Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Tuesday, June 9, 2009

Pas azam tawan Pahang, rampas semula Terengganu?

KUANTAN 8 Jun - Pas merangka strategi untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu sekali gus menawan dua lagi negeri di Pantai Timur selain mengekalkan kepimpinan di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru, Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan, pihaknya berazam untuk menawan Pahang dan merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.




Bagaimanapun, tegas beliau, dalam keghairahan menawan kedua-dua negeri tersebut, pihaknya akan memastikan Kelantan tidak terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN).

''Kita merangka strategi untuk menawan seluruh Pantai Timur pada pilihan raya akan datang,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai azamnya selepas memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Nasrudin tewas kepada calon BN, Datuk Ismail Abdul Mutalib bagi merebut kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 6,641 undi.

Nasrudin berkata, cita-cita Dewan Pemuda Pas itu dianggap tidak mustahil kerana wujud 'trend' di kalangan golongan muda yang menyokong pembangkang.

''Kita akan mendekati golongan muda dan remaja selain mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan dalam program-program yang dijalankan,'' katanya.

Bagi peringkat negeri Pahang, jelasnya, pihaknya telah mengadakan perbincangan kepada Pemuda Pas negeri untuk merangka strategi bagi menjayakan hasrat tersebut.

Beliau percaya Pas bersama Pakatan Rakyat mampu memulihkan kembali masalah sosioekonomi di negeri ini jika parti pembangkang itu berjaya menawan Pahang pada PRU Ke-13 nanti.

sumber dari malaysiakini pula...

PAS perlu perjelas rundingan k'jaan perpaduan

Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno


sekadar pesanan....

Jangan Pandang Ringan PRK Manek Urai

KUALA TERENGGANU – Ahli dan para petugas pilihanraya PAS jangan sesekali memandang ringan kepada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/Dato%27PaMuktamar.jpgKetua Pegaraha Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata sebaliknya jentera dan para petugas pilihanraya PAS menumpukan sepenuh perhatian kepada Pilihanraya Kecil tersebut.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS Kali Ke 55 di Stadium Melawati, Shah Alam, hari ini.

“Walaupun PAS telah memerintah Kelantan selama hampir 20 tahun, ahli dan para petugas mestilah menumpukan perhatian, jangan memandang ringan pilihanraya kecil (DUN) Manek Urai pada 14 Julai,” katanya.

Katanya UMNO telah mengumumkan untuk bertanding di Manek Urai kerana beranggapan mereka masih mendapat sokongan penduduk Melayu di kawasan tersebut.

Berbanding Pilihanraya Kecil Penanti, katanya, UMNO telah menarik diri dalam kerana mereka mengetahui bahawa mereka akan kalah.

Menurutnya, sebagaimana dilaporkan Laman Rasmi Muktamar PAS Ke 55, PAS Kelantan telah menyatakan komitmen untuk menanggung seluruh perbelanjaan logistik petugas negeri-negeri di Manek Urai.

Justeru itu, katanya, semua jentera dari seluruh negara diseru untuk turun beramai-ramai, bersama-sama bekerja demi mengekalkan DUN Manek Urai yang dikuasai oleh PAS sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan jentera pilihanraya PAS akan dilancarkan pada 13 Jun 2009.

Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Haji Ismail Yaakub atau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Weil dikalangan penduduk tempatan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 Julai, manakala tarikh pengundian adalah pada 14 Julai depan.

No comments:

Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger