Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, June 9, 2009

UMNO Spesis Sangat Berbahaya!!



Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap Umno sebagai spesis makhluk yang sangat berbahaya dan tidak harus diberi ruang untuk memecah belahkan perjuangan PAS yang suci, sejak 50 tahun lalu.

Ketuanya, Nasharuddin Hassan berkata, Umno yang didokongi oleh Najib pada hari ini bukan seperti virus H1N1 yang membunuh manusia, tetapi virus Najib boleh menghilang manusia di muka bumi ini.




“Umno dan BN adalah sejenis makhluk dan spesis yang sangat berbahaya lagi merosakkan. Tidak diberi ruang memecah belah dan menghancurkan perjuangan kita yang suci ini. “Seperti kata Gobalakrishnan semalam, dia kata negara telah diserang virus H1N1. Virus ini hanya mematikan orang, tapi virus Najib membuatkan orang itu hilang terus daripada muka bumi ini,” ujarnya.

Berucap menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini, beliau mengingatkan ahli agar kebencian dan kemarahan terhadap Umno tidak menjejaskan perjuangan PAS. Dalam usaha menawan kerajaan Najib, beliau menegaskan PAS akan terus bergerak agresif berlandaskan tiga orentasi penting iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah.

Ketua Dewan Ulama, Dato' Harun Taib pula menjelaskan bahawa PAS mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk Umno-Barisan Nasional. Menurutnya, jika tiada perbincangan, hasrat PAS untuk berdakwah atau bertarbiyah menarik mereka menyertai perjuangan PAS, tidak akan tercapai. “Kalau kita usaha, kita itu, muqabalah apa pun, saya bimbang satu aje, kalau ada 45 orang masuk PAS, nak buat guano kita,” soal beliau kepada perwakilan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak memberitahu, Umno- Barisan Nasional Kedah yang diwar-warkan untuk mengambil alih Kedah seperti yang dilakukan di Perak, akhirnya jatuh dengan sendirinya. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, apa yang berlaku sekarang ialah tiada lagi pemimpin Umno Kedah yang berwibawa, tetapi kini dipimpin oleh orang yang dianggap lebih sempurna dan afdal.

“Kita tak jatuh, depa yang jatuh, orang Kedah takde yang layak jadi ketua, yang layak orang Sabah yang sempurna Shafie Apdal dari Semporna, nama pun Apdal, Kedah takde yang Afdal, yang ada Apdal dengan harapan dia nak menang,” katanya. Dalam pada itu, beliau juga telah menyatakan bahawa semua pusat hiburan dan karaoke di kampong-kampung telah diarah supaya ditutup dan tidak akan dibenarkan lagi dibuka.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din, pula menegaskan bahawa ketaatan menjadi kekuatan kepada perjuangan Islam. Menurutnya, pengikut wajib percaya dengan keputusan atau tindakan yang dibuat oleh majlis ulama kerana ulama merupakan pewaris kepada Nabi dan Rasul. “Jika mereka tidak yakin, mereka boleh dianggap berdosa kerana tidak melakukan yang wajib,” katanya. Bagaimanapun, jika syura ulama dianggap bercanggah, ia boleh dibawa berbincang dalam muktamar secara yang lebih baik.

Mengulas kenyataan Datuk Husam Musa yang mempersoalkan dakwaan Datuk Haron oleh pihak media bahawa ada musuh dalam selimut, Datuk Harun berkata, musuh memang ada di mana-mana. Sementara itu, Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS harus melalui satu proses awet muda kerana perubahan masyarakat masa kini tidak sama ketika ditubuhkan. Menurutnya, ia tidak boleh bergantung kepada program tradisional yang telah diamalkan sejak 50 tahun lalu.

Katanya, PAS mesti menyusun strategi yang bersesuaian bagi menghadapi cabaran 50 tahun akan datang. Beliau berkata, pemegang jawatan di semua peringkat, meliputi cawangan, kawasan dewan dan pusat perlu diberi latihan yang lebih terancang untuk melihat satu kelainan pada masa akan datang. “Kita perlu ada satu report card untuk melihat prestasi setiap lujnah dan dibentangkan dalam muktamar seperti ini,” jelasnya./TV Antara

http://addin77.blogspot.com

Berunding bukannya Masuk U.M.N.O




Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.




"Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah
saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah
jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan
puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah
mati syahid, mati kita adalah mati Islam."

"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian,
kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita
akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku."


Muktamar telah melabuhkan tirainya.. akan tetapi..cakap2 belakang masih lagi kedengaran...

Tuan guru harus memperjelaskan kepada ahli jemaah..sekiranya ahli jemaah ini kurang mengerti, harap diberi tunjuk ajar.

Membangun bersama Islam.
PAS 4 ALL

Umno Sibuk Dengan Kerajaan Perpaduan

Setelah Tersepit Dan Terdesak, Umno Sibuk Dengan Kerajaan Perpaduan.

Hari ini isu kerajaan Perpaduan terus menguasai tajuk-tajuk utama media milik Umno@BN. Apabila Umno@BN memberi liputan yang meluas idea yang dikemukakan oleh Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang menunjukkan bahawa Umno@BN merasakan akan mendapat manafaat daripada isu ini. Jika tidak jangan mimpi media milik Umno@BN memberi publisiti kepada sebarang berita dan ucapan pimpinan sama ada dalam Pas atau Pakatan Rakyat.



Kepada semua ahli dan penyokong Pas nasihat saya apa-apa perkembangan berkaitan isu ini sila dapatkan maklumat daripada pimpinan dan lidah rasmi parti. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh pimpinan dan jemaah kita wajib taat selagi tidak menyuruh kepada perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Apa yang kita rasa baik belum tentu baik untuk jemaah. Yakinlah keputusan yang dibuat secara amal Jamie jauh lebih baik, afdal dan berkat berbanding dengan keputusan secara individu atau kumpulan tertentu. Lebih-lebih mereka yang tak ada kena mengena dan bersangkut paut sebagai ahli Pas. Jadi mereka tidak faham konsep amal jamaie, konsep ketaatan atau wala' dalam Pas. Mereka akan tulis dan bercakap berdasarkan apa yang bersarang dalam akal dan pemikiran mereka yang sempit dan terhad.

Usah kita mudah melatah dan terbawa-bawa pemikiran kita dengan propaganda media Umno@BN. Itu memang sudah kerja mereka dulu kini dan selamanya. Malah tidak pelik pun, kerana Umno@BN kini berada dalam situasi tersepit dan terdesak. Pergolakan dalaman Umno , kemelut dalam parti komponen, isu ketelusan dalam pemerintahan dan sistem kehakiman, kegawatan politik dicetuskan Umno di Perak menyebabkan Umno@BN sanggup membuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Sokongan padu dan berterusan majoriti rakyat secara konsisten dalam pilihanraya Umum ke 13 dan pilihanraya kecil pasca pilihanraya begitu mencemaskan UmnO@BN. Begitu juga kerjasama erat yang wujud dalam Pakatan Rakyat begitu dicemburi oleh Umno. Sambutan dan sokongan golongan bukan Islam kepada Pas menyebabkan Umno bertambah panik dan terpaksa menekan butang kecemasan untuk terus bertahan dalam politik negara.

Justeru itu tidak hairanlah pemimpin Umno@BN merasakan isu kerajaan Perpaduan boleh menjadi tali hayat untuk terus berkuasa. Namun yakinlah dengan kebijaksanaan pimpinan Pas dan hidayah serta petunjuk dari Allah SWT isu ini akan menjadi perangkap kepada Umno@BN. Saya tidak ragu-ragu akan hal ini, sejarah 55 tahun dalam arus politik negara cukup mematangkan Pas dalam menangani isu ini. Apa yang pasti, hanya orang yang bodoh sahaja akan dipatuk ular dalam lubang yang sama.

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2207

Sidang Media bersama Ustaz Nasharudin



PAS akan meneruskan rundingan dengan semua pihak termasuk lawan jika memberikan kepentingan kepada Negara, namun komitmen bersama Pakatan Rakyat tidak sesekali diperjudikan.

PAS FOR ALL



Berunding tak semestinya SETUJU.....

Pas azam tawan Pahang, rampas semula Terengganu?

KUANTAN 8 Jun - Pas merangka strategi untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu sekali gus menawan dua lagi negeri di Pantai Timur selain mengekalkan kepimpinan di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru, Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan, pihaknya berazam untuk menawan Pahang dan merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.




Bagaimanapun, tegas beliau, dalam keghairahan menawan kedua-dua negeri tersebut, pihaknya akan memastikan Kelantan tidak terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN).

''Kita merangka strategi untuk menawan seluruh Pantai Timur pada pilihan raya akan datang,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai azamnya selepas memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Nasrudin tewas kepada calon BN, Datuk Ismail Abdul Mutalib bagi merebut kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 6,641 undi.

Nasrudin berkata, cita-cita Dewan Pemuda Pas itu dianggap tidak mustahil kerana wujud 'trend' di kalangan golongan muda yang menyokong pembangkang.

''Kita akan mendekati golongan muda dan remaja selain mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan dalam program-program yang dijalankan,'' katanya.

Bagi peringkat negeri Pahang, jelasnya, pihaknya telah mengadakan perbincangan kepada Pemuda Pas negeri untuk merangka strategi bagi menjayakan hasrat tersebut.

Beliau percaya Pas bersama Pakatan Rakyat mampu memulihkan kembali masalah sosioekonomi di negeri ini jika parti pembangkang itu berjaya menawan Pahang pada PRU Ke-13 nanti.

sumber dari malaysiakini pula...

PAS perlu perjelas rundingan k'jaan perpaduan

Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno


sekadar pesanan....

Jangan Pandang Ringan PRK Manek Urai

KUALA TERENGGANU – Ahli dan para petugas pilihanraya PAS jangan sesekali memandang ringan kepada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/Dato%27PaMuktamar.jpgKetua Pegaraha Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata sebaliknya jentera dan para petugas pilihanraya PAS menumpukan sepenuh perhatian kepada Pilihanraya Kecil tersebut.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS Kali Ke 55 di Stadium Melawati, Shah Alam, hari ini.

“Walaupun PAS telah memerintah Kelantan selama hampir 20 tahun, ahli dan para petugas mestilah menumpukan perhatian, jangan memandang ringan pilihanraya kecil (DUN) Manek Urai pada 14 Julai,” katanya.

Katanya UMNO telah mengumumkan untuk bertanding di Manek Urai kerana beranggapan mereka masih mendapat sokongan penduduk Melayu di kawasan tersebut.

Berbanding Pilihanraya Kecil Penanti, katanya, UMNO telah menarik diri dalam kerana mereka mengetahui bahawa mereka akan kalah.

Menurutnya, sebagaimana dilaporkan Laman Rasmi Muktamar PAS Ke 55, PAS Kelantan telah menyatakan komitmen untuk menanggung seluruh perbelanjaan logistik petugas negeri-negeri di Manek Urai.

Justeru itu, katanya, semua jentera dari seluruh negara diseru untuk turun beramai-ramai, bersama-sama bekerja demi mengekalkan DUN Manek Urai yang dikuasai oleh PAS sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan jentera pilihanraya PAS akan dilancarkan pada 13 Jun 2009.

Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Haji Ismail Yaakub atau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Weil dikalangan penduduk tempatan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 Julai, manakala tarikh pengundian adalah pada 14 Julai depan.

Beringat Sebelum Kena.. Depa baik ada makna tuu!!



Antara laporan dari utusan meloya

Pemuda sifatkan Hadi berpandangan jauh
KUALA TERENGGANU 8 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas.




Ambil kira kepentingan rakyat??-bukan kerana UMNO hampir PUPUS!!!!
KOTA KINABALU 8 Jun - Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan tidak harus dilihat dari sudut keuntungan politik sahaja sebaliknya manfaat yang akan diterima oleh seluruh rakyat juga perlu diambil kira.

Sumber dari malaysiakini....

'Muzakarah bukan umpan bentuk k'jaan perpaduan'??

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, muzakarah Umno dan PAS bukan umpan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu.

Sebaliknya, kata ahli parlimen Rembau itu, perbincangan ini adalah demi kebaikan, membasmi kemiskinan dan pembangunan politik negara.

"Muzakarah ini menghasilkan persefahaman tidak rasmi, tidak sampai membentuk kerajaan perpaduan.

"Perbincangan ini adalah satu usaha serius ke arah perpaduan ummah, orang Melayu," katanya dalam rancangan agenda Awani terbitan Astro Awani selama 30 minit malam ini.

-------------------------------------------------------------------------------

PAS sudah ada Pakatan Rakyat. PAS kena tengok ahli parti, rakan Pakatan dan persepsi. Benda itu perlu dibereskan supaya tidak menikam PAS kembali,
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger