Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Friday, June 12, 2009

Apabila SPRM Minta Derma Dari UMNO…



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Muhammad Hassan memberi sogokan RM20,000 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Negeri Sembilan untuk membiayai aktiviti kelab sukan badan itu, seorang pemimpin kanan PKR mendedahkan hari ini.





Kesanggupan Pengarah SPRM Negeri Rozaini Idris memohon dan menerima wang itu daripada pejabat Menteri Besar menjejaskan lagi kredibiliti SPRM sebagai badan bebas dan berkecuali, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata “urusniaga” antara SPRM dan pejabat Menteri Besar itu hanya menguatkan pesepsi selama ini bahawa SPRM bersikap pilih kasih dengan menutup hampir semua aduan rasuah terhadap Datuk Seri Muhammad.

Antara tuduhan-tuduhan yang dihadapi Muhammad Hassan adalah pembabitan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan, penyalahgunaan kuasa dan politik wang.

“Laporan bukan sahaja dibuat oleh individu atau pembangkang, tetapi laporan yang dibuat dari kumpulan pemerintah juga tidak dilayan,” katanya.

Badrul berkata Pengarah SPRM Negeri Sembilan telah menghantar sepucuk surat memohon sumbangan menampung perbelanjaan bagi menghantar kakitangannya untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan pada 11 hingga 16 Jun 2009,” kata Badrul.

Muhammad Hassan bingkas bersetuju dan telah memberikan cek bernilai RM20,000 kepada Kelab Sukan SPRM Negeri Sembilan, kata Badrul.

“Ini jelas melanggari etika,” kata Badrul, yang juga Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Sembilan.

“Memohon, menyumbang dan menerima sumbangan ini telah menjadi kesalahan dari segi etika. Menteri Besar dan SPRM mempunyai pertembungan kepentingan,” tambah Badrul



2 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

kes di DUN Jawi yang diwakili oleh DAP telah didapati membuat tuntutan sebanyak RM2000 bagi urusan pembelian set audio visual untuk diserahkan kepada sebuah pertubuhan orang-orang Cina dalam kawasannya. Menurut sumber, pembelian set tersebut yang merangkumi sebuah television dan pemain cakera padat hanyalah sekitar RM450 sahaja.

PR pun kaki seleweng juga...pirahhh Cina DAP pun kaki penipu juga .. jangan ingat Pakatan semua pemimpin suci ke dan maksum ... CAT di PP , habuk pun tarakkk ..Cat = kucing ada hahaha

Abahnya Faez said...

yup.. utk kes DAP tu.. kalo betul bersalah.. kenalah letak jawatan.. mmg kena amik tindakan.

jgn biarkan ia terus menjadi barah..

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger