Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, August 8, 2009

Adun Kemasik dibebas dengan ikat jamin...[hahaha]



Sesuatu Yang Luar Biasa, Tanpa Sebarang Pertuduhan dan Dibebaskan Pada Hari Cuti - Hj Hanafiah

KEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu (2 Ogos) kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.


Buletin Online telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Pengarah MTD Cukai, Hj Hanafiah Mat pada jam 11.50 pagi tadi.




Beliau berkata ia sesuatu yang luar biasa, apabila Rosli bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan pada hari Jumaat, iaitu hari cuti umum bagi Terengganu.

Selain itu, katanya, tiada sebarang pertuduhan yang dibuat sehingga kini dan Rosli dilaporkan dibebas dengan ikat jamin.

Agensi Bernama yang tidak menyebut nama Rosli melaporkan, ADUN Terengganu berserta dua lagi rakannya dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.

Peguam bela Adun terbabit, Syed Azimal Syed Abu Bakar, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini adalah hari cuti di Terengganu.

Sebelum itu, Syed Azimal berkata, anak guamnya telah dibawa ke Hospital Daerah Kemaman pagi tadi untuk tujuan pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit dada.

Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dengan menaiki tiga buah kenderaan, dan dua daripada mereka termasuk Adun itu, dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

Mereka meninggalkan mahkamah jam 11.30 pagi.

Perkarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan sanak saudara ketiga-tiga tertuduh sejak awal pagi lagi.

Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

p/s: Rohana Nursery dan saudara razilah apa khabar?

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger