Image Hosted by ImageShack.us

Coretan Perjuangan

Khabar Dari Pimpinan

Thursday, May 21, 2009

Program: Qiamullail

Assalamualaikum.

Kepada Semua Ajk MTD Pemuda Paka.

Program Qiamullail malam ini bermula jam 11malam

bertempat di Markaz cacar Baru, Paka

Kesemua dijemput hadir

terima kasih.

Futsal - Inter Lajnah

Semalam, jam 10 malam berlangsungnya satu perlawanan Futsal antara Lajnah-lajnah Pemuda PAS Kawasan Dungun.Saya rasa pemilihan twin court sebagai arena perlawanan amat tepat dan bagus sekali.Cuma agak terkilan masa berlalu begitu cepat.Perlawanan seterusnya akan ditunda kemudian.

2-3 orang pemuda cawangan ketengah jaya diserapkan ke team lajnah JPR.Kira oklah...
first game menang 5-3,2nd game menang 2-0 dan seri 2-2 utk game ketiga.

Alhamdulillah..syukur..semuanya berjalan dengan lancar.



p/s: gambar akan diupdate kemudian.

Wednesday, May 20, 2009

Pemuda dan masyarakat


Bermula dengan sembang2 kosong kedai kopi sambil perkena roti canai terlontar satu topik kemana pergi cadangan "kempen minggu menutup aurat"?
atau apa saja program untuk masyarakat khususnya penduduk di Dun Paka.

Pemuda cawangan akan memberi sepenuh sokongan moral dan tenaga bagi menjayakan program ini.InsyaALLAH
tapi, apabila dipikirkan balik.semuanya tersenyum apabila memikirkan "bajet".Tetapi itu bukan satu halangan yang besar untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.

ALLAH swt Maha Bijaksana lagi Maha pemurah.

Tuesday, May 19, 2009

Che det Dan Pilihanraya

credit to malaysianews


Abang najib Penakut?


Apalah nasib orang-orang UMNO-BN yang mendapat Presiden yang penakut! Lantaran tempiasnya dirasakan oleh kita sebagai rakyat Malaysia kerana mendapat Perdana Menteri yang bacul! Belum pun tiba hari pertandingan, PM baru kita ni sudah 'angkat kaki' tanda mengaku kalah dengan membuat kenyataan bahawa UMNO-BN mungkin tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil di Pulau Pinang ekoran peletakan jawatan seorang ADUN disana iaitu ADUN PENANTI.

Antara alasan alasan murni dari Abang najib dan geng geng angguknya:-

  • Sudah terjawab teka teki iaitu hari ini Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.
  • DS Najib menganggap pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja .
Alasan yang kononnya paling kukuh diberikan Abang NAJIB ialah jika pilihanraya dibuat, maka wang rakyat akan habis dibelanjakan dan itu hanyalah satu mainan politik dari pihak pembangkang.Habis.. kalo ianya bukan mainan politik pembangkang, mainan politik sape?hahaha.... Itu alasan orang yang penakut la!

Sebetulnya, sindrom kekalahan empat pilihan raya kecil di semenanjung selepas pilihan raya umum ke-12 mungkin membuatkan Barisan Nasional (BN) mulai serik untuk bertarung lagi di gelanggang demokrasi. BN mulai ditimpa nasib malang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bekas PM dulu, Tun Mahathir tak setuju dengan alasan NAJIB tu dengan berkata bahawa "Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah! Bagus jugak pemikiran Mahathir dari pemikiran kolot PM baru kita!
Powered By Blogger

 
|  Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger