Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, June 13, 2009

Mohamad Hasan nafi beri kelab SPRM RM20,000

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan dakwaan memberi sumbangan RM20,000 kepada Kelab Sukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri bagi menampung perbelanjaan kakitangannya menyertai kejohanan sukan di Shah Alam, Selangor, bermula kelmarin.


Beliau bagaimanapun menegaskan, jumlah sumbangan yang diberikan sekadar RM5,000 dan bukan RM20,000 seperti didakwa parti pembangkang, malah menyifatkan pemberian itu bukan satu kesalahan.

Lebih baik mereka meminta dari kerajaan negeri berbanding meminta derma daripada syarikat swasta atau badan lain. Ini akan menimbulkan lebih banyak konflik kepentingan.

“Lagipun, kerajaan negeri sentiasa membantu dan memberi sumbangan kepada mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) negeri di Wisma Negeri, di sini semalam.

Beliau mengulas desakan parti pembangkang yang meminta Ibu Pejabat SPRM menyiasat mengenai dakwaan Pengarah SPRM negeri menerima sumbangan RM20,000 daripada Menteri Besar bagi menampung perbelanjaan menghantar kakitangan untuk menyertai pertandingan sukan di Shah Alam.

Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin, berkata tindakan itu jelas melanggar etika pegawai SPRM yang tidak boleh memohon, menyumbang dan menerima sumbangan daripada sesiapa hingga menyebabkan berlaku pertembungan konflik kepentingan.


sumber:berita hairan

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger