Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, June 2, 2009

Terkini : Stadium Sultan Mizan Runtuh

Bumbung Stadium Tengku Mizan Gong Badak Runtuh berkecai menyembah Bumi.

berita akan diupdate.



Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Lapor Malaysia kini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. Malaysiakini.

credit cinaislam

Quo Vadis Ahmad Said?


Nampaknya pergeseran antara kumpulan Ahmad Said dengan Idris Jusoh di Terengganu telah menemui jalan buntu. Ahmad berjaya mengawal hampir seluruh UMNO Bahagian di Terengganu.  Idris mendakwa berjaya mengumpul 18 orang ADUN yang menyokongnya. Yang terperangkap dalam kes ini ialah Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Hishammuddin. Kewibawaannya dalam menyelesaikan kemelut ini telah dipersoalkan.



Barangkali dia sendiri pun tersentak apabila diberi jawatan itu. Yang pasti dia mempunyai pengalaman yang amat minimum tentang sepak terajang UMNO Terengganu. Mentaliti pemimpin UMNO Terengganu tidak sama dengan negeri-negeri lain. Semangat berpuak-puaknya kuat dan tebal. Kecenderungan mengukuhkan pengaruh apabila mendapat kuasa amat diutamakan oleh individu yang memilikinya mengalahkan PM. Puak yang bersedia untuk menjatuhkan seseorang pemimpin muncul tanpa mengira masa, tanpa mengira darjat, dan tanpa memperhitungkan kesannya terhadap parti dan negeri.

Ciri-ciri tersebut sudah menjadi pengetahuan umum rakyat Terengganu. Kebanyakannya sudah lali dengan telatah tersebut. Mereka juga tahu faktor inilah yang menyebabkan pencapaian pembangunan di negeri itu tidak menggalakkan. Sesiapa pun akan berasa hairan apabila mengetahui jumlah golongan miskin tegar di Terengganu menduduki tangga kedua tertinggi di Malaysia walaupun negeri itu kaya-raya.

Tentulah lebih menghairankan apabila banyak projek yang membazir wujud di negeri itu. Hal ini menyebabkan orang yang normal menempelak pemimpin Terengganu lebih mementingkan diri sendiri dan kroni berbanding rakyat. Anehnya, rakyat Terengganu berjaya dipukau oleh UMNO untuk menyokong mereka.

Berbalik kita kepada kes Ahmad dengan Idris. DUN akan bersidang pada bulan Ogos nanti. Sekiranya Ahmad tidak diganti dengan orang lain sebagai MB, dia akan dikenakan undi tidak percaya oleh kumpulan 18 ADUN yang menyebelahi Idris. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ahmad?

1 Meletak Jawatan Secara Sukarela

Demi maruah, apatah lagi dilantik atas perkenan sultan, Ahmad tidak akan meletak jawatan.

2 Bergabung dengan PAS

Dia boleh mengumpul 10 orang ADUN yang menyebelahinya dan bergabung dengan 8 orang ADUN PAS untuk membentuk kerajaan baru, sama ada gabungan UMNO + PAS atau Bebas + PAS. Terpulanglah.

3 Membubarkan DUN

Ini bermakna PRN akan diadakan. Ahmad berpeluang menyisihkan semua musuh politiknya. Itu pun kalau berjaya. Di satu pihak yang lain, PAS berpeluang merampas Terengganu. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Walau bagaimanapun, sukar bagi Ahmad untuk melakukan kesemua yang disebutkan di atas. Oleh itu, peluang berada di tangan Gang 18 ADUN. Jika dirujuk kepada kes Nizar vs Zambry (2009), Ahmad sudah boleh disingkirkan tanpa perlu menunggu hingga bulan Ogos nanti. Beranikah gang ini merealisasikannya? Idris akan menjadi batu penghalangnya.

Banyak kemungkinan yang akan berlaku sebelum datangnya waktu itu. Ahmad tidak akan berdiam diri. Setelah kehilangan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor serta masih goyang di Perak, Najib akan berusaha sehabis daya untuk mengekalkan kuasa BN di Terengganu. Namun, tiada siapa pun yang mengetahui perancangan Allah. Bagi UMNO yang sekular, persoalan ini amat jauh daripada gapaian mereka. UMNO mungkin tertomoih bila tersepak batu di tengah-tengah perjalanan.

http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2096


U.M.N.O [sarkis] Parti Kelas Dua



UMNO dipenuhi pemimpin yang berperut busuk. Hal ini disebabkan oleh kurangnya cendekiawan yang memasukinya. Golongan tersebut bukan sahaja tidak digemari malahan juga dicurigai kehadirannya. Dengan demikian, kepemimpinan UMNO terdiri daripada golongan kelas dua. Oleh sebab itu, mereka yang menduduki heirarki tertinggi dalam parti itu tidak berkualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti.



Dengan tahap pemikiran pemimpin yang kurang meyakinkan itulah negara ini ditadbir. Walaupun sudah dua belas kali PRU diadakan dan mereka masih tertonggok di persada kuasa sebagai teras, orang Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kegagalan itu berpunca daripada nafsu serakah para pemimpin dan kroni masing-masing mengisi tembolok sendiri. Anehnya, hal ini telah dibuktikan dan diakui oleh mereka sendiri.

Mentaliti kelas dua itu menyebabkan mereka tidak boleh menerima hakikat. Kekalahan besar dalam PRU Ke-12 bukan menyedarkan mereka tentang kelemahan diri tetapi melebarkan dengki dan iri hati. Negeri-negeri kaya jatuh ke tangan PR. Peluang untuk mengaut kekayaan diri menjadi semakin mengecil. Mereka gelisah kerana tidak dapat memenuhkan poket seperti dulu. Satu daripada cara-cara untuk mengembalikan keberadaan itu adalah merampas kuasa dengan menggunakan taktik koboi.

Dalam pemikiran UMNO, kerajaan yang bersih akan memudaratkan mereka. Kehadiran kerajaan seumpama itu wajib dibanteras sebelum merebak. Oleh sebab itu, PKR dikategorikan sebagai ancaman besar kepada UMNO. Apatah lagi pada masa ini PKR bergabung dengan PAS dan DAP dalam PR. Kejayaan PR memecah belenggu perkauman di negara ini menyuntik semangat rakyat sehingga berani bangkit membuat perubahan. Inilah yang menyebabkan UMNO senak perut. Lantaran itu, UMNO berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti kerajaan-kerajaan PR. Taktik barbarianisme ini telah sekian lama menjadi trade mark UMNO.

Selain itu, rakyat disifatkan membuat satu kesalahan besar kerana memilih PR dalam PRU Ke-12 yang lalu. Dengan demikian, UMNO berhak menghukum rakyat yang berani berbuat demikian. Kini, rakyat negeri Perak telah dipaksa menerima kerajaan haram UMNO-BN sebagai halal. Segala-galanya telah dikesampingkan oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa di Perak. Talian hayat mereka terdiri daripada istana, mahkamah, dan polis.

Episod rampasan kuasa itu telah menyeret krisis perlembagaan yang serius sehingga murid-murid yang pernah mempelajari Bab 7 dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dan pelajar-pelajar kolej yang mengambil kursus Pengajian Malaysia terpinga-pinga dan kabur tentang benar tidaknya wujud konsep pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara ini.

Kecelaruan demi kecelaruan membelit pemikiran rakyat yang tidak bersalah. Situasi demikian telah mendedahkan Perak kepada jaringan bersimpul mati. Permusuhan akan terus merebak. Kebencian tidak bersempadan atas kecelaruan ini berkembang menjadi perpecahan. Bayangkanlah keparahan yang diakibatkan oleh pertembungan kegawatan politik dengan kegawatan ekonomi yang enggan diakui oleh PM sejak mula, kini semakin menggila, dan tiada tanda-tanda noktah yang kelihatan.

Hanya satu yang pasti berlaku jika keadaan itu berterusan, iaitu kemusnahan. Rasuah, kegawatan politik, dan kegawatan ekonomi yang bersatu menongkah arus kewibawaan kelas dua pemimpin UMNO itu telah membentuk jerangkap samar yang tersedia menunggu korban. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersedia untuk menentang kemaraan gerombolan ini

http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2089

Pegawai Penyiasat Kes dedah Konspirasi


Pegawai Penyiasat Kes Anwar Dedah Beliau Kini Jadi Mangsa Konspirasi


Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.




Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu.Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.

"Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar.

"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.

"Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.

"Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya.

Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen kata Mat Zain lagi.

Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara HeightsBandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut.

Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92./Sumber : TV Antara.

http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2086

Gelora BN Tidak Berkesudahan

Sejak bijan and the Gang berjaya menamatkan kerjaya Pak Lah, parti-parti komponen BN tidak putus-putus dilanda gelora. Inilah petanda duka yang memberi isyarat tentang ketempangan parti tua yang semakin parah. Sampai ke satu tahap yang kronik, gabungan parti-parti tersebut tidak boleh diperbaiki lagi. Ketika itu rakyat akan bersorak keriangan kerana akhirnya ampian mereka telah terkabul.




UMNO

Parti rasuah yang berasaskan nasionalisme dan sekular ini bukan sahaja gila kuasa malahan juga menggunakan pelbagai institusi seperti istana, polis, dan mahkamah untuk mengekalkannya. Kesemua institusi itulah yang menjadi tempat mereka bergantung harap. Rakyat semakin menyampah kepada mereka.

Perihal mereka menyanjung tinggi amalan rasuah tidak perlu diceritakan lagi. Penanda-penandanya ialah kehadiran Ketua Menteri yang rasuah di Melaka dan kewujudan Ketua Pemuda UMNO yang juga disahkan terlibat dengan rasuah. Beratus-ratus kes rasuah yang sampai sekarang tidak diselesaikan membusungkan lagi kudis rasuah, terutamanya dalam UMNO.

UMNO Perlis sedang bergolak ketika ini. UMNO Terengganu pun sedang bergolak. UMNO Negeri Sembilan bergelora bagai api dalam sekam. UMNO Pahang tunggang-langgang akibat disaman. Kesemua ini menunjukkan UMNO semakin rapuh. Perpaduan tidak wujud lagi dalam parti itu. Presidennya yang disuruh membersihkan diri enggan berbuat demikian.

Suatu ketika dahulu parti ini begitu gagah mendabik dada. Kini setaraf calon bebas. Penakut. Pengecut. Takut menghadapi pilihan raya. Takut menghadapi rakyat. Berani gila bila dapat memperkudakan talian hayat yang disebutkan tadi.

MCA

Pergeseran antara Presiden dan Timbalan Presiden parti ini tidak dapat disembunyikan lagi. Tanda-tanda perdamaian tidak nampak hingga sekarang. Oleh sebab itu, perpaduan dalam kalangan ahli-ahlinya berada pada tahap yang rendah. Mampukah mereka bertahan?

MIC

Parti yang kalah teruk dalam PRU Ke-12 ini tidak bangun-bangun hingga sekarang. Presidennya yang turut kalah dalam pilihan raya itu masih tertonggok di tempatnya. Tidak ada siapakah yang layak menggantikannya? Kini dia menyatakan sokongan kepada Palanivel untuk menentang Subramaniam. Pergeseran antara penyokong kedua-dua pemimpin itu akan merosakkan lagi perpaduan parti itu. Samy hanyalah tikus yang sedang membaiki labu.

GERAKAN

Parti yang menerima nasib yang sama dengan MIC ini sedang menghadapi masalah besar di Pulau Pinang. Pengerusi negerinya melantik penyelaras kawasan sesuka hati sehingga ahli-ahli pun tidak mengenali mereka. Sukar untuk membayangkan nasib parti ini dalam PRU Ke-13 nanti.

PPP

Parti ini sudah ada dua orang Presiden. Sudahlah kalah teruk dalam PRU Ke-12, duduk dalam kabinet pun atas ehsan UMNO. Adakah pergolakan ini didalangi Presiden UMNO?
Kemungkinannya ada kerana Kayveas bukanlah seorang yang popular dalam BN akibat keceluparannya.

Dengan seribu satu macam masalah yang dihadapi itu, mampukah BN bangkit selepas kekalahan dalam semua PRK sebelum ini, kecuali Batang Air? Dengan memperagakan imej mewah kepada rakyat yang rata-ratanya miskin, dapatkah mereka mengambil hati pengundi-pengundi Manek Urai?

BN terutamanya UMNO sedang menghadapi masalah yang kronik ketika ini. PR yang berjaya mendapatkan sokongan orang Melayu, Cina, dan India kian gagah menongkah arus politik Malaysia masa kini. Golongan dewasa berpendidikan dan Golongan muda yang progresif merupakan penyokong kuat PR. BN hanya disokong oleh golongan tua yang merupakan kaum minoriti di negara ini. Perubahan yang dijanjikan tidak kunjung tiba. DEB hendak dihapuskan tetapi tiada rancangan diutarakan untuk menggantikannya. PPSMI enggan dimansuhkan kerana merugikan kroni, kanak-kanak Melayu yang majoritinya menghuni kawasan luar bandar tercicir pun pejam sebelah mata sahajalah.
Memang patutlah UMNO-BN dikorbankan !!!


credit : http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2088
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger