Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Saturday, August 29, 2009

Pelantikan Idris celarukan Kabinet - Najib & Rosmah


SHAH ALAM- Pas menyifatkan pelantikan Pengarah Urusan Malaysia Airlines System (MAS) Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin, amat mengelirukan rakyat.

:Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan apabila bertindak melantik Idris untuk membantu seorang anggota Kabinet yang juga bertaraf Menteri.

:“Adalah sesuatu yang pelik apabila Menteri melaporkan kepada bosnya yang juga Menteri, seorang Menteri saya rasa sudah memadai, saya tak faham apa keperluan (Tan Sri) Koh Tsu Koon berada di tempatnya itu,” katanya semalam.


:Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan yang mengumumkan pelantikan Idris sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.

:Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

:Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

:Mengulas lanjut. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pelantikan tersebut juga melambangkan bahawa kerajaan tidak mampu melaksanakan janji untuk mengecilkan anggota Kabinet sebagai mana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri sejurus mengumumkan Kabinetnya, baru-baru ini.

:“Bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu (Najib) kata nak kecilkan Kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri, beliau hanya pandai berjanji tetapi tidak melaksanakan apa yang disebut,”katanya.

:Bagaimanapun katanya, beliau mengakui bahawa Idris mempunyai kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu berkhidmat di syarikat minyak Shell namun, prestasinya tidak berapa baik sewaktu menerajui MAS.

:“”Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS saja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan :bakar,”katanya.


No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger