Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Thursday, June 25, 2009

Harussani kurang terdedah sejarah politik Islam



KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.



"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. -
mj_

RM1 juta untuk "kerja sukarela" Jean Todt?

Rakyat akan terus dibodohkan-Bijan

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menjelaskan bahawa RM1 juta yang diperuntukkan kepada Datuk Seri Jean Todt adalah untuk tujuan mempromosi Malaysia di luar negara dan bukan bayaran sebagai duta.



Yen Yen berkata, Todt yang merupakan bekas pengurus pasukan Formula 1 Ferrari dilantik sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei lalu menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran.

Namun usaha mempromosikan negara pasti memerlukan perbelanjaan dan RM1 juta yang diberikan kepada Todt bukan untuk kegunaan peribadinya tetapi peruntukan untuk usaha mempromosi seperti perjalanan dan majlis pertemuan.

“Beliau masih seorang sukarelawan. Takkan anda harapkan beliau membayar dari poketnya sendiri. Sukarela bererti kita tidak membayarnya gaji atau bayar apa-apa tetapi kita suruh dia lakukan penerbangan atau jamuan, takkan dia nak bayar sendiri,” katanya.


hahahahahahahahahahahahahhaha

SPRM Pilih Bulu.......[UMNO]?


gambar..credit kepada lagi berita

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar bersikap ‘tidak pilih bulu’ dan telus dalam isu siasatan politik wang yang membabitkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPRM telah menunjukkan sikap yang tidak adil kepada rakyat dengan menangguhkan siasatan terhadap perkara yang telah terbukti jelas kesalahannya.

Menurutnya, perbuatan SPRM tersebut jelas menunjukkan badan yang dianggap bebas oleh kerajaan itu telah dipergunakan demi menjaga kepentingan individu yang tertentu dalam kepimpinan Barisan Nasional(BN).



“Apa yang dapat dilihat sekarang ialah siasatan yang dilakukan hanya menumpukan kepada kes yang lebih menyebelah kepada Pakatan Rakyat (PR). Jika melibatkan kepentingan BN, siasatan tidak serancak apa yang dilakukan kepada PR,” katanya, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang menyatakan SPRM sedang memperhalusi siasatan berhubung dakwaan politik wang bagi pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kes yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahgunakan kuasanya diselesaikan dengan cepat oleh SPRM berbanding kes-kes besar yang lain dilaporkan.

Se:mentara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mahu SPRM melakukan siasatan berdasarkan undang-undang yang telah diperuntukkan kepada mereka, bukan disebabkan tekanan daripada kerajaan.

:Menurutnya, SPRM haruslah bertindak membuat siasatan terutamanya kes yang berprofil tinggi dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.

“SPRM yang mempunyai fungsi tugas yang lengkap oleh undang-undang seharusnya tidak menggunakan kuasa mereka dengan dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana mereka sepatutnya menunjukkan kredibiliti mereka,” katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, sekiranya siasatan tidak mempunyai sebarang bukti, maka pihak penyiasat tidak akan mampu berbuat apa-apa.

“Semua kes memerlukan bukti. jika tiada bukti, kita tidak boleh buat apa-apa, tetapi jangan sembunyikan bukti tersebut,” katanya.


-----------------------------------------------------------------------

Kita tertanya apa sebenarnya beza antara politik wang dan rasuah politik? Kita lihat seakan ada tanda soal dalam melihat keadaan yang wujud seolah-olah UMNO parti yang telah matang ini tidak dapat menyeragamkan makna politik wang dan rasuah politik yang ada. Kita lihat Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin yang menyebabkan beliau digugurkan kelayakan untuk bertanding tetapi tidak digantung keahliannya. Beliau dilaporkan turut melakukan perbuatan membeli undi melalui agen beliau. Namun menggugurkan hak bertanding tidak disertai dengan pergantungan sebagai ahli dan tidak pula di caj ke mahkamah.

Apa beza dengan kes Norza Zakaria baru-baru ini. Adakah kerana siapa yang menangkap maka cara pelaksanaan hukuman kesalahan berbeza beza. Persoalan kembali apa bezanya politik wang dan rasuah politik dan kenapa ada perbezaan antara tangkapan SPRM dan penilaian Jawatankuasa Disiplin pada corak dan kes yang serupa.

Pemuda UMNO kecik hati?hahahaha



jgn kecik hati pulak deh..sekadar hiasan.. hahaha

KOTA BAHARU 25 Jun — Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.



Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Baharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas. - Bernama

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger