Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Showing posts with label peneroka. Show all posts
Showing posts with label peneroka. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

Mazlan Aliman Di Dakwa Hari Ini !!


-----------

RAUB, 11 Mac [9.02 am] - Pejuang rakyat yang telah banyak membela nasib para peneroka dan generasi kedua Felda, Mazlan Aliman (foto) yang ditangkap semalam, telah dibawa ke mahkamah untuk didakwa hari ini. Biarpun motif tangkapan masih diragui, namun difahamkan ia berkaitan dengan majlis dialog dan penerangan isu-isu peneroka yang dibuat oleh beliau di Felda Lembah Klau sebelum itu. Mazlan yang merupakan Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) merupakan Exco PAS Pusat dan aktivis rakyat yang telah banyak menyumbangkan jasa dan buah fikiran untuk membuat teguran terhadap penyelewengan dan penindasan yang telah dilakukan oleh Felda mutakhir ini. Dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Mazlan telah diletakkan sebagai calon di kawasan Parlimen Bera, berikutan kawasan itu mempunyai banyak kawasan Felda. Biarpun beliau merupakan anak peneroka kelahiran negeri Johor, namun kelibatnya telah banyak membantu serta merubah minda peneroka di seluruh negara.

untuk selanjutnya.. click here

Saudara mazlan Aliman pernah datang ke felda kertih 5..satu masa dulu.. dan pelbagai cara pihak felda telah rancang untuk gagalkan seisi penerangan bersama peneroka..
click here





Friday, May 29, 2009

Felda Kerteh 3 : Larangan Tanaman Semula

satu malaysia... rakyat didahulukan...pencapaian diutamakan..... - bijan

Semalam Ana telah diberi satu salinan surat yang telah dihantar kepada salah seorang peneroka kerteh 3.

surat tersebut telah ditandatangani sendiri oleh pengurus Felda kerteh 3.




Menurut surat tersebut kerja kerja tebang cincang akan dibuat oleh Felda yang telah sendirinya membuat keputusan untuk tanam semula 100%.

jadi dimana janji manismu bagi membenarkan peneroka untuk menanam secara persendirian?Sedangkan Peneroka terbabit tidak menandatangani sebarang dokumen penyerahan ladang untuk menyertai tanaman semula.




-salinan surat ini juga telah diserahkan kepada saudara Mazlan Aliman-

Kerteh 5: Majlis Penerangan Saudara Mazlan Aliman

Alhamdulillah.. walaupon dengan ugatan dan amaran yang diterima, program diteruskan juga seperti yang dijadualkan walaupon ia terpaksa ditukar ke surau kerteh 5 peringkat 2 [surau mujahiddin].

kehadiran peneroka juga boleh kira dengan jari.Masih ada lagi yang masih yang tidak dapat berfikir dengan jelas. Apa itu HAK FELDA dan HAK PENEROKA?



utk koleksi gambar..









Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger