Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Thursday, June 18, 2009

BN Mahu Sivakumar Bayar RM100,000



V. Sivakumar mempersoalkan tindakan peguam speaker Barisan Nasional R.Ganesan yang mahu mahkamah mengenakan bayaran sekuriti bernilai RM100,000 ke atas Sivakumar sebelum mahkamah tinggi bersidang memutuskan kesahihan perlantikan Ganesan.

Peguam Sivakumar, Leong Chok Keng menyifatkan syarat oleh Ganesan itu sesuatu yang luarbiasa.


Pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap bayaran sekuriti itu apabila kes itu didengar semula 17 Julai depan.

“Peguam Ganesan menghantar notis meminta bayaran sekuriti RM100,000 tanpa memberi sebarang alasan. Ini luar biasa, sudah tentu kami akan membantah,” kata Leong.

Menurut Leong pada kebiasaannya bayaran sekuriti itu hanya dikenakan kepada pihak yang bermastautin di luar negara dan atau seseorang yang berhasrat untuk pergi ke luar negara sebagai jaminan terhadap kes saman yang dihadapinya di negara ini.

Sivakumar adalah sebagai seorang wakil rakyat yang berada di dalam negara dan permohonan defenden untuk mengenakan sejumlah sekuriti seperti itu sebagai jaminan akan menimbulkan kesulitan kepada anakguamnya.

Leong bagaimanapun berkata pihaknya akan memfailkan satu lagi permohonan mengenai perkara itu apabila kes berkenanan disebutsemula 17 Julai.


Pada perbicaraan yang didengar di dalam kamar Hakim Datuk Azhar Mohamad siang tadi, peguam Datuk Ganesan yang diketuai Datuk Hafarizam Harun memohon mahkamah supaya menangguhkan kes itu dengan memberikan tiga sebab.

Mereka memberi alasan pertama iaitu memerlukan masa untuk memfailkan affidavit untuk menghalang permohonan Sivakumar membatalkan pelantikan Datuk Ganesan sebagai speaker DUN Perak.

Pihak defenden juga mahu mahkamah mengisytiharkan Mahkamah Tinggi Ipoh tidak layak untuk mendengar kes ini sebagai alasan kedua dan akhirnya mereka mahu mempastikan pihak plaintif menyediakan wang sekuriti RM100,000 terlebih dahulu sebelum kes didengar semula.

Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker selepas mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak.

No comments:

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger