KUALA LUMPUR 23 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan desakan pembangkang agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan membuktikan pakatan itu bersikap hipokrit dalam perjuangan politik.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan Mahkamah Rayuan semalam adalah sah dari segi undang-undang dan dibuat secara terperinci oleh panel hakim yang terbabit.
"Apa lagi yang nak bising-bising apabila mahkamah telah membuat keputusan dan kalau mereka yakin sangat rakyat Perak mengundi mereka, tunggu sahaja pilihan raya umum akan datang yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Saya juga tidak fikir pakatan pembangkang akan bubar DUN Perak jika mereka menang dalam keputusan Mahkamah Rayuan semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tunduk dengan kehendak pakatan pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan.
Muhyiddin berkata, ia adalah kerana kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah diputuskan sebagai sah.
Muhyiddin mengulas desakan parti pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau percaya, pakatan pembangkang tidak akan mendesak kerajaan membubarkan DUN jika pilihan raya itu tidak memihak kepada mereka.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, keadaan semasa tidak memerlukan DUN Perak dibubarkan.
"DUN Perak hanya wajar dibubarkan atas tiga faktor iaitu Sultan Perak sendiri mahu kerajaan negeri membubarkan DUN, BN hilang majoriti wakil rakyatnya dalam DUN atau wujudnya krisis kepimpinan UMNO Perak. Jelas dalam keadaan semasa itu semua tidak berlaku," katanya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Komen abahnya faez:
Hello encik Katak, Kenapa baru timbul pembangkang harus terima keputusan mahkamah rayuan.Tapi Time Pihak BN failkan
rayuan kat mahkamah encik katak diam membisu.
Ini dasar perjuangan. Walaupon ianya pahit tetap harus diteruskan jua.
InsyaALLAH....
""Saya juga tidak fikir pakatan pembangkang akan bubar DUN Perak jika mereka menang dalam keputusan Mahkamah Rayuan semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini."
mungkin encik katak tidur agaknya. Selepas DS Ir Nizar diumumkan sebagai MB perak yang sah.Apa yang diucapkan oleh beliau?
"BUbar Dun!!!" biar rakyat yang tentukan apa yang mereka mahukan.
Lawan tetap lawan.. Takbir!!!!!
Coretan Perjuangan
-
Pesakit COVID-19 berjudi di PKRC MAEPS, polis buka kertas inkuiri - Pesakit COVID-19 berjudi di PKRC MAEPS, polis buka kertas inkuiriTerima laporan aktiviti judi daripada petugas di sana Siti Hafidah *BANGI, 8 Jamadilakhir ...4 days ago
-
AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI? - KOTA TINGGI, 18 Jan -- Bekas Timbalan Presiden PKR yang khianat, Azmin Ali cuba tunjuk pandai dan sombong. Semalam Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN...1 week ago
-
Sedang Diselenggara - Dukacita dimaklumkan bahawa page kami sedang dalam proses penyelenggaraan.9 months ago
-
Catatan Dhuha Oktober 2019 - Catatan Dhuha Oktober 2019 Catatan Dhuha. Ikhlas dalam amalan meninggikan produktiviti kerja. Bekerja dengan tekun dan merasa satu kepuasan kerana dapat me...1 year ago
-
Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu 2015 - Mukatamar Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-46 ini diadakan di Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, Kg Guntung Luar, Setiu5 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...7 years ago
-
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013 - Seluruh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat berserta semua anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Selamat Men...7 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...8 years ago
-
-
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat! - Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar, ra...10 years ago
-
-
-

Khabar Dari Pimpinan
-
Awal Perjalanan Karir Politik Anwar Ibrahim - Awal Perjalanan Karir Politik Anwar Ibrahim – Apabila di dunia ini penghargaan untuk politikus dengan karir paling berwarna, maka dapat dipastikan jika Anw...5 months ago
-
Catatan Dhuha Oktober 2019 - Catatan Dhuha Oktober 2019 Catatan Dhuha. Ikhlas dalam amalan meninggikan produktiviti kerja. Bekerja dengan tekun dan merasa satu kepuasan kerana dapat me...1 year ago
-
RUMAHKU SYURGAKU - Bicara Santai Selain Politik. 01 25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017 *RUMAHKU SYURGAKU* Oleh : Pendekar Sakti 1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut ata...3 years ago
-

Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)