Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Wednesday, September 9, 2009

NGO wanita biadab isu sebat Kartika

Dewan Pemuda PAS hari ini menyelar gabungan NGO wanita dengan label "biadap" apabila mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang jenayah syariah berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata tindakan gabungan pertubuhan hak wanita Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) serta penyokong mereka dianggap menceroboh bidang kuasa pelaksanaan enakmen jenayah syariah.




"Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk menteri-menteri kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos lalu menggesa perdana menteri supaya mengambil tindakan segera bagi menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Gabungan itu disertai beberapa pertubuhan wanita berpengaruh termasuk Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Bantuan Wanita (WAO), Sisters In Islam (SIS), All Women Action Society (AWAM) serta Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC).

Menurut Nasrudin lagi, dakwaan kononnya model sambilan itu menjadi sasaran juga "fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian."

"Pada masa kejadian, selain daripada Kartika, juga telah ditangkap dua orang lain, seorang lelaki dan seorang wanita.

"Kedua-duanya telah dijatuhi hukuman yang sama denda RM5,000 dan enam sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang," katanya.

Tambahnya, Kartika juga bukanlah satu-satunya wanita yang dijatuhi hukuman sebat, malah Kartika juga bukanlah orang pertama menerima hukuman sedemikian kerana kesalahan mengambil alkohol.

"Di Kelantan seramai enam orang lelaki telah disebat (atas kesalahan minum arak). Tahun 1997 - empat orang, tahun 2001 (seorang), dan 2003 (seorang).

"Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan," jelas Nasrudin lagi.

Berbeza dengan tanggapan umum seperti dilaporkan media, beliau malah berkata Jabatan Penjara sudah mempunyai 171 orang tukang sebat, termasuk wanita yang terlatih.

"Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, syariah dan kanak-kanak," katanya.

Jelasnya lagi, kaedah sebatan berkenaan telah diterima oleh hakim rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Muhammad Asri Abdullah.

Polis takut kepada samseng Umno - 1Malaysia

PAS memandang berat kerana telah berlakunya penangkapan terpilih terhadap pesalah penjenayah di negara ini. Buktinya dalam isu demo pada 28/9/2009 yang melibatkan kepala lembu diheret dalam demontrasi tersebut kita tidak dengar apa-apa tindakan.


Ini adalah kes demo yang pertama berlaku penghinaan terhadap agama lain kerana membantah pembinaan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam. Dalang diketahui seperti pepatah mengatakan bahawa dah terang lagi bersuluh. Pas konsistan dengan pendirian bahawa perhimpunan aman dibenarkan, tetapi bukan demo yang bersifat provokatif perkauman dan menghina agama, kerana kita menghormati hak rakyat untuk berhimpun. Menjadi tanda tanya kepada Pas kenapa mereka yang terlibat dalam demo tersebut tidak diambil tindakan.


Makluman yang kita dapati bagaimana polis takut untuk bertindak kepada kumpulan yang dianggap samsing, sehinggakan gambar mereka yang terlibat boleh di dapati dalam laman youtube secara meluas. Persoalannya kenapa mereka ini tidak di apa-apakan. Apakah negara sekarang sudah dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap Gee Hin dan Hai San seperti zaman sebelum merdeka.



Kita mengharapkan polis bertindak secara professional, kerana gaji mereka rakyat yang bayar melalui cukai langsung dan tidak langsung. Perlu diingat, umno tidak membayar gaji mereka. Kalau polis hendak menjadi pengawal keselamatan umno sila letak jawatan dan ambil gaji dengan umno bukan dengan rakyat. Polis jangan garang seperti singa lapar ketika berhadapan dengan penyokong Pakatan Rakyat tetapi menjadi pondan ketika berhadapan dengan penyokong umno.



Kenapa ucapan yang bersifat provokasi seperti hendak bunuh, hendak rogol, dibiarkan begitu sahaja ketika dialog dengan Tan Sri Khalid di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam. Pas yakin kalau yang diucap itu ialah penyokong Pas atau Pakatan Rakyat, tidak sempat bergerak 50 langkah terus digari dan direman dalam lokap. Apakah ini 1Malaysia yang uar-uarkan sekarang.


Salam Takziah



TAKZIAH Kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu


DUNGUN – PAS Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat atas kemalangan menimpa beliau sekeluarga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani turut mengucapkan takziah kepada keluarga.

Wan Rozami Wan Abdul Latif dan Zaradi b. Su, yang turut diduga dengan ujian dari Allah itu”Kita (PAS) ucap takziah (kepada keluarga) dan sedekah al-Fatehah kepada (ketiga-tiga) anak-anak yang meninggal dunia (kerana lemas),”katanya ketika ditemui di Kampung Pinang Merah, dekat sini semalam.



Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Wan Mohd Adib Wan Zin berkata, empat orang anak-anak tersebut telah bermain di sungai Paka, berhampiran kampung itu kira-kira pada waktu Asr’ petang semalam.”Apabila, barangkali, ketiga-tiga kawannya telah lemas, anak Ustaz Satiful yang kecil telah berlari ke masjid untuk memberitahu para jamaah yang baru selesai solat Asr’,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau berkata, setelah itu, para jamaah masjid dan orang kampung segera menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh Kelab Penyelam Terengganu (Terengganu Divers Club) serta kerjasama pihak keselamatan Polis dan Bomba, yang turut menghulurkan bantuan.
Katanya ketiga-ketiga anak-anak yang terlibat adalah rakan sebaya dan sekampung serta belajar disekolah yang sama, iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Menurutnya, mereka adalah Wan Mohamad Wajihidun Wan Rozaimi, 10 tahun, Muhammad Saifuddin Satiful Bahari, 10 tahun dan Sharif Hidayat Zaradi, 9 tahun.”

Mayat pertama yang ditemui kira-kira jam 8.50 iaitu anak Ustaz Satiful dan dalam setengah jam kemudian, anak saudara kita Wan Rozaimi pula dapat ditemui,”jelasnya.

Jenazah kedua-dua anak tersebut telah disempurnakan kira-kira jam 1.30 pagi hari ini (9 September) dengan solat jenazah di imamkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib.

Kira-kira 50 orang jamaah turut menunaikan solat jenazah itu yang turut dihadiri adalah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

Sehingga kedua-dua jenazah tersebut disempurnakan sepenuhnya kira-kira jam 2.00 pagi, rakan mereka Sharif Hidayat Zaradi yang masih hilang dan belum ditemui.

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger