadat dan seterusnya istiqomah dengannya. Apakah tips dan panduan untuk kita dapat menunaikan ibadat malam ini, Ianya akan diungkapkan pada bahagian yang lain nanti. Semoga ia menjadi panduan kepada kita para pemuda untuk berqiyamulaill..

“tarbiyyah bukan segalanya tapi segalanya datang dengan tarbiyyah”

Salam Perjuangan.


Pilihanraya Permatang Pasir Bulan Ramadhan..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.






Saturday, August 8, 2009

Adun Kemasik dibebas dengan ikat jamin...[hahaha]



Sesuatu Yang Luar Biasa, Tanpa Sebarang Pertuduhan dan Dibebaskan Pada Hari Cuti - Hj Hanafiah

KEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu (2 Ogos) kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.


Buletin Online telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Pengarah MTD Cukai, Hj Hanafiah Mat pada jam 11.50 pagi tadi.




Beliau berkata ia sesuatu yang luar biasa, apabila Rosli bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan pada hari Jumaat, iaitu hari cuti umum bagi Terengganu.

Selain itu, katanya, tiada sebarang pertuduhan yang dibuat sehingga kini dan Rosli dilaporkan dibebas dengan ikat jamin.

Agensi Bernama yang tidak menyebut nama Rosli melaporkan, ADUN Terengganu berserta dua lagi rakannya dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.

Peguam bela Adun terbabit, Syed Azimal Syed Abu Bakar, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini adalah hari cuti di Terengganu.

Sebelum itu, Syed Azimal berkata, anak guamnya telah dibawa ke Hospital Daerah Kemaman pagi tadi untuk tujuan pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit dada.

Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dengan menaiki tiga buah kenderaan, dan dua daripada mereka termasuk Adun itu, dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

Mereka meninggalkan mahkamah jam 11.30 pagi.

Perkarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan sanak saudara ketiga-tiga tertuduh sejak awal pagi lagi.

Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

p/s: Rohana Nursery dan saudara razilah apa khabar?

Tuesday, August 4, 2009

1malaysia - Adun Kemasek ditahan SPRM?

Hahaha.. Yb lepak kt Awana kijal?ada apa?minum saja ka?hahaha.. Panas panas.. Sekarang sudah heboh diperkatakan dari warong kopi hingga ke ladang sawit.. YB 'ir' itu makan komisyen 10%.

Amacam?ada betul ke?hahhahaha

Pilihan raya pulak laa kite... Warga felda kali ni mintak sangat bukakan minda... (bapak mertua ana pun x kecuali..hehe..)

P/s: tapikan.. X mustahil beliau tidak didapati bersalah... Duit tu..mungkin duit orang kasi derma utk masjid...kan kan??hahaha



Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger