Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, February 16, 2009

Kerajaan Baru BN Perak di ambang kehancuran


" Kerajaan Kudeta BN Perak semakin menuju ke jalan mati. Perkembangan akhir-akhir ini semakin menjerut leher mereka yang memulakan drama rampasan berdasarkan nasihat undang-undang yang salah. Perasaan tamak dan ingin menguasai kerajaan Perak dengan apa cara sekalipun telah meletakkan mereka tersungkur di Perak lebih awal daripada yang dijangka.

Setelah sepuluh hari berlalu, peristiwa rampasan kuasa itu akan berakhir tidak lama lagi. Ketenangan, ketabahan dan kebergantungan DS Nizar dan penyokong yang mermunajat dan solat hajat kepada Raja segala Raja, Allah SWT telah menampakkan kesannya.

Antara perkembangan menarik ialah Speaker DUN Perak telah menghantar notis saman kepada MB baru dan exconya untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini.

Speaker juga mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN

Speaker boleh mengambil tindakan ke atas Zambry dan barisan exconya seperti menggantung keahlian dewan kesemua yang terlibat tanpa gaji seperti mana yang pernah berlaku ke atas Teng Chang Khim pada April 25, 2005, dimana beliau telah digantung dari Dewan Undangan Selangor setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker Datuk Seri Onn Ismail waktu itu.

3 ADUN lompat pula telah dianggap meletak jawatan oleh Speaker DUN. Sudah tentu mereka tidak akan dibenarkan masuk ke dalam persidangan DUN.

Rakan Bebas MB baru iaitu YB Osman Jailu pula menghadapi masalah di mahkamah kerana menipu hakim ketika kesnya dibicarakan kononnya tidak hadir kerana dirawat di HKL, sedangkan Pengarah HKL menafikan Osman pernah dirawat di situ.

Ujian terbesar menguji kesahihan kerajaan baru itu ialah kes yang telah difaikan terhadap MB baru oleh DS Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. DS Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Semua halangan dan kekusutan itu boleh dirungkai dengan pembubaran DUN. Jika tidak, rakyat akan semakin marah. Kemarahan rakyat tidak akan dapat dipadam hanya dengan gula-gula pembangunan dan sekatan oleh Polis . Pemimpin UMNO perlu keluar dari tabir Istana untuk berdepan dengan rakyat di pentas pilihanraya semula!


dipetik dari

http://rajasedaka.wordpress.com

terima kasih...

Media Arus Perdana Tidak Pernah Belajar dari Kesilapan

" Suasana iklim politik Malaysia semakin hangat terutama akhir-akhir ini berkaitan dengan krisis di Perak dan isu penderhakaan kepada raja. Ianya menjadi isu utama dalam topik-topik pebincangan oleh kelompok-kelompok rakyat Malaysia. Ianya bagai candu yang merasa kekurangan bila tidak dibincangkan dan menjadi kepuasan bila diperkatakan.

Banyaklah isu-isu dan polimik dibangkitkan dan menjurus kepada pembelaan kepada fahaman politik masing-masing. Pendukung-pendukung parti politik tertentu, sudah tentu berminat membela parti masing-masing. Andai kata kedua kolompok ini terduduk diatas meja yang sama, sudah tentu pembincangan semakin hanggat.

Adakah BN tahu bahawa pembincangan-perbincangan tidak rasmi ini, menyumbang besar kepada penambahan sokongan rakyat kepada PR?

Mungkin pemimpin-pemimpin BN tidak menyedari bahawa pembincangan-perbincangan di dalam kelompok-kelompok masyarakat seperti di pejabat dan di warung-warung dan di forum-forum internet sepeti Tranungkite ini, banyak dimonopoli oleh pembangkang. Ini disebabkan mereka mempunyai fakta-fakta yang dianggap 'baru' atau sensasi dan tidak pernah diketahui oleh mana-mana pihak sebelum ini. Bahkan ramai penyokong-penyokong BN sendiri terngangga dengan fakta-fakta ini. Oleh kerana pembangkang mempunyai fakta-fakta yang hebat dan sensasi, maka hujah-hujah panas daripada pihak PR sentiasa mendapat sokongan.

Antara faktor utama ialah, isu yang BN ketengahkan di medan-medan perbincangan dianggap basi dan sampai tahap 'muak'. Apa tidaknya, saban saat, media-media arus perdana, dengan media cetak dan eloktronik, menyebarkan berita-berita dan isu-isu yang dibangkitkan, sehingga kadang-kadang rakyat terlebih maklumat sehingga sampai tahap meloyakan.

Tetapi, berlainan pula dengan isu-isu atau fakta-fakta dari mulut pembangkang, ianya sentiasa kelihatan hanggat dan 'latest'. Ianya menjadi menarik bila didedahkan dan menjadi hangat bila dibincangkan, dihiasi pula dengan hujah-hujah pembangkang yang berapi-api. Maka kelompok-kelompok rakyat dari pembangkang selalu mendemonasi perbincangan. Ramai penyokong BN sendiri kadang-kadang terkedu, kerana fakta-fakta yang keluar dari mulut pembangkang tidak pernah didengar sebelum ini.

Adakah fakta-fakta dari PR itu benar-benar hebat? Tidak juga, ianya hanya nampak hebat kerana tidak didedahkan kepada umum oleh media-media arus perdana. Jadi telinga-telinga yang normal merasa teruja bila mendengarnya. Kita semua maklum, dengan dasar langit terbuka, dengan penagaruh blog dan laman-laman sesawang, maklumat-maklumat disebar menyeluruh dan pantas memasuki setiap pejabat dan rumah yang mempunyai talian Internet.

Misalnya, mari kita belajar dari isu krisis di Perak. Saban hari media-media perdana mendedah isu yang dibawa oleh BN merangkumi soal pembelian DUN sehingga soal penderhakaan kepada raja.Rakyat yang semakin bijak, terutama golongan muda berpelajaran akan tertanya-tanya, bagaimana pula jawapan dan pandangan dari pihak PR berkaitan isu ini. Mereka kadang-kadang menggigil-gigil hendak tahu, apakah ulasan dari bekas MB Perak tetang krisis di Perak?. Mereka juga ingin tahu apa ulasan Anwar Ibrahim berkaitan isu penderhakaan kepada Sultan. Mereka hampa kerana tidak dapat menilai isu ini dari sudut yang lain. Pihak Media Perdana terus menutup semua maklumat-maklumat dari PR dari didedahkan kepada umum.

Maka, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini telah kedahagaan maklumat.

Paling menyedihkan, saban malam kita melihat Buliten Utama, jika pembangakang memberi ulasan, dipotong dan ianya tergantung dengan ayat yang tidak lengkap dan akan mengundang tandatanya. Bagitu juga dengan laporan dari dewan rakyat di TV1. Hujah-hujah pembangkang di parlimen dipotong dan tidak tersiar. Rakyat akan garu dan ketuk kepala. Mereka hendak mendengar ulasan yang lebih berani dan segar dari pihak lain. Mereka muak mendengar hanya ulasan dari mulut Hamid Albar sahaja, jika isu itu yang berkaitan dengan ISA.

Dengan perasan kecewa dan bengang, golongan ini membuka internet atau mengunjungi cyber-cyber kafe untuk melihat segala permasalahan dari sudut pandangan yang lagi satu. Maka tidak hairanlah, dengan krisis politik Perak, Kafe-kafe cyber menjadi penuh dan ramai dikunjungi oleh golongan dewasa yang dahagakan maklumat. Apabila mereka memasuki alam maya dengan membaca laman-laman sesawang pembangkang dan melihat visual ceramah-ceramah melalui u tube dan blog-blog, maka hati mereka pun berkata "ooo, bagini rupanya , rupa-rupanya Buletin Utama 'kelentong' aku selama ini" maka secara automatik, dari keadah ini ramai pembenci-pembenci BN telah tercipta.

Satu lagi fenomena, yang harus diambil berat oleh BN dan Media Arus Perdana ialah majoriti rakyat mengaggap Media Perdana adalah 'pembohong besar'. Sentimen ini disebar oleh pembangkang dan ada asasnya kerana pembohongan kelihatan terlalu ketara terutama maklumat berkaitan 'angka'. Contohnya, orang yang mengahadiri ceramah Anawar Ibrahim seramai 15 000 orang, maka dalam media arus perdana di bagi fakta "ceramah Anwar Ibrahim kurang mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 5000 orang penyokongnya sahaja". Dizaman serba canggih ini, harus diingat, pembohongan sukar disembunyikan. Maka secara automatik rakyat tidak mempercayai maklumat-maklumat yang datang dari media arus perdana. Kadang-kadang media kerajaan ni 'tolol' juga, walaupun hendak berbohong, biarlah berpada-pada.

Apakah yang perlu dilakukan BN untuk menangani isu ketidakpercayaan rakyat pada media kerajaan dan kebanjiran rakyat mengunjungi media altanatif?

Jawapannya mudah sahaja, jadikan semua media-media sebagai penyalur maklumat kepada semua pihak. Kerana, apabila maklumat dan fakta didapati di media-media arus perdana, rakyat tidak lagi 'kemaruk' masuki laman sesawang dan secara automatik maklumat-maklumat pembangkang menjadi basi dan tidak mempunyai nilai 'sensasi'.

Apa perlu ditakutkan untuk mendedahkan maklumat-maklumat dari pembangkang. BN perlu membuka minda, bersifat 'ganttleman' dengan berani bersaing dengan pembangkang ditengah-tengah masyarakat. Penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin BN perlu ada 'telor', bukan hanya berani berhujah di dalam 'Buliten Utama' sahaja, bahkan mereka juga perlu mengadakan 'Road Show" dan ceramah-ceramah seperti yang diamalkan oleh pembangkang.

Apa perlu takut untuk menyiarkan ulasan-ulasan dari Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Guan Eng? Fahamilah bahawa fakta adalah fakta yang akan terus tergantung dan ianya tidak akan memihak kemana-mana jika tidak diberi ulasan dan kesimpulan. Dari segi ulasan dan kesimpulan inilah, media-media boleh mengambil kesempatan mematahkan hujah-hujah atau fakta-fakta yang keluar dari mulut-mulut pembangkang. Jadi, secara tidak langsung penyokong-penyokong BN berjaya dibentuk.

Maka, dengan ini juga terbentuklah kelompok-kelompok masyarakat yang seimbang keperluan maklumatnya. Dengan ini pembincangan di warong, pejabat dan forum-forum cyber akan menjadi seimbang dan juga boleh dimonopoli oleh orang-orang BN, kerana oarang-orang BN sudah bersedia dengan fakta-fakta yang didedahkan kepada umum dan juga fakta-fakta yang telah 'basi' dari PR.

Kesimpulannya, bagi pendapat saya, media arus perdana merupakan senjata BN. Senjata untuk membantu menjadikan BN kuat atau mungkin juga akan memakan diri sendiri. Maklumat yang disekat dari memasuki minda rakyat, boleh menyebabkan rakyat memberontak dan beralih kepada media-media altanatif. Maka, secara tidak langsung lebih ramai rakyat memihak kepada PR dan tidak mempercayai media perdana. BN perlu berani bersikap terbuka. Media prokerajaan seperti TV3 suku terutamanya, janganlah ketara sangat menjadi 'pencacai' BN. Nanti rakyat semakin loya dan meluat!!!

Note: Artikal ini saya tulis kerana kesian tengok BN yang terus jatuh lantaran kelakuan Media-media Arus Perdana, terutama TV3 yang bodoh dan meloyakan!!!! [mankip - terjah.com]

tulisan:
mankip

Sumber:
www.terjah.com

Najib ohh Najib


Menculik Wakil Rakyat Adalah Salah Dalam Islam- Nik Aziz


credit:

Pinkturtle

Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13 - Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut. ..click sini...utk selanjutnya

------------------

Aku amat bersetuju sekali dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Guru ini.hahaha
kita tunggu je nanti ape kejutannya..... dari abang dollah badawi kita itu...
dan najib.. ko dah boleh start packing baju baju utk ke mongolia...... hahahaha......
barulah glokal beb.......

Kenyataan media Elizabeth Wong


Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

* Sejak bila, sesaorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.

* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.

* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.


kes Altantuya ...

Peguam: Bicara semula kes Altantuya
Feb 16, 09 11:55am

Peguam seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menimbulkan sedikit kegemparan apabila memohon Abdul Razak Abdullah Baginda dibicarakan semula.

Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili koperal Sirul Azhar Umar, dalam hujahnya, meminta agar ketiga-tiga tertuduh asal kes itu - termasuk penganalisis politik itu yang dibebaskan tanpa diminta membela diri - dibicarakan semula.

Seorang lagi tertuduh ialah cif inspektor Azilah Hadri - kedua-dua anggota polis ini daripada Unit Tindakan Khas (UTK).

Kamarul Hisham menyatakan demikian ketika menyampaikan hujahan di akhir kes pembelaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM: Peguam tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar, memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam mengisytiharkan bahawa perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, adalah tersilap dan meminta supaya perbicaraan semula diadakan.

Kamarul Hisham Kamaruddin yang berhujah di akhir kes pembelaan, berkata anak guamnya perlu dbebaskan daripada tuduhan mebunuh Altantuya atau secara alternatifnya mahkamah boleh mengisytiharkan pebicaraan kes itu silap dan diadakan perbicaraan semula
.

-berita hairan 16/02/2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090216112048/Article/index_html

--------------------------------------
komen...aku

hahahaha... Adakah ini satu konsprirasi bagi menghalang Najib menjadi Perdana Menteri ?
 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger