| MENURUT  Seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan)1980. Yang di-Pertuan Agong dengan  ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan bagi Yang di-Pertua Dewan  Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah dinyatakan atas kadar-kadar dan  syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini; |               
  |              Akta 237  |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               1. ELAUN KERAIAN               Elaun ini layak dibayar sebanyak RM9,860 sebulan              1A. PEMBERIAN PELANTIKAN              Pemberian  Pelantikan berjumlah RM10,000 layak dibayar bagi sekali pelantikan  sahaja. Jika telah menerima pemberian semasa dilantik sebagai Timbalan  Yang di-Pertua, adalah layak diberi beza pemberian bagi Yang di-Pertua  dan Timbalan Yang di-Pertua.               |               
  |                                           ST 49/10        mdt. 1.5.10                              ST 49/10        mdt. 1.5.10                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               2. KEDIAMAN RASMI               a)  Disediakan rumah Kerajaan dengan penuh kelengkapan dan diselenggarakan percuma.              b)  Jika tidak disediakan rumah Kerajaan. Elaun  Rumah layak dibayar seperti berikut:              (i) jika mendiami rumah sendiri, dibayar Elaun Rumah sebanyak RM4,000 sebulan;              (ii)  jika mendiami rumah yang disewa, dibayar sewa rumah terus kepada  empunya rumah atau kepada Yang di-Pertua tetapi tidak melebihi RM4,000  sebulan.              c) Layak dibekalkan satu set pinggan mangkuk untuk 50 orang              (d) Sebagai  kenangan-kenangan, Yang di-Pertua dibenarkan untuk mengekalkan satu set  peralatan pinggan mangkuk untuk kegunaan 50 orang yang dibekalkan  kepada mereka, apabila mereka bersara atau tamat tempoh perkhidmatan.  Pemberian ini hanya diberi sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan  dengan Kerajaan. Kerajaan tidak bertanggungjawab membuat sebarang  penggantian ke atas peralatan ini sekiranya berlaku sebarang kerosakan  selepas mereka tamat perkhidmatan              2A. ELAUN MENYELENGGARA RUMAH              Elaun ini layak dibayar sebanyak RM10,000 setahun                        |               
  |                                                                                        ST 49/10        mdt. 1.5.10                                   ST 49/10        mdt. 1.5.10                                                               ST 49/10        mdt. 1.5.10                                                               ST 49/10        mdt. 1.5.10                                                                                               ST 49/10        mdt. 1.5.10                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               3. ELAUN PEMBANTU RUMAH               Layak  dibayar elaun pembantu rumah secara bulanan sebanyak RM2,500 atau  dibekalkan dengan 4 orang pembantu rumah termasuk seorang tukang kebun.               |               
  |                              ST 49/10        mdt. 1.5.10                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               4. BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK              Layak dibekalkan dengan percuma bekalan air dan elektrik bagi kediaman rasmi atau tempat kediaman.               |               
  |                                      
  |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               4A. BEKALAN GAS MENGGUNAKAN METER DAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN              Layak  dibekalkan dengan percuma bekalan gas menggunakan meter dan  perkhidmatan  pembentungan bagi kediaman rasmi atau tempat kediaman                   |               
  |              ST 176/07 mdt. 1.1.07 |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               5. TELEFON               (a) Bagi kediaman rasmi / tempat kediaman :               (i) diperuntukkan dua talian terus               (ii) bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut ditanggung oleh Kerajaan               (iii) bayaran panggilan telefon ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan              (b) Bagi Pejabat di Kawasan Pilihan Raya bagi Ahli Dewan Rakyat atau tempat kediaman asal bagi Ahli Dewan Negara               (i) dibekalkan dengan satu telefon talian terus               (ii) bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut ditanggung oleh Kerajaan.               (iii) bayaran  panggilan telefon atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen ditanggung  oleh Kerajaan tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM400 sebulan.                        |               
  |                                                          ST 49/10        mdt. 1.5.10                                                                                                                ST 176/07 mdt.1.1.07               |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               (c) Telefon Bimbit               (i) Yang di-Pertua layak dibekalkan dengan suatu telefon bimbit yang berharga tidak melebihi RM3000 termasuk aksesori.              (ii) semua bayaran yang berhubung dengan pembelian, pendaftaran, laluan dsb. ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan           (iii) telefon bimbit itu tidak boleh digantikan lebih awal daripada 3 tahun dari tarikh pembelian              (iv) Yang di-Pertua bebas untuk mendaftar dengan mana-mana syarikat telefon/telekomunikasi              (v) Yang  di-Pertua layak diberi semua kemudahan asas dan kemudahan berbayar yang  lain yang disediakan oleh syarikat telefon/telekomunikasi              (vi) caj  bagi panggilan daripada telefon bimbit yang dilakukan berkenaan dengan  urusan rasmi ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada maksimum sebanyak  RM1,000 sebulan.               |               
  |              ST 101/01 mdt. 1.1.01 |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               6. ELAUN HIDUP HARIAN SEMASA BERTUGAS RASMI               |               
  |               
  |          
                       
  |               
  |          
                      |               a)  Elaun ini dibayar  atas kadar RM230 bagi tiap-tiap 24 jam atau  sebahagian darinya, sekiranya tugas  rasmi tersebut dilakukan di luar  Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan 32 km (20  batu dari pejabat  tempat bekerja).                                                   b)  Sekiranya tugas  rasmi tersebut dilakukan di luar Malaysia, elaun ini  dibayar  atas kadar RM400 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya.               |               
  |              ST 176/2007 mdt.1.1.07 |          
                      |                         
  |               
  |               
  |          
                      |               7. PERBELANJAAN MAKAN SEMASA BERTUGAS RASMI               a)  Perbelanjaan Makan yang sebenar disokong dengan resit  layak dituntut  semasa menjalankan tugas rasmi di luar  Kuala Lumpur iaitu di luar  lingkungan 32 km (20  batu) dari pejabat tempat  bekerja.                       b) Jika  bertugas  rasmi di luar Malaysia,  Perbelanjaan Makan yang sebenar  disokong dengan resit layak dituntut.              8. SEWA HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERTUGAS RASMI               a)  Bayaran  Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di  luar lingkungan 32 km  (20 batu) dari pejabat tempat bekerja dan  memerlukan bermalam di luar tempat kediaman, adalah atas perbelanjaan  sebenar termasuk bayaran perkhidmatan (service charge) dan cukai  perkhidmatan yang terwajib berkaitan  dengan sewa hotel itu dan  hendaklah disokong dengan resit.                b) Bayaran  Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar  Malaysia adalah sebanyak perbelanjaan sebenar dan hendaklah disokong  dengan resit. Bayaran perkhidmatan  (service   charge),  cukai  dan    lain-lain bolehlah dikira sebagai sebahagian dari kadar bayaran sewa  hotel itu.              9. BELANJA PELBAGAI               Belanja Pelbagai bagi perjalanan semasa menjalankan tugas rasmi layak dituntut seperti berikut:              a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta rasmi;              b) bayaran telefon dan telegram atas urusan rasmi;              c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa  menginap  di hotel;              d) bayaran    cukai   lapangan   terbang    yang   disokong dengan  resit;              e) bayaran  "excess   baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong denqan resit:              f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll"  yang disokong dengan resit;              g) 3% daripada jumlah  tuntutan perjalanan di luar Malaysia  sebagai ganti rugi berkaitan penukaran mata wang asing.              10. BAYARAN "TIPS" SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR MALAYSIA               Bayaran bagi perbelanjaaan "tips" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia layak  dituntut sebanyak seperti berikut:              a)tidak  melebihi RM400 sehari;  atau                                                                                                                                                   b) jika tinggal di rumah kediaman rasmi yang disediakan oleh  negara yang menjadi tuan rumah, sebanyak perbelanjaan  "tips" yang  sebenar dibayarkan.              11. KELAYAKAN PERJALANAN               a)  Bagi perjalanan rasmi dengan menaiki kapal terbang, Yang di-Pertua  dan  juga isteri (jika mendapat kebenaran)  layak dibekalkan tiket kapal  terbang kelas satu.              b) Yang di-Pertua layak dibekalkan dua Pas Keretapi Percuma bagi kelas satu termasuk tempat tidur bagi diri sendiri dan isteri.              c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan istimewa adalah diberi.               |               
  |                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 ST 176/2007 mdt.1.1.07               |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               12. KERETA RASMI               a)  Kereta  rasmi, jenis Proton Perdana V6  Executive                               Standard Edition, yang  dilengkapi dengan radio dan pendingin udara, hendaklah dibekalkan.    Kereta rasmi yang dibekalkan ini tidak boleh digantikan lebih awal  daripada sekali dalam tiap-tiap empat tahun.              b)  Yang di-Pertua diberi keistimewaan, sekali dalam perkhidmatannya dengan  Kerajaan, untuk membeli kereta yang pernah  digunakannya sebagai kereta  rasmi mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh  Kementerian Kewangan. Kereta itu hanya boleh dibeli pada masa Yang   di-Pertua menamatkan  perkhidmatannya.              12A. PENGGUNAAN KENDERAAN PERIBADI UNTUK TUGAS RASMI                      Yang  di-Pertua yang menggunakan kenderaan peribadi semasa menjalankan tugas  rasmi adalah dibenarkan menggunakan kemudahan bekalan petrol/bahan api  yang disediakan oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :                       (i) kemudahan  bekalan petrol/bahan api yang dibekalkan oleh Kerajaan hanyalah untuk  kenderaan peribadi yang didaftarkan atas nama Yang di-Pertua sendiri;           (ii) kenderaan peribadi tersebut hendaklah didaftarkan dengan Parlimen Malaysia; dan           (iii) kemudahan bekalan petrol/bahan api yang dibekalkan  oleh Kerajaan hanya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja termasuk lawatan  ke kawasan pilihan raya masing-masing.                           |               
  |                                           ST. 101/01 mdt. 1.1.01                                                                           ST 49/10        mdt. 1.5.10                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               13. PEMANDU KERETA               (a) Elaun Pemandu Kereta              Yang  di-Pertua layak dibayar Elaun Pemandu Kereta bulanan bersamaan dengan  gaji dan syarat-syarat perkhidmatan pemandu kereta Kerajaan bagi dua  orang pemandu kereta termasuk apa-apa faedah kewangan seperti yang  dibayar atau diberikan kepada pemandu kereta Kerajaan atau sebagai  alternatif layak dibekalkan dengan dua orang pemandu kereta Kerajaan.         .              b) Elaun bagi membekalkan pakaian seragam              Jika  tidak dibekalkan dengan pemandu  kereta Parlimen,  Yang di-Pertua layak  diberi peruntukan bagi tujuan membekalkan pemandu kereta dengan:                         (i)  3 pasang pakaian  seragam baju/seluar;                         (ii) 2  pasang kasut.               |               
  |                                           ST 49/10        mdt. 1.5.10               |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               c) Elaun Makan/ Elaun Harian bagi pemandu kereta              Jika  Yang di-Pertua menggaji pemandu  kereta sendiri bagi kereta rasmi itu  dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu  kereta rasmi semasa  menjalankan tugas rasmi di luar pejabat tempat bekerja, Yang di-Pertua  layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian bagi pemandu kereta itu  bersamaan dengan  Elaun Makan atau Elaun Harian bagi pemandu kereta  Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat seperti yang terdapat  dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan   kepadanya.               |               
  |              ST.172/2003 mdt.1.6.2003 |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               d) Elaun bagi bayaran  Sewa Hotel/ Elaun Lojing bagi pemandu kereta              Jika  Yang di-Pertua menggaji pemandu  kereta sendiri bagi kereta rasmi itu  dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu kereta rasmi semasa  bermalam menjalankan tugas rasmi di luar pejabat tempat bekerja, Yang  di-Pertua layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi  pemandu kereta itu bersamaan dengan Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing  bagi pemandu kereta Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat  seperti yang terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan  atau  apa-apa pindaan kepadanya.              e) Elaun Caruman Syer Majikan kepada K.W.S.P.              Elaun  Caruman Syer Majikan kepada  K.W.S.P. bersamaan  dengan caruman bulanan  majikan yang telah dibayar oleh Yang di-Pertua bagi faedah pemandu  kereta rasminya layak dituntut kembali sebagai elaun bulanan.              f) Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi.              Elaun  Sagu hati Pemandu kereta Rasmi layak dibayar kepada Yang di-Pertua bagi  faedah pemandu kereta rasminya atas syarat-syarat dan perkiraan seperti  berikut:              (i)  pemandu kereta  rasmi yang layak ialah yang akhir berkhidmat  dengan  Yang di-Pertua pada tarikh tamat  perkhidmatan atau kematian Yang  di-Pertua sewaktu dalam perkhidmatan;              (ii)  banyaknya Elaun  Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi Yang layak dibayar  ialah bersamaan dengan 17 1/2% daripada elaun bulanan pemandu kereta  rasmi yang akhir dibayar kepada Yang di-Pertua bagi tiap-tiap bulan  perkhidmatan yang tidak terputus oleh pemandu berkenaan;              (iii)  caruman syer  majikan kepada K.W.S.P. serta faedah atasnya hendaklah  ditolak daripada jumlah Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi itu sebelum  bayaran dilakukan;              (iv)  Elaun ini adalah  layak dibayar kepada Yang di-Pertua selepas tamat  perkhidmatannya atau terus kepada pemandu kereta rasmi berkenaan jika  Yang di-pertua telah meninggalkan dunia semasa dalam perkhidmatannya.              14. ELAUN PAKAIAN PANAS               Yang  di-Pertua yang menjalankan tugas rasmi di luar Malaysia di negara  beriklim sederhana adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas atas kadar  RM6,000 sekali dalam tempoh 3 tahun, dengan syarat tuntutan tersebut  dibuat sebelum pergi ke luar Malaysia atau selewat-lewatnya satu bulan  selepas  balik ke Malaysia.              15. ELAUN PAKAIAN RASMI ISTIADAT               Elaun Pakaian Rasmi Istiadat layak dibayar sebanyak RM1,500 sekali dalam tempoh 3 tahun.               |               
  |                            ST.172/2003 mdt.1.6.2003                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           ST 49/10        mdt. 1.5.10                                                     ST 49/10        mdt. 1.5.10                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               15A. BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE              Yang  di-Pertua layak dibayar Bantuan Bayaran Pakaian “ Black Tie” sehingga  had maksimum RM1,500 sekali dalam tempoh 3 tahun mengikut syarat-syarat  Bantuan Bayaran Pakaian “ Black Tie”  Anggota Perkhidmatan Awam atau  apa-apa pindaan terhadapnya                       15B.  Yang Di-Pertua layak di bayar Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi  iaitu Pakaian Kebangsaan atau Dark Lounge Suit  bagi lelaki atau pakaian  yang bersesuaian bagi wanita sebanyak RM1,500 sekali dlm tempoh 3 tahun  mengikut terma  dan  syarat Bayaran  Pakaian   Menghadiri Upacara Rasmi  Anggota Perkhidmatan  Awam  atau apa-apa pindaan terhadapnya.                    16. KEMUDAHAN MERAIKAN PELAWAT               Yang di-Pertua diberi kemudahan meraikan pelawat atas kadar-kadar dan syarat-syarat seperti berikut;               |               
  |                                           ST.176/2007 mdt.1.1.2007               |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               a) Bagi Makan Tengahari              Tidak melebihi RM120 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman7               |               
  |              ST.176/2003 mdt.1.1.07 |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               b) Bagi  Makan Malam                     Tidak melebihi RM150 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman               |               
  |                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               c)  Bayaran   perkhidmatan  (service charge) cukai dan lain-lain bayaran  yang diwajibkan berhubung dengan perenggan kecil (a) (b) di atas  bolehlah dikira sebagai tambahan kepada kadar maksimum.              d)  Erti kata "pelawat" ialah orang-orang kenamaan atau rombongan rasmi  baik dari luar Malaysia ataupun dalam negeri yang diakui terwajib  diraikan secara rasmi berkaitan dengan urusan Kerajaan.              17. SURAT-MENYURAT               Layak  menghantar surat  atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen secara  percuma di dalam Malaysia menurut peraturan seperti ditetapkan oleh  Jawatankuasa Dewan Parlimen.              18. WARTA KERAJAAN               Dibekalkan  percuma di pejabat Kawasan Pilihan raya bagi Ahli Dewan Rakyat atau  tempat kediaman bagi Ahli Dewan Negara satu naskhah Warta Kerajaan  Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa.              19. LENCANA KERETA               Satu lencana kereta percuma layak  dibekalkan untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.              20. LESEN PERCUMA SENJATA API               Lesen percuma bagi satu senjata api yang didaftarkan atas nama sendiri adalah dibekalkan.              21 . LESEN PERCUMA KERETA MOTOR               Satu lesen percuma kereta bermotor layak dibekalkan bagi sebuah kereta yang didaftarkan atas nama sendiri.              22. KAD YANG DI-PERTUA               Satu Kad Yang di-Pertua percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.              23. CUTI REHAT               Bagi  setahun  perkhidmatan, Yang di-Pertua layak mendapat cuti rehat  sebanyak 30 hari  tidak termasuk hari-hari kelepasan mingguan atau hari  cuti am. Dengan kebenaran Perdana Menteri, baki cuti rehat boleh dibawa  ke tahun berikutnya dengan syarat jumlahnya bagi sesuatu tahun berkenaan  menjadi tidak melebihi kelayakan cuti bagi 2 tahun.               |               
  |               
  |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               23A. KEMUDAHAN CUTI LAUT REHAT DI SEBERANG               a)   Yang di-Pertua layak mendapat kemudahan tambang berbayar untuk bercuti  rehat di seberang laut sekali dalam tiap-tiap tahun, iaitu tambang kapal  terbang kelas satu untuk 2 orang dan kelas ekonomi untuk 3 orang anak  tanggungan tetapi kemudahan itu tidak boleh melebihi tambang bagi  perjalanan pergi balik di  antara Kuala Lumpur dan London.              b)  Yang di-Pertua boleh dibayar sebanyak RM 2000 sehari bagi  bayaran  penginapan, tanpa bukti resit, bagi cuti rehat  di seberang laut.              c) Kemudahan  ini hendaklah diberikan setelah  perkhidmatan Yang di-Pertua genap setahun.              23B. CUTI DALAM NEGERI BAGI MENGGANTIKAN KEMUDAHAN CUTI SEBERANG LAUT              (a) Yang  di-Pertua serta isteri atau suami layak diberi kemudahan tambang kapal  terbang kelas satu dan kelas ekonomi bagi 3 orang anak yang masih dalam  tanggungan Yang di-Pertua. Tambang kapal terbang untuk perjalanan itu  atau wang tunai yang dibayar sebagai ganti harga tambang itu hendaklah  tidak melebihi bayaran tambang untuk perjalanan pergi dan balik di  antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dan sekiranya diterima wang tunai,  wang tunai itu hendaklah digunakan hanya bagi maksud cuti dalam negeri  dalam tahun berkenaan. Bagi maksud kemudahan ini, anak-anak yang masih  dalam tanggungan Yang di-Pertua ialah mereka yang berumur di bawah 21  tahun pada tarikh cuti tersebut bermula. Kemudahan ini diberikan hanya  sekali dalam setahun.                       (b) Yang  di-Pertua boleh dibayar sebanyak RM300 sehari bagi maksud bayaran  penginapan, tanpa memerlukan resit, bagi cuti dalam negeri, walaupun  lebih daripada sekali dalam setahun dengan syarat jumlah hari cuti yang  diambilnya tidak melebihi kelayakan cuti tahunannya. Elaun itu tidak  boleh dibayar jika beliau memilih untuk menginap di rumah Kerajaan.              (c) Kemudahan ini diberi setelah perkhidmatan genap setahun.              (d) Yang  di-Pertua tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Dalam Negeri Bagi  Menggantikan Cuti Seberang Laut sekiranya Kemudahan Cuti Rehat Seberang  Laut telah diambil.                       24. KEMUDAHAN PERUBATAN               a)  Diberi kemudahan rawatan dan perubatan secara percuma, dikecualikan  daripada bayaran wad di hospital-hospital serta klinik-klinik Kerajaan  dan berkelayakan mendapat tempat di dalam wad kelas satu bilik khas  (jika ada kosong); melainkan di dalam keadaan  kecemasan   di mana Yang   di-Pertua itu terpaksa mendapatkan rawatan dan perubatan di sesuatu  hospital atau klinik swasta (tetapi  tidak termasuk rawatan pergigian),  bayaran mengenainya serta  bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan.              b)  Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas rasmi, Kerajaan  akan membayar balik sepenuhnya bayaran rawatan dan perubatan termasuk  bayaran wad di hospital  tetapi tidak termasuk rawatan pergigian.              c)  Yang di-Pertua yang memerlukan rawatan khas di luar Malaysia layak  mendapat kemudahan  atas syarat-syarat  yang sama seperti dinikmati oleh  pegawai Kerajaan.              d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga kepada keluarga Yang di-Pertua. Bagi maksud ini keluarga bermakna:              (a) isteri atau suami;              (b)  anak yang  ditanggung sepenuhnya oleh Yang di-Pertua dan berumur di  bawah 21 tahun kecuali anak-anak  yang daif disebabkan oleh kelemahan  otak atau jasmani yang mana had umur ini tidak  dipakai.               |               
  |                                           ST 30/97 mdt 1.1.1996                                            ST 49/10        mdt. 1.5.10                                     ST 49/10        mdt. 1.5.10                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               25. PINJAMAN KERETA               a)  Yang  di-Pertua layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum  RM160,000 bagi pembelian kereta nasional atau pembelian kereta lain  daripada kereta nasional untuk sekali dalam tempoh 5 tahun dengan  dikenakan bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan  yang belum selesai.              b)  pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan  bayaran yang   sama  banyak jumlahnya   pada tiap-tiap bulan dalam masa   tidak melebihi 72 bulan bagi sebuah kereta  yang baru dan 60 bulan bagi  kereta   yang sudah dipakai  atau sebelum tamat tempoh perkhidmatan  sebagai  Yang di-Pertua.              c)  Syarat-syarat dan peraturan-peraturan lain mengenai pinjaman kereta  bagi Yang di-Pertua adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan  Parlimen.               |               
  |                                           ST.176/2007 mdt.1.1.2007               |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               26. PINJAMAN PERUMAHAN               a) Yang di-Pertua layak memohon pinjaman perumahan sehingga maksimum RM720,000 bagi maksud- maksud seperti berikut:              (i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;              (ii) membina rumah di atas  tanah sendiri;              (iii) membeli tanah dan  terus membina rumah;              (iv)  menyelesaikan pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman yang diambil  dari bank atau punca-punca lain yang disahkan oleh Kerajaan;              (v)  membeli tanah sahaja dengan syarat kadar pinjaman adalah separuh  daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi apabila hendak  mendirikan rumah atas  tanah itu.              b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.              c) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:              (i) bagi jenis  pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv), tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 25  tahun;              (iii) bagi membeli  tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 12 tahun.              d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan kelengkapan rumah yang dipasang tetap.              e)  Syarat-syarat  dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan  adalah seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan  Bilangan 5/1980.               26A. BAYARAN PERPINDAHAN RUMAH              Layak  menuntut Bayaran Perpindahan Rumah jika berpindah ke rumah yang dibeli  melalui Skim Pinjaman Perumahan atau berpindah ke rumah Kerajaan atau  rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan atau sebaliknya secara  sekaligus sebanyak RM5,000.                       27. PERBELANJAAN MENGENAI MEMEGANG/ MELEPASKAN JAWATAN.               Apabila  Yang di-Pertua Dewan Negara  atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat mula  memegang jawatan ataupun semasa melepaskan jawatan  sebagai Yang  di-Pertua Dewan Rakyat, perbelanjaan-perbelanjaan layak dituntut seperti  berikut:              a)  Tambang kapal terbang Kelas satu dari tempat mastautinnya ke Kuala  Lumpur (apabila mula memegang  jawatan) dan dari Kuala Lumpur ke tempat  mastautinnya (apabila melepaskan jawatan) bagi  diri dan isterinya. Bagi  anak-anak dan orang gaji yang diperlukannya layak menuntut tambang  kapal terbang kelas ekonomi, atau perbelanjaan pengangkutan awam atas  kadar sebenar.              b)  Perbelanjaan pengangkutan dan bungkus membungkus  termasuk upah buruh,  bayaran stor, insurans dan apa-apa  perbelanjaan lain yang perlu  ditanggungnya untuk mengemas dan menjaga keselamatan barang-barangnya  layak dituntut atas kadar sebenar.              c)  Layak menuntut atas kadar sebenar tambang pengangkutan kerana membawa  kenderaan kepunyaannya sendiri dari  tempat mastautinnya ke Kuala Lumpur  apabila mula dilantik atau dari Kuala Lumpur ke tempat mastautinnya  apabila melepaskan jawatan.              d)  Layak menuntut Perbelanjaan Makan dan Sewa Hotel atas  kadar sebenar  bagi dirinya, keluarga dan orang gajinya  sebelum berlepas ke Kuala  Lumpur dan sesudah  sampai di Kuala  Lumpur dan sebaliknya apabila  melepaskan jawatan. Dengan syarat bagi tempoh menginap  di hotel, Elaun  Rumah tidak akan dibayar.               |               
  |                                           ST 49/10        mdt. 1.5.10                       |          
                       
  |               
  |               
  |          
                      |               27A. PINJAMAN KOMPUTER              Yang  di-Pertua layak diberi pinjaman komputer mengikut amaun, terma-terma  dan syarat-syarat  yang terdapat dalam Pekeliling/Surat Pekeliling  Perbendaharaan mengenai Pinjaman Membeli Komputer bagi anggota  perkhidmatan awam.              27B. PEMBERIAN TAMAT PERKHIDMATAN                      Yang   di-Pertua layak dibayar Pemberian Tamat Perkhidmatan yang sama nilai  dengan Pemberian Pelantikan sebagai Yang di-Pertua. Bayaran ini layak  dibayar sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua.  Jika telah menerima pemberian semasa tamat perkhidmatan sebagai Timbalan  Yang di-Pertua, adalah layak diberi beza pemberian Yang di-Pertua dan  Timbalan yang di-Pertua.                       27C. PERBELANJAAN PERJALANAN SUAMI/ISTERI KEPADA YANG DI-PERTUA                      (a) Isteri/suami  kepada Yang di-Pertua yang mengiringi mereka semasa membuat lawatan  rasmi di dalam negeri dan ke luar negeri atau isteri/suami yang membuat  lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negeri atau di luar Kuala  Lumpur iaitu di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari kediaman rasmi,  adalah layak menuntut perbelanjaan seperti yang berikut :             (i) perbelanjaan tambang kapal terbang kelas satu;                (ii) perbelanjaan makan sebenar disokong dengan resit;             (iii) perbelanjaan sewa hotel sebenar yang disokong dengan resit, jika membuat lawatan rasmi secara bersendirian;                (iv) Elaun Hidup  Harian atas kadar 50% daripada kelayakan Yang di-Pertua dibayar  sekiranya membuat lawatan rasmi secara bersendirian;                (v) belanja Pelbagai menurut kelayakan Yang di-Pertua; dan                (vi) Elaun Pakaian Panas atas kadar 50% daripada kelayakan Yang di-Pertua.               (b) Isteri/suami Yang  di-Pertua dibenarkan mengiringi Yang di-Pertua bagi lawatan rasmi ke  luar negeri dengan syarat seperti yang berikut :                (i) bagi lawatan ke negara-negara ASEAN, tiada had tempoh lawatan; dan                (ii) bagi lawatan ke  negara selain daripada negara-negara ASEAN, tempoh lawatan hendaklah  melebihi 7 hari, termasuk hari perjalanan.               (c) Persetujuan  Perdana Menteri perlu diperoleh terlebih dahulu bagi lawatan rasmi  bersendirian ke luar negeri selain daripada negara-negara ASEAN.               (d) Di mana  isteri/suami mengiringi Yang di-Pertua, tuntutan perbelanjaan  perjalanannya hendaklah dikemukakan oleh Yang di-Pertua.            (e) Perbelanjaan perjalanan rasmi bersendirian hendaklah dituntut dari Parlimen Malaysia.              27B. PEMBERIAN TAMAT PERKHIDMATAN                      Yang   di-Pertua layak dibayar Pemberian Tamat Perkhidmatan yang sama nilai  dengan Pemberian Pelantikan sebagai Yang di-Pertua. Bayaran ini layak  dibayar sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua.  Jika telah menerima pemberian semasa tamat perkhidmatan sebagai Timbalan  Yang di-Pertua, adalah layak diberi beza pemberian Yang di-Pertua dan  Timbalan yang di-Pertua.                       27D. KEMUDAHAN PERSONAL DATA ASSISTANT (PDA)                      Yang  di-Pertua layak dibekalkan sebuah Personal Data Assistant (PDA) dengan  harga tidak melebihi RM3,500 seunit dan tidak boleh diganti lebih awal  daripada tiga tahun.              27E. KEMUDAHAN MENGIKUTI KURSUS DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA              Yang  di-Pertua layak mengikuti kursus di dalam dan di luar Negara mengikut  syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam “Garis Panduan Kemudahan  Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang  di-Pertua Dewan Negara Dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat  Mengikuti Kursus Di Dalam dan Luar Negara seperti di lampiran A                                       |               
  |              ST. 101/01 mdt. 1.1.01 |