Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, June 2, 2009

Quo Vadis Ahmad Said?


Nampaknya pergeseran antara kumpulan Ahmad Said dengan Idris Jusoh di Terengganu telah menemui jalan buntu. Ahmad berjaya mengawal hampir seluruh UMNO Bahagian di Terengganu.  Idris mendakwa berjaya mengumpul 18 orang ADUN yang menyokongnya. Yang terperangkap dalam kes ini ialah Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Hishammuddin. Kewibawaannya dalam menyelesaikan kemelut ini telah dipersoalkan.



Barangkali dia sendiri pun tersentak apabila diberi jawatan itu. Yang pasti dia mempunyai pengalaman yang amat minimum tentang sepak terajang UMNO Terengganu. Mentaliti pemimpin UMNO Terengganu tidak sama dengan negeri-negeri lain. Semangat berpuak-puaknya kuat dan tebal. Kecenderungan mengukuhkan pengaruh apabila mendapat kuasa amat diutamakan oleh individu yang memilikinya mengalahkan PM. Puak yang bersedia untuk menjatuhkan seseorang pemimpin muncul tanpa mengira masa, tanpa mengira darjat, dan tanpa memperhitungkan kesannya terhadap parti dan negeri.

Ciri-ciri tersebut sudah menjadi pengetahuan umum rakyat Terengganu. Kebanyakannya sudah lali dengan telatah tersebut. Mereka juga tahu faktor inilah yang menyebabkan pencapaian pembangunan di negeri itu tidak menggalakkan. Sesiapa pun akan berasa hairan apabila mengetahui jumlah golongan miskin tegar di Terengganu menduduki tangga kedua tertinggi di Malaysia walaupun negeri itu kaya-raya.

Tentulah lebih menghairankan apabila banyak projek yang membazir wujud di negeri itu. Hal ini menyebabkan orang yang normal menempelak pemimpin Terengganu lebih mementingkan diri sendiri dan kroni berbanding rakyat. Anehnya, rakyat Terengganu berjaya dipukau oleh UMNO untuk menyokong mereka.

Berbalik kita kepada kes Ahmad dengan Idris. DUN akan bersidang pada bulan Ogos nanti. Sekiranya Ahmad tidak diganti dengan orang lain sebagai MB, dia akan dikenakan undi tidak percaya oleh kumpulan 18 ADUN yang menyebelahi Idris. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ahmad?

1 Meletak Jawatan Secara Sukarela

Demi maruah, apatah lagi dilantik atas perkenan sultan, Ahmad tidak akan meletak jawatan.

2 Bergabung dengan PAS

Dia boleh mengumpul 10 orang ADUN yang menyebelahinya dan bergabung dengan 8 orang ADUN PAS untuk membentuk kerajaan baru, sama ada gabungan UMNO + PAS atau Bebas + PAS. Terpulanglah.

3 Membubarkan DUN

Ini bermakna PRN akan diadakan. Ahmad berpeluang menyisihkan semua musuh politiknya. Itu pun kalau berjaya. Di satu pihak yang lain, PAS berpeluang merampas Terengganu. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Walau bagaimanapun, sukar bagi Ahmad untuk melakukan kesemua yang disebutkan di atas. Oleh itu, peluang berada di tangan Gang 18 ADUN. Jika dirujuk kepada kes Nizar vs Zambry (2009), Ahmad sudah boleh disingkirkan tanpa perlu menunggu hingga bulan Ogos nanti. Beranikah gang ini merealisasikannya? Idris akan menjadi batu penghalangnya.

Banyak kemungkinan yang akan berlaku sebelum datangnya waktu itu. Ahmad tidak akan berdiam diri. Setelah kehilangan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor serta masih goyang di Perak, Najib akan berusaha sehabis daya untuk mengekalkan kuasa BN di Terengganu. Namun, tiada siapa pun yang mengetahui perancangan Allah. Bagi UMNO yang sekular, persoalan ini amat jauh daripada gapaian mereka. UMNO mungkin tertomoih bila tersepak batu di tengah-tengah perjalanan.

http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2096


2 comments:

org memali said...

bagus la , gaduh antara satu dgn lain ,akhir sekali dua dua melopong.

Abahnya Faez said...

haha... kesudahan yg baik bg kedua2 puak umno...

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger