Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Thursday, June 18, 2009

Sultan tidak setuju pembinaan jambatan ketiga

NUSAJAYA 18 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail bertitah baginda tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. - Utusan




M'sia cadang jambatan ketiga ke S'pura

Malaysia telah mencadangkan kepada Singapura supaya sebuah jambatan baru dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke negara pulau itu.

Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di Singapura hari ini.


Dalam kini berada di republik itu sejak semalam bagi lawatan rasmi dua hari, lapor Bernama.

Katanya, jambatan baru itu juga akan membantu membangunkan bahagian timur Johor seperti di kawasan di Pengerang, termasuk Desaru, yang masih kurang membangun tetapi mempunyai potensi ekonomi yang besar.

Beliau berkata jalan penghubung sedia ada seperti Tambak Johor, sudah mempunyai jumlah trafik yang banyak dan telah menjejaskan kelancaran pergerakan orang ramai dan barangan antara kedua-dua negara berjiran.

Najib berkata, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneliti cadangan itu dari segi jangka sederhana dan jangka panjang dan juga bersetuju untuk menjalankan kajian terhadap daya maju jambatan itu.

Menurutnya lagi,, cadangan jambatan baru itu merupakan satu daripada hasil mesyuarat dua hala mereka untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Singapura.

Pada masa ini, bahagian hujung selatan Semenanjung Malaysia dihubungkan ke Singapura oleh Tambak Johor yang semakin dimamah usia dan Linkedua di Tuas.

Pada 2006, Malaysia membatalkan rancangan untuk membina jambatan kedua bagi menggantikan Tambak Johor selepas menemui kebuntuan berikutan tiada kata sepakat dicapai antara kedua-dua negara jiran.

Lee turut mencadangkan Tambak Johor diperbesarkan dan laluan rel yang menghubungkan kedua-dua negara dinaik taraf untuk meningkatkan kelancaran pergerakan trafik.



No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger