Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Monday, May 25, 2009

KL Medan Terbaik Dekati Rakyat? - Be eNd

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kuala Lumpur merupakan medan yang amat penting untuk pemimpin Barisan Nasional (BN) mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi memastikan BN terus mendapat kepercayaan untuk memerintah.

Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata walaupun ramai warga kota yang mencari rezeki di bandar raya ini bukan pengundi berdaftar di kawasan itu, mereka memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi di kawasan mereka terutama di kampung.



"Apa yang berlaku pada pilihan raya lepas adalah apabila ramai yang tidak berpuas hati di kawasan Kuala Lumpur, ia telah merebak di tempat lain.

"Oleh itu warga di Wilayah Persekutuan hendaklah dibela dengan sewajarnya. Jika mereka dapat merasa pengorbanan BN di Kuala Lumpur maka saya percaya mereka akan mengundi BN," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Parti Progresif Rakyat (PPP) di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Raja Nong Chik berkata bagi mencapai tujuan itu, pemimpin-pemimpin BN hendaklah mengubah imej dengan mengurangkan jurang protokol apabila turun padang bertemu dengan rakyat.

"Kalau kita menggunakan banyak protokol sudah tentu rakyat sukar untuk mendekati kita, rakyat mahukan pemimpin yang berkhidmat bukan yang berhormat," katanya.

Turut hadir pada konvokesyen itu ialah Presiden PPP Datuk M Kayveas dan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan A. Chandrakumanan.

----------------------------------------------------------------
warga di Wilayah Persekutuan hendaklah dibela dengan sewajarnya.... yang dikampung biarkan terus dibodohkan.... barulah selamat-u.m.n.o

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger