Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Friday, June 12, 2009

Bijan Bini Rosmah yakin MCA tak keluar BN



Pungutan suara hanya kaji selidik

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin MCA tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) walaupun hasil pungutan suara dalam laman blog presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat, menunjukkan sebaliknya.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, pungutan suara itu hanya kaji selidik untuk tujuan akademik parti berkenaan.




"Setahu saya, MCA tak ada niat untuk keluar daripada BN. Mungkin pungutan suara itu bersifat akademik tapi kedudukan MCA memang sentiasa sebagai rakan kanan dalam BN," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis Konsultasi Bajet 2010 di Kementerian Kewangan di sini, semalam.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pungutan suara dalam laman blog Ong, www.ongteekeat.net yang bertajuk 'Patutkah MCA meninggalkan BN'.

Dalam pungutan suara itu yang menerima maklum balas 2,592 orang (sehingga jam 3 petang semalam), sebanyak 75.8 peratus mahu MCA keluar BN manakala 24.3 peratus tidak bersetuju dengannya.

Mengenai pertemuannya dengan Menteri Besar Terengganu sebelum majlis konsulatasi itu, Najib berkata, perbincangan tidak menyentuh mengenai keadaan politik di negeri berkenaan tetapi lebih tertumpu kepada peranan Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu.

Menyentuh isu lain, Najib berkata, Singapura menyatakan minat mereka untuk meneruskan projek jambatan baru di antara republik berkenaan dan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ini dinyatakan oleh Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew, ketika pertemuan mereka di sini, kelmarin.

"Beliau menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi membina jambatan yang ketiga sebab ia boleh dijadikan satu kemudahan untuk membangunkan kawasan Johor sepanjang sampai ke Desaru, Mersing, Rompin, Kuantan dan Terengganu.

"Oleh itu, saya sudah minta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan rakan sejawatnya untuk membincangkan perkara ini pada kadar segera dan lantik perunding untuk buat kajian kemungkinan termasuk kos yang mungkin perlu dibelanjakan bagi pembinaan jambatan ini," katanya.

Najib berkata, pembinaan jambatan baru mempunyai kaitan dengan Iskandar Malaysia dan apabila dilaksanakan nanti banyak lagi inisiatif bersama boleh dijalin dengan Singapura.

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger