Planet7Oz On line casino
-
Planet7Oz On line casino Checking out other planets is one thing the
majority of people is only able to dream of. But for you, it’s truth – now
you’ve came...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
LATIHAN SUKAN PASTI CAWANGAN BERMULA LAGI
-
Mac 2015 - Persiapan Sukan PASTI Kawasan Dungun
PASTI Cawangan-cawangan pada bulan ini bersiap melatih pemain bola sepak &
bola jaring di PASTI masing-m...
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai
-
*KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi
membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) agak k...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013
-
Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat
berserta semua anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Selamat
Men...
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat
-
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير ...
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat!
-
Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang
barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar,
ra...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Saksikan rakaman siaran langsung dari NTV7, Menteri pembangunan wanita dan Keluarga dihentam oleh penceramah bebas, Datuk Ustaz Daud Che Ngah berkenaaan penubuhan Rumah khas untuk wanita hamil luar nikah. Selain itu bantahan penonton mengenai idea penubuhan rumah itu juga dapat disaksikan melalui majoriti undian SMS yang tidak bersetuju.
DUNGUN – Umno dan Barisan Nasional (BN) berlagak menjadi hero dan menjadi jaguh, mengadakan demonstrasi dan mengangkat sepanduk, kononya merekalah golongan yang mempertahankan kalimah Allah dan kesucian Islam. Sebaliknya, merekalah sebenarnya golongan yang menghalang perlaksanaan hukum hakam Allah dalam negara ini. ”Bila kita hendak laksanakan hukum hudud, hukum qisas, bermacam-macam alasan yang dibeikan oleh mereka, bila kita nak laksanakan syariat Islam, mereka halang (dan) mereka sekat,”kata Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.
Bahkan, menurut Khalil, ada dikalangan pemimpin Umno yang mengeluarka kenyataan-kenyataan yang menghina hukum hakam Allah SWT.
”(kata mereka) Kalau laksana hukum hudud, negara tidak akan maju, kalau laksana hukum hudud ngara tidak akan membangun,
”(kata mreka lagi) kalau laksana hokum hudud pelabur-pelabur tah mari (datang), kalau laksana hokum hudud nescaya orang akan pandang kita sebagai satu masyarakat yang hina,”ujar Khalil ketika menyampaikan ceramahnya dalam majlis penjelasan isu-isu semasa di Jalan Lembahm disini, kelmarin.
Menurutnya, apa yang lebih penting dalam isu penggunaan kalimah Allah adalah sebagai seorang muslim, kita mesti mempersoalkan diri kita, adakah kita telah melaksanakan hak-hak (tanggungjawab) kita.
Katanya, adakah sebagai hamba Allah, yang menjadi tuhan yang disembah, adakah kita telah melaksanakan segala perintahNya.
Oleh yang demikian, katanya, PAS konsisten dalam mempertahankan kalimah Allah dengan memperjuangkan apa yang diperintahkanNya.
”Kita (PAS) mempertahankan kalimah Allah, dalam masa yang sama, kita (PAS) melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dengan mengabdikan diri kepadaNya dan berjuang untuk menegakkan syariat Allah diatas mukabumi ini,”tegas Khalil.
Beliau berkata, orang-orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, dengan menggunakannya dengan cara yang benar, penggunaan yang mentauhidkan Allah SWT.
Kitab suci al-Quran telah menyebut bagaimana orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, bahkan, katanya, Allah menyebut dalam al-Quran, ‘syaitan’ juga menggunakan kalimah Allah.
”Dalam (al-Quran) surah al-Hasyr Allah berfirman (yang bermaksud)’umpama seperti syaitan, ketika dia berkata kepada manusia, jadilah kamu kafir, lalu apabila manusia jadi kafir, (syaitan berkata) aku berlepas diri, sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam,”jelas Khalil.